Friday, 8 August 2014

Bila #UMNO #Selangor Nak Insaf?


Admin terlihat gambar banner ini yang dihantar oleh seseorang dan sejujurnya sangat tidak bersetuju dengan tindakan oleh orang kuat UMNO Selangor ini. Dengan kemelut yang melanda kerajaan PR di Selangor, UMNO Selangor sepatutnya memainkan peranan yang lebih efektif untuk menambat hati rakyat semula. Bukan dengan cara mengadakan open house hari raya dan ulangtahun perkahwinan mereka! Sedangkan PM kita dan semua kementerian diarahkan untuk tidak mengadakan open house demi memperingati tragedi MH17, tindak tanduk Noh Omar ini bakal menjadi liabiliti yang akan terus menerus membuat rakyat Selangor muak. Mengapa UMNO Selangor kurang sensitif dengan keadaan semasa dan tidak bijak mengambil peluang yang sepatutnya? 

Jika anda rakyat Selangor jati, jika kita tinjau, rakyat sudah menyampah dengan nepotisme dan kronisme yang dimainkan oleh pemimpin PR khususnya dari parti PKR. Mereka lah mengajak rakyat untuk turun menentang kronisme dan nepotisme. Alih-alih, demi menghalalkan tindakan mahu menaikkan bininya sebagai MB Selangor baharu, habis telanjang satu parti! Terbaru, budak suruhan Anwar Ibrahim sudah mula diarah untuk membusukkan nama MB Selangor Khalid Ibrahim dengan tuduhan lapuk dan tidak berasas. 

Kita menegur dan mengkritik bukan kerana tidak sayang, tapi kerana terlebih sayanglah kita mahukan yang terbaik untuk rakyat dan untuk UMNO-BN. Kini apabila terbukti kerajaan PR hanyalah indah nama dari rupa dan dipenuhi oleh hati-hati yang busuk, kita seharusnya memanfaatkan peluang ini untuk mengambil hati rakyat semula. Sebelum PRU 13 heboh dengan lagu Sayangi Selangor, Yakini BN dan janjikan perubahan drastik serta meningkatkan daftar memilih, setakat manakah progresnya?

Sesungguhnya, rakyat tidak perlukan another open house sebaliknya yakinkanlah rakyat bahawasanya UMNO-BN lebih layak memerintah negeri ini dengan penuh adil dan saksama tanpa pergaduhan dalaman dan gila kuasa! 

2 comments:

  1. Itu sebab melayu kita ni mudah alpa. Barisan penuh kucar kacir sebab pemimpin sendiri yg lemah

    ReplyDelete
  2. ..buat open house ... senang nak jumpa semua responden yang disasar.. jika setakat ulas diblog & fb cuma segelintir yang dapat jumpa.. lagi pun di Malaysia nie cuma waktu buat kenduri kawin, kematian atau open house baru ramai2 boleh jumpa.. lain lah PR.. di demonstrasi jalanan pun boleh.. bab PM tak buat open house.. dia ada alasan sendiri.. cuba tengok secara holistic..

    ReplyDelete