Showing posts with label Kantoi. Show all posts
Showing posts with label Kantoi. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

ANWAR IBRAHIM BERPELUH PKR GOMBAK LUMPUH APABILA 250 AHLI CABANG KELUAR PARTI! #TolakPR #GE13 #PRU13

Baru semalam kita dihidangkan dengan berita 300 ahli PKR Cabang Indera Mahkota, Kuantan Pahang keluar parti [baca sini].

Dan lagi berita menyedihkan buat puak-puak penchachai pakatan pembangkang adalah 250 ahli PKR cabang Gombak pula meninggalkan parti itu. RMK quote laporan dari Utusan Online:


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu. 
Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin. 
Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral yang kronik. 
"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri. 
"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Rakan RMK sempat menyertai majlis pengisytiharan keluar parti PKR ini semalam. Di sini RMK kongsikan beberapa gambar.





Nampaknya, ahli-ahli PKR seluruh negara sudah mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan perjuangan parti itu. Apa tidaknya, sudah ramai pemimpin mereka yang dibelenggu dengan masalah moral. Anwar? Azmin? Dan bagaimana dengan yang terbaru Ketua Penerangan PKR Merbok yang kantoi melayan ghairah secara solo di hadapan laptop di pejabat PKR beliau? Jangan lupa Nik Nazmi ADUN Seri Setia juga baru sahaja kantoi (melalui sebuah rakaman sulit) menidakkan suara rakyat dan menggunakan kuasa veto dalam menentukan keputusan mesyuarat [baca sini]. Belum termasuk lagi perancangan keji mereka untuk mencetus kekecohan dan menghuru-harakan keadaan ketika hari mengundi nanti [baca sini]. Itu yang berjaya dikantoikan. Mesti ada lagi perancangan serupa lain yang kita tidak tahu. Ini semua petunjuk. PKR sudah hilang kredibiliti.

Dan daripada maklumat yang RMK dapat, ada satu lagi kumpulan yang akan mengumumkan keluar dari PKR menjelang hujung minggu ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat.



Tuesday, 2 October 2012

RASUAH: DAP SEBAR RISALAH TAPI SENDIRI KANTOI!



Pagi tadi risalah ni sampai ke tangan kami. Dikhabarkan risalah ni diedarkan di kawasan perumahan di Petaling Jaya.



Dengan bangga letak 'Published by DAP'

DAP nak cakap pasal rasuah. Kalau dia tu suci sangat memang layaklah dia nak hentam orang lain. Tapi hakikatnya? Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Bak kata omputih, 'the pot calling the kettle black'.


Kenapa? [Baca sini] dan [sini]. Dan yang terbaru, [skandal Taman Manggis melibatkan Lim Guan Eng].

Rasuah – DAP Umpama Ayam Kokok Berderai, Ekor Penuh Tahi

KUALA LUMPUR 19 Jun – Kelantangan DAP yang kononnya ingin menjadi juara untuk membenteras permasalahan  isu rasuah ibarat seperti Ayam Berkokok  Berderai-derai, Tapi Ekor Bergelumang Tahi apabila cuba merasuah bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim daripada meninggalkan parti itu.
Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata apa yang berlaku itu jelas menunjukkan DAP bukan sahaja pandai bercakap malah sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu demi kepentingan politik.
“Kononnya mementingkan intergriti dan anti rasuah dan menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti rasuah tetapi sebaliknya yang berlaku apabila DAP secara terang-terangan melakukan perbuatan itu apabila cuba merasuah Tunku Abdul Aziz.
“Pendedahan ini bukanlah konspirasi seperti mana yang sering dituduh pembangkang apabila ada sesuatu isu yang didedahkan membabitkan mereka, tetapi ia didedahkan sendiri oleh Tunku Abdul Aziz yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UMNO atau Barisan Nasional.
“Sehingga kini tidak kita dengari sebarang penafian daripada DAP berhubung perkara itu, malah tiada sebarang tindakan yang diambil oleh DAP terhadap Tunku Abdul Aziz berhubung pendedahan itu jika benar ia adalah konspirasi politik,” katanya UMNO-Online di sini.
Nor Hafizah berkata, tidak juga didengari sebarang kenyataan daripada rakan sekutunya sama ada Pas atau PKR berhubung perkara itu, mereka diam seribu bahasa bagaikan merelakan rasuah yang cuba dilakukan oleh DAP.
“Dahulu ketika mula perintah Pulau Pinang, mereka sibuk bercakap mengenai intergriti, kononnya ingin menjadi kerajaan yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus, tapi bila dah berkuasa banyak masalah yang timbul sehingga menyusahkan rakyat.
“Banyak tindakan yang dilakukan menimbulkan pelbagai persoalan terutama membabitkan ketelusan dalam melaksanakan projek yang membabitkan nilai yang tinggi, kalau dahulu mereka menuduh Barisan Nasional tidak telus, sedangkang mereka sendiri tidak telus dalam melaksanakan tugas sebagai kerajaan negeri,” katanya.
Beliau menyifatkan pembangkang terutamanya DAP hanya pandai mencari kesalahan sedangkan apabila terkena diri sendiri, mereka nampaknya cuba menyembunyikan perkara itu untuk menunjukkan tiada apa yang berlaku. -MediaUMNO 

