Friday, 5 April 2013

Info Penting! Penjelasan Isu Pengundi Hantu VS Calon Hantu #PRU13 #GE13


1. PENGUNDI HANTU 



Setiap kali pilihan raya, isu pengundi hantu akan didendangkan oleh pembangkang.


Secara umumnya, pembangkang menganggap orang yang tidak menetap di satu tempat pengundian sebagai pengundi hantu. Hujah mereka, bila mereka datang dan bertanya kepada orang yang duduk di rumah A tidak mengenali pengundi yang menggunakan alamat rumah A.



Sebab itulah setiap kali daftar pemilih diwartakan, pembangkang mendakwa ada berjuta pengundi hantu dalam  daftar pemilih. Mereka hanya menuduh dan jarang untuk mereka membawa perkara ini  ke muka pengadilan kerana mereka tahu bahawa amat sukar untuk membuktikannya. Ini kerana kadang kala sebuah rumah telah disewa beberapa kali dan penyewa menggunakan alamat tersebut untuk mendaftar sebagai pengundi.

MyMassa ambil contoh kes ini.





PAS Selangor terpaksa membayar setiap pengundi RM200 kerana menuduh pengundi yang diwartakan dalam daftar pemilih sebagai pengundi hantu.


Modus operandi pembangkang mudah. Mereka tuduh dulu baru bukti.



MyMassa yakin ramai di antara kita telah dicop sebagai "PENGUNDI HANTU" kerana alamat di daftar pemilih dan alamat terkini kita tak sama. Adakalanya kerana kita mendaftar mengundi di kampung. Ada pula di antara kita yang pernah menyewa atau duduk di kuarters Kerajaan kemudian terpaksa berpindah ke tempat lain.



2. CALON HANTU.



Menurut definasi pembangkang, PENGUNDI HANTU adalah orang yang tidak duduk di alamat yang sama dengan alamat di daftar pemilih. Bagi MyMassa pula, CALON HANTU adalah CALON YANG BUKAN BERASAL DARI SATU KAWASAN YANG SAMA DENGAN TEMPAT MEREKA BERTANDING.



Dalam PRU kali ini, ramai pemimpin pembangkang yang jadi CALON HANTU. Dari pemerhatian MyMassa, pemimpin pembangkang menjadi CALON HANTU kerana mereka tidak yakin dengan keupayaan mereka atau mereka tidak yakin dengan track record mereka dalam menjaga kawasan yang telah dimenangi dalam PRU sebelum ini. Sebab itulah dalam PRU 13, masing-masing melilau mencari kawasan selamat untuk bertanding.



Anehnya, pemimpin pembangkang ini cuba mencari kawasan selamat di kerusi yang majoritinya pengundi Cina. Mengapa agaknya?



MyMassa rasa pembaca dapat memahami apa yang MyMassa cuba nak sampaikan. Sebagai penutup, MyMassa menyeru kepada pengundi-pengundi di kawasan yang mana CALON HANTUbertanding menilai apakah yang telah dilakukan oleh CALON HANTU ini semasa menjadi wakil rakyat. Tidak pelik kalau beralih kawasan dalam Parlimen atau Negeri yang sama. Cuma jika ianya melibatkan negeri yang berbeza seperti dari PERAK ke JOHOR atau dari KELANTAN ke KEDAH, mesti ada yang tak kena.

Sumber: MyMassa

No comments:

Post a Comment