Saturday, 20 April 2013

Update #GE13: Pertandingan Tiga Penjuru di Parlimen Gombak




GOMBAK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengumumkan Parlimen Gombak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas. 

BN diwakili Datuk Dr Rahman Ismail yang akan ditentang penyandang kerusi itu, Mohamed Azmin Ali manakala calon Bebas, Datuk Paduka Said Naza Abu Bakar. 



Tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu ialah Batu Caves menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amirudin Shari (PKR), Rawichandran Narayanan (BN) manakala calon Bebas diwakili Suman Gopal. 


Bagi DUN Gombak Setia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Said Anuar Said Ahmad dan calon PAS, Hasbullah Ridzwan.

Di DUN Hulu Kelang turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Saari Sungib dari PAS dan calon BN, Abdul Rahim Kamarudin. 

Proses penamaan calon itu turut dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong kedua-dua parti yang dianggap kubu kuat pembangkang selepas penyandang kerusi, Mohamed Azmin Ali menang dengan majoriti 6,867 undi pada PRU lalu. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment