Monday, 28 November 2016

Mana Kadir Jasin?Sila Ulas Selangor Bakal Dijual Kepada Jepun!



TAKKAN kita lupa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan hubungan diplomatik khususnya dalam bidang ekonomi dengan negara China, ada segelintir penyokong Pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamed menafsirnya sebagai ‘mahu jual negara’.
Bagi mereka, tindakan Najib Razak selaku ketua kerajaan membawa deligasi Kerajaan Malaysia untuk membawa masuk pelaburan sebanyak RM144 bilion dengan pemeteraian 14 memorandum persefahaman sebagai ‘usaha untuk menjual negara’.
Walaupun tindakan menyerang Perdana Menteri menggunakan isu berkenaan tidak begitu terpahat di hati majoriti rakyat yang cerdik, malah ada juga segelintir dari penyokong Pakatan Harapan yang dikuasai DAP dan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamed dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mempercayainya tanpa usul periksa.
Sekarang giliran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula meniru tindakan Najib Razak dengan mengunjunggi negara maju Jepun untuk mencari pelabur.
Soalnya, adakah tindakan Azmin yang juga Menteri Besar Selangor ini bakal menjual Selangor kepada Jepun? Jawapannya ya jika kita mengikut logik akal pembangkang.
Mana perginya para penyokong PH yang dikuasai DAP dan penyokong Mahathir? Jika sebelum ini mereka mengherdik, memaki, memfitnah, mengadu domba atas tindakan Najib Razak melakukan bilateral antara China dan Jepun, kemana pula mereka pergi tatkala pemimpin mereka sendiri sedang meniru tindakan Najib Razak sekarang ini?
Jika kita menggunapakai logik akal penyokong pembangkang dan penyokong Mahathir, maka 19.9 peratus rakyat Malaysia yakni kira-kira 6 juta yang bermastautin di Selangor harus bersiap sedia kerana negeri itu ‘bakal dijual oleh Azmin’ tidak lama lagi.
Apapun kita ucapkan tahniah kepada Azmin kerana telah mengikut jejak langkah Najib Razak dalam melakukan hubungan diplomasi dengan negara maju Jepun. Ini sekali gus menunjukkan bahawa Azmin ‘mengakui’ tindakan Najib Razak dalam melakukan perdagangan dengan negara China dan Jepun ini adalah tindakan tepat untuk memacu kemajuan di negara kita.
Jika tidak, masakan Azmin terpaksa mengeluarkan belanja yang besar meniru apa yang Najib Razak lakukan. –Tv14







1 comment:

  1. DAMQQ | BANDAR POKER | AGEN POKERV | BANDARQ | CEME | DOMINO ONLINE

    Yuk Buruan ikutan bermain di website DamQQ

    Sekarang DAMQQ Memiliki Game terbaru Dan Ternama loh...

    9 permainan :
    => Poker
    => Bandar Poker
    => Domino99
    => BandarQ
    => AduQ
    => Sakong
    => Capsa Susun
    => Bandar 66
    => Perang Baccarat (NEW GAME)

    => Bonus Refferal 20% (x2,x3)
    => Bonus Turn Over 0,5%
    => Minimal Depo 10.000
    => Minimal WD 20.000
    => 100% Member Asli
    => Pelayanan DP & WD 24 jam
    => Livechat Kami 24 Jam Online
    => Bisa Dimainkan Di Hp Android
    => Di Layani Dengan 5 Bank Terbaik
    => 1 User ID 9 Permainan Menarik

    Info Lebih Lanjut Hubungi Pihak Cs DamQQ Melalui :
    Daftar : Daftar DamQQ
    Website : DamQQ
    Whatsapp : +855885578926
    Line : DAMQQPOKER

    ReplyDelete