Thursday, 24 May 2012

Cukai Pintu: Apa Dah Jadi Manifesto Kerajaan Selangor?


KUALA KUBU BHARU - Seorang penduduk Taman Ampang Pecah di sini terkejut apabila menerima notis cukai taksiran yang didakwa tinggi.

Baharum Wariya berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.
“Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun.
“Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, berdasarkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima, kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya.
Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan.
Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus.
“Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu.
“Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan,” katanya.
Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi.
Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan.
Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut.
Sumber: Sinar Harian


Amboi... dah lupa manifesto ke Kerajaan Selangor ni? Kalau lupa mari kita ingatkan.




Bawah Ekonomi Rakyat: janji nak Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.

Janji nak diturunkan, bukan saja menipu malah sekarang dah naik lagi! Pakatan Pembohong! 


Kini sudah lebih 3 tahun kerajaan Pakatan memerintah Selangor dan namun sehingga hari ini tiada sebarang penurunan cukai taksiran telah dibuat. Malah dengan sikap yang ditunjukkan oleh MB Selangor, kita boleh simpulkan bahawa mereka tiada niat pun untuk menurunkan cukai sebagaimana yang dijanjikan. Lebih malang pula bukan setakat tidak diturunkan, malah disesetengah kawasan cukai ini telah dinaikkan!

Sama ada pakatan pembangkang sedar atau tidak mereka sebenarnya telah berbohong kepada 5.41 juta orang penduduk di Selangor ini. Sewaktu pilihanraya Manek Urai di Kelantan, Datuk Seri Najib telah berjanji untuk membina jambatan baru untuk kemudahan penduduk jika calon BN menang. Namun begitu calon BN telah tewas namun beberapa minggu selepas itu PM telah meluluskan juga pembinaan jambatan tersebut kerana menyedari akan harapan yang begitu tinggi penduduk terhadap kewujudan jambatan tersebut.

Jika dua paparan kisah ini disingkap, maka rakyat boleh menilai kembali siapa yang lebih berpegang pada janji dan siapa yang lebih munafik dalam soal memungkiri janji yang dibuat?

Jika kerajaan Pakatan di Selangor berhasrat melaksanakan segala janji yang mereka tabur dulu diwaktu dekat dengan pilihanraya, maka jelaslah mereka meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat dan golongan munafik ini seharusnya ditolak oleh rakyat Selangor!

Menteri Besar Selangor seharusnya sedar bahawa sudah lebih 3 tahun rakyat Selangor menunggu segala janji yang dibuat. Pemimpin Pakatan akan melakukan apa sahaja untuk menutup segala penipuan janji pilihanraya terhadap rakyat.

Mari kita bersama bangkit menentang golongan munafik ini. 

Tolak Pakatan Pembohong!

Selamatkan Selangor!

No comments:

Post a Comment