Monday, 15 April 2013

SKANDAL MUSTAFA ALI: KEBURUKAN CALON PEMIMPIN PERLU DIDEDAH - HARAKAH


Barangkali rakyat sudah lupa, akhbar Harakah pada tahun 2008 pernah menyiarkan sebuah wawancara berkenaan tentang wajib mendedahkan keburukan calon.

Dengan tajuk - 'Keburukan calon pemimpin perlu didedah' yang disiarkan selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) seolah-olah membenarkan tindakan pakatan haram menyerang dan mendedahkan perilaku buruk pemimpin BN ketika kempen pilihanraya.

Itu dahulu, namun kini mereka pula naik angin dan melarang perbuatan mendedahkan keburukan pemimpin ekoran terdedahnya sebuah video seks membabitkan Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustafa Ali. 

Lihatlah betapa hipokritnya Pas dalam berpolitik. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka boleh berubah dalam sekelip mata.

Jahatnya PAS, mereka tanpa soal siasat telah menuduh UMNO sebagai dalang penyebaran video seks itu. Sedangkan tiada bukti langsung penglibatan UMNO dalam kes video seks Mustafa Ali. Lagipun Mustafa Ali bukanlah pemimpin yang menjadi perhatian UMNO.

Dalam kes ini, Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan dengan menyerahkan sepenuhnya kepada peguamnya untuk ambil tindakan.

Namun jika dikaji, tindakan Mustafa itu seperti mengiakan bahawa beliau adalah individu yang dirakam melakukan aktiviti seks itu.

Jika beliau tidak bersalah, tindakan pertama yang perlu dilakukan oleh beliau adalah membuat laporan polis ataupun bersumpah bahawa individu itu bukan dirinya.

Ternyata, tindakan Mustafa Ali yang mendiamkan diri menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau adalah individu itu.

Kepada mereka yang sudah menonton video itu, tidak syak lagi individu itu adalah Mustafa Ali sendiri.

Jadi soalnya sekarang, Mustafa perlu membuat keputusan, sama ada bertaubat dan mengundur diri atau memilih untuk menuduh UMNO sebagai dalang.

Jika Mustafa Ali memilih untuk menuduh UMNO sebagai dalang, beliau sebenarnya telah melakukan kesilapan besar.



RMK: PAS dan lidah rasminya Harakah memang sentiasa flip-flop dengan pendirian mereka. Mula-mula kata, keburukan calon perlu didedah.


Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.
-DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009-
 
Haji Hadi berkata:
"Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.
Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.
Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.
Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).
Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini." - Sumber

Pelik apabila timbul kes skandal Mustafa Ali, PAS secara tiba-tiba berubah pendirian dan kata tak boleh buka aib pemimpin. PAS sila jangan jadi munafik. Siasat dan bukalah kebenaran walaupun pahit demi menjaga maruah dan masa depan agama, bangsa dan negara.

1 comment:

  1. Anonymous22 March 2022 at 18:16
    Sila kongsi dan majukan kepada semua rakan-rakan

    Kami ingin memaklumkan kepada semua tentang YIP KUM FOOK, presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, YIP KUM FOOK tidak pernah memalukan orang ramai tentang beliau selalu berbohong, menipu, menghina ajaran Buddha, dll.

    Baru-baru ini ramai yang memperkatakan tentang perwatakannya, sebelum ini dia seorang pemandu lori yang menghantar perabot ke mana-mana, kemudian dia belajar kursus undang-undang di beberapa universiti tetapi kita tidak tahu dia belajar kursus atau tidak kerana dia tidak tahu undang-undang, dia menipu orang. dimana - mana. dan bagaimana peguam boleh menipu orang tanpa rasa takut pada undang-undang

    Harap semua orang harus mengambil berat tentang nama ini YIP KUM FOOK (PEGUAM ATAU MCA GOMBAK PENGERUSI DAN PRESIDEN KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI), juga perlu dikongsi dan dimajukan kepada semua. Jika tersilap langkah, anda akan kehilangan segala-galanya, lelaki atau YIP KUM FOOK ini sangat bahaya dan anaknya (YIP JIUN HANN) juga yang paling bahaya.

    Oleh KOK MENG, KEPONG

    ReplyDelete