Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Monday 18 March 2013

Pasaran Modal Negara Terus Kukuh



Pasaran modal negara terus berkembang kukuh dengan saiznya tahun lalu mencecah rekod tertinggi berjumlah RM2.5 trilion. Peningkatan 16.4 peratus berbanding RM2.1 trilion pada 2011 itu dicatatkan di tengahtengah persekitaran pasaran global yang mencabar. Ia dicapai susulan pertumbuhan dua angka yang dicatatkan semua segmen pasaran modal negara, termasuk permodalan pasaran ekuiti, sekuriti hutang belum jelas, aset yang sedang diuruskan dan pasaran modal Islam.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Ranjit Ajit Singh, berkata prestasi kukuh itu meletakkan Malaysia sebagai penerbit sukuk terbesar dunia, destinasi tawaran awam permulaan (IPO) kelima terbesar dunia dan keempat paling aktif di Asia bagi terbitan bon korporat.

“Nilai pasaran bon korporat dan sukuk buat pertama kalinya melepasi paras RM1 trilion tahun lalu, sekali gus meletakkan negara sebagai pasaran bon ketiga terbesar di Asia.

“Tahun lalu juga adalah rekod bagi IPO, apabila penerbit menjana RM22.1 bilion, sekali gus telah meningkatkan nilai permodalan pasaran saham sebanyak 14.1 peratus kepada RM1.5 trilion.

“FBM KLCI pula mengakhiri tahun lalu dengan rekod tertingginya iaitu 1,688.95 mata pada 31 Disember 2012,”

Industri pengurusan dana terus memainkan peranan penting dengan mencatatkan kenaikan 19.2 peratus dari segi aset di bawah pengurusan (AUM) kepada RM505.1 bilion.

Nilai aset bersih (NAB) industri unit amanah meningkat kepada RM294.9 bilion, dengan peratusan NAB kepada permodalan pasaran berada pada 20.1 peratus.

Aset patuh syariah di bawah pengurusan pula mewakili kira-kira 16 peratus daripada jumlah keseluruhan AUM industri, atau RM79.6 bilion.

Saiz pasaran modal Islam tahun lalu meningkat 22.6 peratus kepada RM1.4 trilion dengan Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran sukuk antarabangsa apabila menguasai 76.9 peratus terbitan sukuk global dan 69.2 peratus daripada baki sukuk global.

Pasaran modal Islam juga menikmati pengantarabangsaan lebih baik menerusi penyertaan lebih meluas penerbit sukuk asing dari Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Kazakhstan.

Sementara itu 2012 juga adalah tahun memberangsangkan apabila pengawal selia pasaran modal itu memperoleh markah 92 peratus daripada penilaian kerangka pengawal selianya berdasarkan Program Penilaian Sektor Kewangan (FSAP) yang dijalankan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Di bawah penilaian berkenaan, Malaysia mendapat penarafan dilaksanakan sepenuhnya’ bagi 34 daripada 37 prinsip yang dinilai keduadua badan kewangan antarabangsa berkenaan.

Pencapaian itu adalah yang tertinggi dalam kalangan negara menjalankan penilaian berkenaan.

Mengenai tinjauan pasaran modal tempatan tahun ini, kegiatan modal melalui IPO akan kekal positif.

Oleh itu,  inisiatif yang dirangka oleh SC akan menyediakan peluang seperti yang dikehendaki oleh pasaran.



RMK: Negara kita stabil dengan pentadbiran kerajaan persekutuan sekarang. Tak perlu ubah pentadbiran ini. Fikir-fikirkan.