Tuesday 16 April 2013

Pembahagian Kerusi BN Selangor Menunjukkan Kematangan Berpolitik, Bukan Seperti Pakatan! #GE13 #PRU13 #BetterNation #TolakPR

Hari ini, BN Selangor telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding dalam PRU13 kelak. Daripada 56 kerusi dalam Selangor, pecahan kerusi adalah seperti berikut:

UMNO - 35
MCA - 14
MIC - 3
Gerakan - 3
PPP - 1

BN Selangor mengekalkan status quo kerusi untuk UMNO, MCA dan MIC. Sementara Gerakan bertanding di tiga kerusi DUN dan melepaskan satu kerusi N48 Kota Alam Shah kepada PPP. Apa yang menariknya, tidak berlaku 'konflik perebutan kerusi' pun di situ. Bukan seperti 'rakan' kita di sebelah pakatan pembangkang.

Biar RMK cerita sedikit.

Pada PRU12 2008, calon BN untuk DUN N48 Kota Alam Shah adalah Ching Su Chen daripada Gerakan. Pada PRU13 yang akan datang pula, kerusi DUN N48 ini diserahkan kepada calon daripada PPP iaitu Datuk Maglin Dennis D'Cruz. Situasi ini menunjukkan BN sentiasa membuka peluang kepada individu yang dirasakan layak untuk menjadi calon walaupun daripada parti komponen yang lain.

Lain pula kesnya dengan pakatan pembangkang. Contoh terbaru adalah isu perebutan kerusi DUN Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang. PKR mahu bertanding, PAS juga mahu bertanding.

PAS Pulau Pinang pelik dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang bertindak mengumumkan calon PKR mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Nibong Tebal dekat sini, sedangkan mereka telah bersetuju PAS bertanding di kerusi tersebut. 
Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man berkata tindakan Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman mengumumkan perkara itu dilihat seolah-olah membelakangi keputusan Pakatan di peringkat pusat yang diputuskan dua hari lepas. 
“Saya bawa balik mandat yang telah diputuskan oleh PAS Pusat selepas perbincangan antara tiga parti komponen Pakatan, iaitu kerusi Sungai Acheh adalah milik PAS. 
“Jadi keputusan PAS adalah muktamad bahawa kami akan bertanding di Sungai Acheh dan setakat ini tiada sebarang perbincangan dengan PKR negeri kerana keputusan telah dibuat (perbincangan peringkat pusat),” katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan nama-nama calon PAS Pulau Pinang di Pejabat PAS, Pongsu Seribu, di sini malam tadi. 
PAS meletakkan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Yusni Md Piah untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh yang sebelum ini diwakili calon PKR Azhar Ahamad yang kalah menentang calon Barisan Nasional Datuk Mahmud Zakaria pada pilihan raya umum ke-12. 
Mohd Salleh mengumumkan PAS akan bertanding di enam kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen, dengan satu pertambahan kerusi DUN di Sungai Acheh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Pada Selasa, Mansor dalam kenyataan mengumumkan calon PKR Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard akan bertanding di DUN itu pada PRU13. - Sumber
Yusni vs Che'gu Bard
Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, calon bagi kerusi ini akan diselesaikan sebelum hari penamaan pada 20 April [baca sini]. Maknanya sehingga hari ini pun belum dimuktamadkan lagi penyelesaiannya. Nampak tak perpecahannya di situ. Semua mahu bertanding. Semua mahu kuasa.

Sudah terang lagi bersuluh pihak mana yang lebih berdemokrasi dalam menentukan calon bertanding. Tak perlu bergaduh sesama sendiri. Think about it.

No comments:

Post a Comment