Showing posts with label Manifesto. Show all posts
Showing posts with label Manifesto. Show all posts

Sunday, 7 April 2013

Rafizi Ramli Diserang Insomnia Cari Jalan untuk Spin Akujanji BN #ManifestoBN #PRU3 #GE13


Memang sakit biji mata Rafizi kena mengadap Anwar untuk bagaimana hendak serang Akujanji Barisan Nasional yang jauh lebih realistik berbanding Buku Jingga dan manifesto Pakatan Rakyat. Masalah utama yang dihadapi oleh PAKATAN RAKYAT adalah janji Najib Razak amat dapat dipercaysi berbanding janji-janji Anwar Ibrahim yang selalu dikencing. Melihat CIRI-CIRI UTAMA Aku
BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

Membina Lebuh raya Pan Borneo.

Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

Sekolah satu sesi diperluaskan.

Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

Transformasi sekolah vokasional.

4,000 anggota Polis setiap tahun.

Penggunaan SafeCam.

Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.








Sumber



Mari lihat gambar-gambar ngeri sekitar pelancaran Manifesto BN semalam.

Gambar-gambar Ngeri Sekitar Pelancaran #ManifestoBN yang Media Pembangkang Tak Akan Siarkan #PRU13 #GE13


Dalam stadium





Luar stadium





Dan ini gambar favourite RMK



Penuh dengan manusia! Meremang bulu tengkuk RMK tengok. 

Inilah kekuatan Barisan Nasional!



Esok tengok macai nak spin apa. Hahahah!

Wednesday, 13 March 2013

VIDEO: Kerajaan Selangor Tanpa Hala Tuju Dalam Krisis Air



Kerajaan Selangor memang NoDirection bila tiba bab Krisis Air. Tiada hala tuju, tiada penyelesaian. Bila ditanya, sudah pasti akan salahkan Syabas. Bila dah kelu, nak alihkan perhatian. Sudahlah! Rakyat sudah muak dengan Money-festo Bukan Janji Pakatan Rakyat!

Bersedialah Pakatan Penipu, rakyat Selangor bakal bangkit pada PRU-13!

Thursday, 24 May 2012

Cukai Pintu: Apa Dah Jadi Manifesto Kerajaan Selangor?


KUALA KUBU BHARU - Seorang penduduk Taman Ampang Pecah di sini terkejut apabila menerima notis cukai taksiran yang didakwa tinggi.

Baharum Wariya berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.
“Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun.
“Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, berdasarkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima, kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya.
Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan.
Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus.
“Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu.
“Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan,” katanya.
Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi.
Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan.
Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut.
Sumber: Sinar Harian


Amboi... dah lupa manifesto ke Kerajaan Selangor ni? Kalau lupa mari kita ingatkan.




Bawah Ekonomi Rakyat: janji nak Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.

Janji nak diturunkan, bukan saja menipu malah sekarang dah naik lagi! Pakatan Pembohong! 


Kini sudah lebih 3 tahun kerajaan Pakatan memerintah Selangor dan namun sehingga hari ini tiada sebarang penurunan cukai taksiran telah dibuat. Malah dengan sikap yang ditunjukkan oleh MB Selangor, kita boleh simpulkan bahawa mereka tiada niat pun untuk menurunkan cukai sebagaimana yang dijanjikan. Lebih malang pula bukan setakat tidak diturunkan, malah disesetengah kawasan cukai ini telah dinaikkan!

Sama ada pakatan pembangkang sedar atau tidak mereka sebenarnya telah berbohong kepada 5.41 juta orang penduduk di Selangor ini. Sewaktu pilihanraya Manek Urai di Kelantan, Datuk Seri Najib telah berjanji untuk membina jambatan baru untuk kemudahan penduduk jika calon BN menang. Namun begitu calon BN telah tewas namun beberapa minggu selepas itu PM telah meluluskan juga pembinaan jambatan tersebut kerana menyedari akan harapan yang begitu tinggi penduduk terhadap kewujudan jambatan tersebut.

Jika dua paparan kisah ini disingkap, maka rakyat boleh menilai kembali siapa yang lebih berpegang pada janji dan siapa yang lebih munafik dalam soal memungkiri janji yang dibuat?

Jika kerajaan Pakatan di Selangor berhasrat melaksanakan segala janji yang mereka tabur dulu diwaktu dekat dengan pilihanraya, maka jelaslah mereka meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat dan golongan munafik ini seharusnya ditolak oleh rakyat Selangor!

Menteri Besar Selangor seharusnya sedar bahawa sudah lebih 3 tahun rakyat Selangor menunggu segala janji yang dibuat. Pemimpin Pakatan akan melakukan apa sahaja untuk menutup segala penipuan janji pilihanraya terhadap rakyat.

Mari kita bersama bangkit menentang golongan munafik ini. 

Tolak Pakatan Pembohong!

Selamatkan Selangor!