Tuesday 5 March 2013

UPDATE LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN TERHADAP SERANGAN DI KG TANDUO




UPDATE LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN 


Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.

Sumber: PDRM


Update Lahad Datu: Tiada Kecederaan atau Kematian di Pihak Keselamatan Malaysia




UPDATE LAHAD DATU: Info terbaru yang diterima daripada Krew MyMassa yang berada berhampiran lokasi serangan, setakat ini sejak serangan bermula pukul 7 pagi tadi, laporan mengesahkan tiada kecederaan atau kematian dari Pihak Keselamatan Malaysia. Alhamdulillah! Teruskan mendoakan kesejahteraan Wira Negara kita! Semoga beroleh kemenangan!

Jumlah kematian penceroboh pula masih tidak dapat disahkan setakat ini. 

Penduduk tempatan yang berada berhampiran dengan lokasi serangan dipindahkan menggunakan lori  

Dalam masa yang sama, kawalan keselamatan di zon merah diperketatkan:
Pihak keselamatan memperketatkan kawalan keselamatan di zon merah susulan serangan ofensif yang dilancar ke atas penceroboh bersenjata di FELDA Sahabat 17, Kampung Tanduo di sini, hari ini.  

Tinjauan BERNAMA mendapati pasukan keselamatan meletakkan zon penampan bagi membezakan kawasan perang dan ruangan untuk orang awam di laluan masuk ke Kampung Tanduo, Labian dan Tanjung Batu yang dikawal ketat oleh anggota keselamatan terdiri daripada tentera dan polis. 
Kawasan itu menjadi zon larangan masuk bagi orang awam dan pihak tidak berkaitan.  
Sementara itu, masyarakat setempat termasuk di kawasan berjiran seperti Felda Sahabat 16 pula mengambil langkah keselamatan dengan berkurung di dalam rumah.  
Tinjauan BERNAMA di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari kawasan pencerobohan kumpulan bersenjata terbabit, mendapati keadaan seperti biasa dan orang ramai masih keluar dengan urusan masing-masing.  
Walaupun masih banyak premis perniagaan ditutup, operasi beberapa kedai runcit, kedai kasut dan kedai telekomunikasi di Bandar Sri Perdana berjalan seperti biasa.  
Awal pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif dari udara dan darat ke atas penceroboh yang menjadikan Kampung Tanduo sebagai kubu mereka sejak 9 Februari lalu.  
Serangan itu dilancar selepas kumpulan terbabit tetap enggan menyerah diri sekalipun diminta berbuat demikian oleh pasukan keselamatan.  
Sehingga kini, lapan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia terkorban ketika mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman kumpulan penceroboh terbabit yang mendakwa mereka 'Tentera Sulu'. - BERNAMA

Sumber: MyMassa

Update Lahad Datu: Operasi Darat Bermula, Serangan Udara dihentikan





UPDATE LAHAD DATU: Info dari Krew MyMassa di Felda Sahabat, berhampiran dengan lokasi serangan Kampung Tanduo. Serangan Udara baru sahaja dihentikan sebentar tadi.

Operasi Darat Oleh Pasukan Keselamatan Malaysia meliputi ATM dan Polis mengambil alih serangan keatas tempat persembunyian penceroboh.

Gambar Pesawat Gempur Tentera Udara Malaysia di rakam di Ruang Udara berdekatan Kg Tanduo

Menurutnya lagi, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, 11 pagi ini.



Sumber: MyMassa

UPDATE SERANGAN LAHAD DATU: LETUPAN BOM KEDENGARAN BERHAMPIRAN KAMPUNG TANDUO






UPDATE LAHAD DATU: 

Daripada Krew MyMassa yang berada di Felda Sahabat, Lahad Datu, beberapa letupan bom dapat didengar dipercayai daripada jet pejuang tentera Malaysia, Sukhoi yang dijatuhkan di Kg Tanduo.

Selain itu, berita diperolehi serangan mortar ke arah kampung tersebut turut dijalankan

Kg. Tanduo merupakan lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Kepulauan Sulu, Filipina.


DOAKAN KESELAMATAN PASUKAN KESELAMATAN KITA. 

NEGARA MALAYSIA, NEGARA BERDAULAT!


Sumber: MyMassa

SERANGAN BERMULA DI LAHAD DATU!



10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

Sumber: Talk With Hand