Tuesday, 25 September 2012

[VIDEO] TUKANG URUT KANTOI! MAKSIAT BERLELUASA DI SELANGOR! MANA SUARA PAS??

Seronoknya bubble bath!

Sinar Harian




Klik sini untuk lebih gambar dan [video]


*PAS yang kononnya gigih nak pertahankan Islam masih senyap bila isu ni timbul. Takut dengan DAP? Inilah contoh puak yang sanggup gadaikan agama demi kepentingan politik dan kerakusan mendapatkan kuasa.

Friday, 7 September 2012

'Hotstuff' Kantoi Menipu!


Ada orang kantoi!


Terlalu pedih! Memang perit dan sememangnya sangat memalukan! Itulah yang boleh saya katakan sekiranya saya di tempat Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang “dikantoi”kan menipu rakyat mengenai sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.

Hotstuff Menteri Besar Selangor

Kerajaan Pakatan Haram Selangor sebelumnya diselar oleh para pemimpin UMNO/BN atas kebiadapan mereka tidak menjemput atau memaklumkan DYMM Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan tersebut.

Bagaimanapun, mungkin mahu membela “boss”nya, Faekah yang didesak meletakkan jawatan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Baginda Tuanku tidak pernah menghadiri sambutan ambang merdeka sebelum ini di zaman UMNO/BN.

Malah kononnya dia memberitahu media bahawa kerajaan UMNO/BN sebelum ini tidak pernah menjemput DYMM Sultan Selangor ke masjlis sambutan tahunan itu.

Mungkin dilahirkan sebagai “penipu tegar”, dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan kepada media bahawa Baginda Tuanku pernah menghadiri majlis sambutan ambang merdeka ketika pentadbiran UMNO/BN.

Menurut beliau, pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan sentiasa dimaklumkan oleh Kerajaan UMNO/BN walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada Baginda Sultan.
Malah Datuk Mohamad Munir Bani turut memberitahu bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang tidak memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor dan sebaliknya menjemput Anwar Ibrahim yang diberi slot ucapan khas pada malam tersebut.

Lebih teruk lagi, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor itu menjelaskan bahawa Baginda Tuanku “tidak gembira” berkenaan hal ini..!

Mana lagi Faekah nak tunjuk muka apabila mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa menjemput dan memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor mengenai sambutan Hari Merdeka pada setiap tahun.

Menurutnya, sama ada secara lisan atau rasmi, Baginda Tuanku pasti akan dijemput atau dimaklumkan mengenainya, dan sama ada DYMM Sultan Selangor sudi mencemar duli menyertai program tersebut adalah terletak di bawah budi bicara Baginda.

Lebih pedih lagi apabila Dr. Khir sempat menyindir Faekah dan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk memohon ampun dari DYMM Sultan Selangor atas kesalahan diri sendiri berbanding terus menerus menyalahkan pihak lain!

