Tuesday, 5 March 2013

[Artikel] Siapa Jamalul Kiram III Sebenarnya??


Begitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan. Sedangkan siapa di belakangnya  itu masih menjadi tandatanya. Kalau pun sudah ramai yang meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka teki untuk tujuan apa. Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak dapat dipastikan.

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.


Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.


Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu  dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sultan Sulu yang sah...
Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. 

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.

Jadi sapa mangkok nie...?? suka-suka ceroboh negara kita kemudian bunuh polis kita...


Update Lahad Datu: Laporan Tidak Rasmi - ADIK 'SULTAN SULU' TERBUNUH DALAM SERANGAN PAGI TADI


Terkini dari Lahad Datu. Laporan tidak rasmi menyatakan bahawa adik 'Sultan Sulu', Agbimuddin (Azzumudin) Kiram terbunuh dalam serangan oleh pasukan keselamatan negara pagi tadi.


Laporan rasmi akan menyusul.



Sumber: GAP

Balu 'Sultan Sulu' Dakwa Ceroboh Sabah Hanya Drama


Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star


MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.


Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.

“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.


"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.


Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik. - Sinar Harian


RMK: Ini merupakan berita yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini. Sejujurnya RMK semakin keliru dengan apa sebenarnya permainan puak 'Sultan Sulu' ni. Dan juga setakat ni lebih dari seorang yang mengaku diri masing-masing adalah Sultan Sulu. Apa pun, yang diharapkan Sabah terpelihara daripada ancaman mereka yang ingin memporak-perandakan keamanan negara ini yang telah dikecapi sekian lama. Semoga pasukan keselamatan kita berjaya menamatkan misi dengan selamat.

Update Lahad Datu: Rakyat Malaysia Berbangsa Suluk Mengecam Keganasan Penceroboh di Sabah


RAKYAT MALAYSIA BERBANGSA SULUK MENGUTUK KEGANASAN PENCEROBOH DI SABAH



Video: Rakyat Sabah Berbangsa Suluk sendiri menolak Penceroboh. Kenapa perlu tuntut Sabah lagi?




UPDATE LAHAD DATU: Meskipun mempunyai pertalian persaudaraan dengan bangsa Sulu di selatan Filipina, nyata taat setia rakyat Sabah bangsa ini terhadap Malaysia tidak goyah.

Sebaliknya, mereka mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu yang jelas mencabuli hak keamanan mereka yang dinikmati sejak sekian lama, selain menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan.
Bahkan ada antara mereka tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan berkenaan dalam kemelut yang memasuki hari ke-22 hari ini, kerana malu.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azly, 45, berkata sejak merdeka, rakyat Sabah termasuk bangsa Sulu hidup aman damai di negeri ini bahkan mendapat layanan baik daripada kerajaan negeri.

"Kebanyakan mereka yang berbangsa Sulu ada yang menjadi nelayan dan usahawan serta kakitangan kerajaan. Ini contoh kejayaan bangsa Sulu di sini. Pada saya, sepatutnya orang di sana membiarkan bangsa mereka di sini maju dan berjaya... mereka kena reda.

Persoalannya kenapa baru sekarang soal ini (isu tuntutan ke atas Sabah) berbangkit?," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Azly, seorang usahawan, berkata kemelut pencerobohan tidak sepatutnya berlaku sekiranya rakyat di selatan Filipina memahami sejarah bahawa Sabah milik Malaysia.
"Mereka ini berpendapat selagi ada bulan dan bintang, selagi itu Sabah milik mereka kerana mereka tidak melihat kepada sejarah," katanya.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata daripada jumlah pengundi berdaftar di Sabah sebanyak 926,638 orang tahun lepas, dianggarkan 80,000, ialah pengundi bangsa Sulu.

Beliau juga yakin bangsa itu tidak akan menimbulkan apa-apa masalah berikutan krisis yang berlaku di Kampung Tanduo dan Semporna yang menyaksikan kira-kira 19 orang penceroboh terbunuh manakala lapan anggota keselamatan negara gugur.

"Bangsa Sulu yang menjadi rakyat Malaysia sangat taat setia dan mencintai negara ini. Mereka telah mempunyai keluarga dan pekerjaan tetap seperti nelayan, peniaga dan penjawat awam.

"Apa yang berlaku, pencerobohan ini tidak disukai oleh rakyat Malaysia bangsa Sulu kerana ia menjejaskan imej mereka... dan ini pada saya cumalah isu untuk hendak mendapatkan perhatian antarabangsa berkaitan tuntutan ke atas Sabah," katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Amin, berkata beliau menentang sekeras-kerasnya tuntutan mereka yang menggelar diri mereka di bawah Kesultanan Sulu untuk memiliki Sabah kerana beliau lebih selesa dengan pemerintahan kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu, katanya, mengikut kefahaman masyarakat di sini, Sabah bukan milik Kesultanan Sulu.

Dalam pertempuran Jumaat lalu, 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.

Di Semporna pada Sabtu, enam anggota polis gugur sebagai wira negara selepas diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh. - BERNAMA


Sumber: MyMassa


SYABAS kepada penduduk berbangsa Sulu di negeri ini yang terus setia dan menyokong tindakan-tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani kes pencerobohan di Lahad Datu. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun menikmati kehidupan aman di negeri/negara ini. Walaupun mempunyai perkaitan persaudaraan atau dari segi bangsa, namun semangat patriotik atau cintakan negara tetap didahulukan apabila berhadapan dengan krisis-krisis yang menyentuh soal kedaulatan negara.


Kredit: Talk With Hand

Update Lahad Datu: PENCEROBOH DITUMPAS SEPENUHNYA - SUMBER POLIS


PENCOROBOH TELAH DITUMPAS SEPENUHNYA 5/3/2012-12.00 PM-KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) dan Panglima Angkata Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) pada sidang media di Lahad Datu.

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir yang dilanjutkan, yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.


Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.


Sumber: Headbomb

RMK: Alhamdulillah, so far so good. Semoga semua kekal selamat after everything really is over. Tabik hormat kepada pejuang-pejuang tanah air kita.