Tuesday, 16 April 2013

GEMPAR! Spekulasi Pertelingkahan Antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali Selama Ini Terbukti Benar!


Berikut merupakan kupasan dari blogger JejariKami:


JK telah terjumpa kain rentang ini di satu kawasan di Ulu Kelang sebentar tadi yang merupakan kubu kuat bagi Pakatan Rakyat khususnya parti PKR. Kelihatan gambar Azmin Ali terpampang besar di samping ayat 'Kami Menyokong YB Azmin Ali' diikuti oleh ayat 'Sebagai MB Selangor'. Jadi betullah spekulasi yang pernah ditimbulkan oleh beberapa orang dalaman dari parti itu sendiri berkenaan perebutan kuasa dan pertelingkahan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.

Kain rentang ini juga jelas menunjukkan mengapa Khalid Ibrahim telah melarikan diri dari Ijok ke Pelabuhan Klang. Ada yang kata beliau membawa diri kerana merajuk dengan pengaruh Azmin yang semakin hari semakin kuat untuk menggantikan Anwar dan Khalid. Ada juga yang menyatakan prestasi Khalid sebagai MB dan ahli politik tidak sebagus Azmin Ali. Iyalah, Khalid kan orang bisnes jadi otaknya susah mahu spin macam ahli politik yang lain. Kesudahannya terkeluarlah ayat seperti "Manifesto bukan janji" yang ternyata telah mempalitkan kesan mendalam bagi PKR kerana ayat keramat itu sekarang menjadi ejekan buat pembangkang yang hanya tahu berjanji tetapi tidak ditepati. Lainlah pula dengan Azmin yang kebal serba serbi. Video aiskrim beliau yang hangat diperkatakan suatu ketika dahulu seakan tidak memberi kesan atau impak negatif kepada diri beliau mahupun macai beliau. JK tidak pasti sama ada macai pembangkang ini jenis lembu yang ikut sahaja telunjuk ketua atau pun telah tertutup hatinya untuk menerima kebenaran. Macai seakan-akan tidak kisah dengan masalah moral yang menimpa pemimpin mereka malah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kelakuan jijik mereka. 

Berbalik kepada isu mahukan Azmin sebagai Menteri Besar baru ini, JK kurang pasti jika ini benar-benar apa yang penyokong PR mahukan kerana mengikut pendapat JK, walaupun pengaruh Azmin kuat di kalangan penyokong, namun Khalid Ibrahim lebih mesra dalam mendekati rakyat negeri, terutamanya mereka yang berbangsa Cina. JK perasan yang orang-orang Cina lebih mudah didekati Khalid jika mahu dibandingkan dengan Azmin. Jadi, tidakkah kepincangan ini akan menimbulkan masalah pada hari mengundi kelak? Kaum Cina dan India sudah tentu mahukah Khalid namun penyokong parti dan Azmin sendiri mahukan jawatan tersebut. Apakah kesudahannya nanti? Pada JK apabila ditemukan dengan dua mudarat, pilihlah yang kurang mudarat antara keduanya.


RMK: Pertelingkahan dan konflik dalaman yang tak sudah antara keduanya. Bukan setakat isu merebut tampuk Menteri Besar, isu perebutan kerusi calon PRU13 pun tak selesai. Macam mana nak tadbir negara kalau sentiasa bertelagah sesama sendiri? Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment