Monday, 4 March 2013

PERISIKAN FILIPINA DAKWA ANWAR IBRAHIM DALAM KRISIS PENCEROBOHAN LAHAD DATU




THE KING OF A PROMISE MAKER !!!!!

Berhati-hatilah bila kita berjanji,jangan sampai terjadi seperti Anwar Ibrahim yang hanya pandai menabur janji kepada semua orang asalkan dirinya dapat duduk kerusi no.1 negara. 

Perkara ini terdedah apabila pemberontak yang menggelarkan diri mereka sebagai pasukan tentera Kesultanan Sulu ketika ini ingin menuntut janji terhadap Anwar Ibrahim yang telah menjanjikan pelbagai janji sekiranya kekocahan berjaya mereka lakukan.

ANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.

Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

Semasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.

Orang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada. Kedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam di Selatan Filipina. 

Sumber: Talk With Hand

GEMPAR! Lepas Serang Sabah, Puteri 'Sultan' Sulu Cuba Fitnah Kerajaan Malaysia!

Portal media Filipina melaporkan Puteri 'Sultan' Sulu, Jacel Kiram memaparkan gambar yang salah tentang keadaan tentera Malaysia.


Sultan's daughter feeds media fake image of Malaysian casualties

Uploaded on 9:31AM

Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, shows on Sunday a purported image of Malaysian casualties after a clash between Malaysian authorities and armed followers of Sultan Kiram in Lahad Datu, Sabah. A similar photo of the Princess appeared on the front page of the Philippine Star. GMA News Online has verified that the image is fake, and most probably of dead Thai soldiers killed in Thailand in 2007. The image of the Thais has previously appeared elsewhere on the Internet. Danny Pata




Apa kejadahnya ni woi! Dah la kau arahkan pengikut kau ceroboh Malaysia dengan senjata, bunuh anggota PDRM, sekarang ni kau nak fitnah Malaysia pulak?

Adakah dengan cara ini kau nak naikkan semangat pengikut kau yang masih ada di negara ini?

Kepada pembaca yang tengok gambar asal yang terpapar di tablet 'puteri' tersebut, boleh ke sini :http://www.documentingreality.com/forum/f10/dead-thai-soldiers-87702/ 

*Sebar-sebarkan pembongkaran kejahatan fitnah 'puteri sultan' Sulu ni supaya rakyat Malaysia tahu hakikat sebenar.


Insiden Lahad Datu: #Fakta 9 Sebab Sabah Bukan Milik Sultan Sulu

[Sumber]


RMK: Semoga bermanfaat untuk semua.

PERWIRA-PERWIRA YANG GUGUR DALAM SERANG HENDAP DI SEMPORNA

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:


Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.


Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.




RMK: Al-Fatihah buat perwira-perwira negara kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang-orang beriman. Ameen.

RUNDINGAN TAMAT: ATM DIJANGKA MELANCARKAN SERANGAN BESAR-BESARAN






Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.



[Sumber]