Tuesday 9 April 2013

JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM) KETUAI NGO-NGO AMPANG BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BAPA SAIFUL BUKHARI



Hari ini, 9 April 2013, sekitar 3.00 petang, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mewakili lebih 70 NGO telah tampil membuat laporan polis terhadap bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim di IPD Ampang Jaya. Mereka mendakwa Azlan telah berbohong terhadap kes liwat Mohd Saiful Bukhari.

Berikut merupakan kenyataan media daripada Presiden JMM, Azwanddin Hamzah:



Dan ini adalah bukti berbentuk surat kepada Yang Dipertuan Agong bertarikh 14 Disember 2010 yang dimaksudkan:







Antara NGO yang terlibat dalam membuat laporan polis ini adalah Ampang Bersatu, Badan Amal Tarbiyah Sejagat Malaysia (BATAS), PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ulama Muda Ampang, Belia Ampang, Persatuan Tokong Ampang, Persatuan India Ampang, Persatuan Silat Gayung Ampang, Belia Tasik Tambahan, CUEPACS dan Liga Keramat.



Mari kita menyingkap kembali secara ringkas kisah kes liwat Saiful Bukhari ini.


Sumber: Sinar Harian

Pada Jun 2008, Saiful Bukhari mendakwa beliau diliwat Anwar Ibrahim dan kemudian membuat sumpah laknat bagi membuktikan dakwaannya itu benar. Sumpah ini dilafazkan dengan ditemani bapanya Azlan. Menurut JMM seperti di atas, Azlan sanggup menulis kepada Yang Dipertuan Agong pada ketika itu meminta prosiding kes liwat Saiful di mahkamah dipercepatkan kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.

Sumpah laknat Saiful bersama bapanya Azlan pada 15 Ogos 2008


Umum tahu, sumpah laknat bukanlah perkara yang boleh dibawa main. Namun, pada 8 Mac 2013, bapa Saiful dengan tiba-tiba telah membuat U-turn dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Saiful telah dipergunakan oleh 'pihak tertentu' untuk menjatuhkan Anwar. Kenapa dengan tiba-tiba boleh bertukar pendirian? Sudah 'dibeli' mungkin? 

Perjumpaan apakah ini?


Apa sebenarnya permainan bapa Saiful ini? Apa sebenarnya kaitan beliau dengan Anwar Ibrahim, individu yang didakwa meliwat anaknya sendiri?


Fikir-fikirkan.

1 comment:

  1. Every monk (Sangha) has its principles and rules to follow and practice, DATUK YIP KUM FOOK, what is on your mind, may be nothing on your mind, you are deceiving everyone, you are just like an animal

    This SAMNAK SAMBODHI(Buddhist Temple), Taman Desa Jaya, Kepong is from public funds, not from your pocket money, you are just a place management committee...your people have no shame and do not feel for Buddha and GOD...you are non-human because you don't know shame

    DATUK YIP KUM FOOK was also cheated a Myanmar monk (Ven. U Nandiya) about RM20.000.00 and never returned anything, this is very bad Datuk Yip in Malaysia and Datuk's name will be destroyed in the future, our Sultan of Selangor will also be destroyed too

    Sharing by:-
    LOH KIM LING, LAI KOK CHEOW, LIM MENG SUE, LOW KAM LING

    ReplyDelete