Paling menarik, kedua-dua pihak sama ada pihak Istana mahupun Dr. Khir mempersoalkan “keistimewaan” Anwar di majlis berkenaan.

Pihak Istana mempersoalkan jasa dan sumbangan Anwar di Selangor memandangkan dia merupakan Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, manakala Dr. Khir pula mempertikaikan status Anwar sebagai “tetamu khas” yang sepatutnya diberikan kepada DYMM Sultan Selangor sahaja.

Rasanya, Faekah sudah tidak punya jalan lagi untuk memutar belitkan keadaan. Segalanya sudah tersimpul mati dan Faekah berhadapan dengan perkara yang sangat memalukan dirinya seumur hidup.

Bayangkan, dia begitu yakin menghentam para pemimpin UMNO/BN, tiba-tiba hujahnya itu dimatikan oleh pihak-pihak yang tidak mampu dilawan langsung olehnya. Rasanya, Khalid “Gagap” sendiri pun tak mampu melindungi Faekah lagi…

Mungkin selepas Faekah meminta maaf atas penipuannya itu, maka dia perlu meletak jawatan serta merta. Dan sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka mungkin dia akan terpaksa menebalkan mukanya setiap kali berhadapan dengan mana-mana pihak, terutamanya media dan rakyat Selangor.

Dengan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit MB, Faekah dengan sendirinya akan memenuhi permintaan ramai, termasuk para pemimpin Pakatan Haram Selangor sendiri yang sudah lama meluat dengan lagak kuasanya yang “lebih sudu dari kuah”.

Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Faekah selepas dia meletakkan jawatan kelak. Kalau Anwar mahu jadi “guru” selepas PRU ke-13 nanti, Faekah nak pilih profesyen apa sebagai pilihan lepas meletak jawatan?


Tuesday, 10 July 2012

DSAI hentam DAP dan PAS??????!!!




Salinan Talking Point Saudara Zamil Ibrahim, Presiden KITA Kedah di dalam Sidang Medianya Semalam


Satu sidang media telah diadakan di PJU semalam (9 Julai 2012) oleh Saudara Zamil Ibrahim, Presiden KITA Kedah berkenaan pendedahan satu salinan video.. Salinan video itu didakwa dirakam secara rakaman amatur menggunakan telefon bimbit.. Di dalam rakaman itu, DSAI didakwa telah mengutuk DAP dan PAS dalam satu mesyuarat PKR sebelum PRU-12.. Zamil juga mendakwa akan mendedahkan rakaman video berkenaan sedikit masa lagi..

Di dalam sidang media tersebut, Zamil telah mendedahkan perangai buruk Azmin, Saifudin, dan Mahfuz selain mendesak Dato' Murad memperjelaskan isu seludup sejumlah besar wang ke luar negara pada sekitar tahun 90-an serta mendedahkan siapa yang mengarahkannya untuk berbuat demikian.. Beliau turut mencabar pihak pembangkang untuk membuktikan yang beliau telah menerima wang sogokan daripada UMNO untuk memujuk MP PKR keluar parti.. Beliau juga bersedia untuk bersumpah di mana-mana masjid berhubung dakwaaan tersebut.

Jadi, mari kita tunggu, ape sebenarnya yang dikutuk oleh Ketua Pakatan Putar Alam ini terhadap ahli pakatannya yang nampak bukan main baik lagi sekarang.. Maklumlah.. bersama-sama nak 'menuju ke Putrajaya'.. Nanti jangan ade yang melompat pulak bile dah dengar ape si Anwar tu kutuk ye.. hehehe.. paham-paham jer lah.. putar alam kann.. depan cakap lain.. belakang pulak cakap lain..

Thursday, 24 May 2012

Cukai Pintu: Apa Dah Jadi Manifesto Kerajaan Selangor?


KUALA KUBU BHARU - Seorang penduduk Taman Ampang Pecah di sini terkejut apabila menerima notis cukai taksiran yang didakwa tinggi.

Baharum Wariya berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.
“Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun.
“Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, berdasarkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima, kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya.
Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan.
Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus.
“Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu.
“Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan,” katanya.
Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi.
Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan.
Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut.
Sumber: Sinar Harian


Amboi... dah lupa manifesto ke Kerajaan Selangor ni? Kalau lupa mari kita ingatkan.




