Showing posts with label Pengkhianat. Show all posts
Showing posts with label Pengkhianat. Show all posts

Monday, 9 December 2013

LIM GUAN ENG BURUK-BURUKKAN MALAYSIA DI HONG KONG!!??!!






Sebelum ini DS Najib Razak mendedahkan penglibatan kepimpinan DAP hingga menyebabkan projek RM35 billion dibatal oleh pengusaha Taiwan. 



Anda baca di sini : Baca Sini



Untuk rekod, Lim Guan Eng adalah salah seorang daripada anak beranak Lim yang bertakhta di dalam parti DAP selain daripada Kit Siang dan adik Guan Eng di DAP Pulau Pinang.

Lim Guan Eng sebelum ini juga lantang mempertikaikan undi popular BN pada PRU13 yang lepas. Bagi beliau, BN tidak layak untuk mentadbir negara kerana undi popular yang kurang daripada pakatan pembangkang padahal satu negara tahu kita menggunakan sistem 'first past the post'.

Tetapi apabila beliau dimalukan oleh perwakilan DAP dengan menolak beliau jatuh ke tangga 5 dan mendapat undi popular yang berkurangan semasa pemilihan semula CEC DAP, Guan Eng dengan tanpa malunya memegang jawatan tertinggi DAP iaitu Setiausaha Agung DAP.

Di manakah prinsip, etika dan integriti anak Kit Siang itu ??




Selain daripada isu RM35 billion di Taiwan itu, seluruh rakyat Malaysia juga terkejut dengan kenyataan Lim Guan Eng DAP yang memburuk-burukkan negeri Johor semasa beliau berada di Singapura.

Lihat 2 video di bawah. Lim Guan Eng diselar kerana memburuk-burukkan negeri Johor.



Video : Kenyataan Guan Eng di Singapura


Video : Guan Eng DAP kantoi



Dan sekarang, tersebar pula video terbaru Lim Guan Eng DAP yang di dakwa memburuk-burukkan negara Malaysia di Hong Kong ! Tentu rakyat akan terkejut, kecewa dan berasa marah. 

sumber : Dr MiM



RMK : Inilah namanya pengkhianat negara....

Friday, 7 September 2012

'Hotstuff' Kantoi Menipu!


Ada orang kantoi!


Terlalu pedih! Memang perit dan sememangnya sangat memalukan! Itulah yang boleh saya katakan sekiranya saya di tempat Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang “dikantoi”kan menipu rakyat mengenai sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.

Hotstuff Menteri Besar Selangor

Kerajaan Pakatan Haram Selangor sebelumnya diselar oleh para pemimpin UMNO/BN atas kebiadapan mereka tidak menjemput atau memaklumkan DYMM Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan tersebut.

Bagaimanapun, mungkin mahu membela “boss”nya, Faekah yang didesak meletakkan jawatan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Baginda Tuanku tidak pernah menghadiri sambutan ambang merdeka sebelum ini di zaman UMNO/BN.

Malah kononnya dia memberitahu media bahawa kerajaan UMNO/BN sebelum ini tidak pernah menjemput DYMM Sultan Selangor ke masjlis sambutan tahunan itu.

Mungkin dilahirkan sebagai “penipu tegar”, dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan kepada media bahawa Baginda Tuanku pernah menghadiri majlis sambutan ambang merdeka ketika pentadbiran UMNO/BN.

Menurut beliau, pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan sentiasa dimaklumkan oleh Kerajaan UMNO/BN walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada Baginda Sultan.
Malah Datuk Mohamad Munir Bani turut memberitahu bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang tidak memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor dan sebaliknya menjemput Anwar Ibrahim yang diberi slot ucapan khas pada malam tersebut.

Lebih teruk lagi, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor itu menjelaskan bahawa Baginda Tuanku “tidak gembira” berkenaan hal ini..!

Mana lagi Faekah nak tunjuk muka apabila mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa menjemput dan memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor mengenai sambutan Hari Merdeka pada setiap tahun.

Menurutnya, sama ada secara lisan atau rasmi, Baginda Tuanku pasti akan dijemput atau dimaklumkan mengenainya, dan sama ada DYMM Sultan Selangor sudi mencemar duli menyertai program tersebut adalah terletak di bawah budi bicara Baginda.

Lebih pedih lagi apabila Dr. Khir sempat menyindir Faekah dan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk memohon ampun dari DYMM Sultan Selangor atas kesalahan diri sendiri berbanding terus menerus menyalahkan pihak lain!

Paling menarik, kedua-dua pihak sama ada pihak Istana mahupun Dr. Khir mempersoalkan “keistimewaan” Anwar di majlis berkenaan.

Pihak Istana mempersoalkan jasa dan sumbangan Anwar di Selangor memandangkan dia merupakan Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, manakala Dr. Khir pula mempertikaikan status Anwar sebagai “tetamu khas” yang sepatutnya diberikan kepada DYMM Sultan Selangor sahaja.

Rasanya, Faekah sudah tidak punya jalan lagi untuk memutar belitkan keadaan. Segalanya sudah tersimpul mati dan Faekah berhadapan dengan perkara yang sangat memalukan dirinya seumur hidup.

Bayangkan, dia begitu yakin menghentam para pemimpin UMNO/BN, tiba-tiba hujahnya itu dimatikan oleh pihak-pihak yang tidak mampu dilawan langsung olehnya. Rasanya, Khalid “Gagap” sendiri pun tak mampu melindungi Faekah lagi…

Mungkin selepas Faekah meminta maaf atas penipuannya itu, maka dia perlu meletak jawatan serta merta. Dan sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka mungkin dia akan terpaksa menebalkan mukanya setiap kali berhadapan dengan mana-mana pihak, terutamanya media dan rakyat Selangor.

Dengan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit MB, Faekah dengan sendirinya akan memenuhi permintaan ramai, termasuk para pemimpin Pakatan Haram Selangor sendiri yang sudah lama meluat dengan lagak kuasanya yang “lebih sudu dari kuah”.

Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Faekah selepas dia meletakkan jawatan kelak. Kalau Anwar mahu jadi “guru” selepas PRU ke-13 nanti, Faekah nak pilih profesyen apa sebagai pilihan lepas meletak jawatan?


Monday, 3 September 2012

Isu Biadap Peserta Perhimpunan Janji Demokrasi: NGO Selangor Buat Laporan Polis



Sekarang heboh berkenaan isu kebiadapan peserta perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2012 lalu [baca sini] [sini] dan [sini].

1. Bendera Jalur Gemilang didesak ditukar ke 'Sang Saka Malaya' ciptaan pegawai Anwar di Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor
2. Insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri
3. Insiden individu menunjuk punggung ke arah gambar Perdana Menteri


Justeru itu, beberapa badan NGO Selangor telah bertindak membuat laporan polis sebagai tanda protes terhadap kebiadapan melampau puak pembangkang itu.


Di Shah Alam
Pada jam 3.30 petang tadi GAPS tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6. Seramai tujuh orang ahli GAPS yang diketuai oleh presidennya, Saudara Hamidzun Khairuddin telah hadir. GAPS menuntut agar penganjur serta mereka yang terlibat diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.


Di Gombak
Pada jam 3.00 petang, laporan polis berkenaan isu sama telah dibuat di Balai Polis Batu 6 Gombak oleh Barisan Bertindak Gombak dan Badan NGO-NGO Gombak yang diketuai oleh Penyelaras DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad. Kehadiran penyokong NGO tersebut adalah sekitar 50 orang. Turut hadir adalah Ketua Wanita UMNO  Bahagian Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil.






*Baru padan muka kau. Pengkhianat negara memang layak dibuang negara.