Bawah Ekonomi Rakyat: janji nak Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.

Janji nak diturunkan, bukan saja menipu malah sekarang dah naik lagi! Pakatan Pembohong! 


Kini sudah lebih 3 tahun kerajaan Pakatan memerintah Selangor dan namun sehingga hari ini tiada sebarang penurunan cukai taksiran telah dibuat. Malah dengan sikap yang ditunjukkan oleh MB Selangor, kita boleh simpulkan bahawa mereka tiada niat pun untuk menurunkan cukai sebagaimana yang dijanjikan. Lebih malang pula bukan setakat tidak diturunkan, malah disesetengah kawasan cukai ini telah dinaikkan!

Sama ada pakatan pembangkang sedar atau tidak mereka sebenarnya telah berbohong kepada 5.41 juta orang penduduk di Selangor ini. Sewaktu pilihanraya Manek Urai di Kelantan, Datuk Seri Najib telah berjanji untuk membina jambatan baru untuk kemudahan penduduk jika calon BN menang. Namun begitu calon BN telah tewas namun beberapa minggu selepas itu PM telah meluluskan juga pembinaan jambatan tersebut kerana menyedari akan harapan yang begitu tinggi penduduk terhadap kewujudan jambatan tersebut.

Jika dua paparan kisah ini disingkap, maka rakyat boleh menilai kembali siapa yang lebih berpegang pada janji dan siapa yang lebih munafik dalam soal memungkiri janji yang dibuat?

Jika kerajaan Pakatan di Selangor berhasrat melaksanakan segala janji yang mereka tabur dulu diwaktu dekat dengan pilihanraya, maka jelaslah mereka meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat dan golongan munafik ini seharusnya ditolak oleh rakyat Selangor!

Menteri Besar Selangor seharusnya sedar bahawa sudah lebih 3 tahun rakyat Selangor menunggu segala janji yang dibuat. Pemimpin Pakatan akan melakukan apa sahaja untuk menutup segala penipuan janji pilihanraya terhadap rakyat.

Mari kita bersama bangkit menentang golongan munafik ini. 

Tolak Pakatan Pembohong!

Selamatkan Selangor!

Friday, 30 March 2012

Bila Speaker Selangor Kantoi Berat Sebelah



Ini baru kes lawak.Kata orang pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dari segi prinsip semua Speaker baik Parlimen maupun Dewan Undangan Negeri kena bersikap adil semasa mengendalikan sidang masing-masing. 
Namun Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chan Kim kantoi habis Selasa gara-gara beliau tersilap semasa menghantar mesej sulit menerusi telefon Blackberry kepada semua Exco Kerajaan Negeri  Pakatan Rakyat semasa sidang sedang berlangsung.
Dalam mesej sulit itu beliau meminta semua Exco mempromosi kehebatan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Teng buat silap besar dan rahsia tindakannya yang menyalahi etika sidang itu bocor kerana beliau turut hantar mesej berkenaan kepada ADUN Bebas Gombak Setia,Datuk Dr Hasan Ali kerana terlupa beliau bukan lagi Exco.
 
Makanya mesej sulit itu terus diketahui oleh semua ADUN BN yang sedang hadiri sidang. Akibatnya mereka bertindak memprotes kerana Teng telah langgar prinsip Speaker mesti bebas dan adil. Mereka menuntut Teng minta maaf tetapi beliau enggan. Ekoran itu tujuh ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.
Ada yang kedengaran menyindir inilah contoh keadilan dan kebebasan yang dilaungkan oleh PR.
Sumber: AgendaDaily 


Suatu masa dulu rakyat Selangor dimomokkan dengan perkataan ADIL.

"Kami menuntut keadilan!" kata mereka.
"Kami akan bersikap adil!" kata mereka.
"Undilah parti yang ada perkataan ADIL!" kata mereka.

Ini adil apa kejadahnya?
Kantoi terang-terangan.

Sudah-sudahlah menipu rakyat Selangor!