Showing posts with label bullshit. Show all posts
Showing posts with label bullshit. Show all posts

Monday, 8 October 2012

KRISIS AIR SELANGOR: KHALID IBRAHIM JILAT LUDAH SENDIRI!



Krisis air Selangor yang tak pernah sudah. Minggu lepas dilaporkan Loji Pembersihan Air Sungai Sireh di sini berdepan penyusutan lebih 50 peratus di terusan utama Sungai Sireh sejak seminggu lalu.

Loji air susut, lebih 30,000 terutama pesawah bakal terjejas
ARZIANA MOHMAD AZAMAN
7 Oktober 2012
Loji Pembersihan Air Sungai Sireh
Loji Pembersihan Air Sungai Sireh menyusut sejak seminggu lalu sehingga melebihi paras kritikal.
TANJONG KARANG - Lebih 30,000 pengguna air terutamanya pesawah di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dikhuatiri terjejas kerana Loji Pembersihan Air Sungai Sireh di sini berdepan penyusutan lebih 50 peratus di terusan utama Sungai Sireh sejak seminggu lalu.


Sinar Harian difahamkan, keadaan itu menyebabkan pengeluaran air dari loji itu mula berkurangan daripada 21 juta liter sehari (JLH) kepada 16 JLH dan ketika ini pengeluaran air di loji terbabit terpaksa ditampung oleh beberapa loji lain.



Ekoran itu, paras air di Terusan Besar Sungai Sireh mencapai tahap kritikal iaitu 3.34 meter berbanding paras normal melebihi empat meter dan menyebabkan air sungai itu terpaksa disedut menggunakan pam kerana paras air yang susut.



Difahamkan juga, penyusutan air di terusan utama Sungai Sireh berpunca daripada taburan hujan yang berkurangan di kawasan tadahan air, musim kemarau dan penggunaan air untuk tanaman padi di kawasan Tanjong Karang, Sekinchan dan Sungai Besar.



Seorang pesawah, Ahmad Maidin Hussin, 60, berkata, pihaknya sedia maklum isu berhubung penyusutan air di terusan utama Sungai Sireh di sini yang jelas dapat dilihat dan turut bimbang sekiranya air terus kering jika krisis ini berterusan.



“Saya juga terkejut melihat paras air terlalu rendah sehingga boleh menyebabkan loji yang ada di sini terjejas. Jika masih berterusan, mungkin menimbulkan banyak masalah kepada pengguna.



“Mungkin pesawah di Sawah Sempadan tidak terjejas kerana musim menanam sudah berakhir dan kini hanya menunggu kerja menuai pada 20 Oktober nanti, namun turut bersimpati dengan nasib pesawah di Sekinchan kini tengah menanam padi,” katanya.



Seorang lagi pesawah, Hussien Abdul Shukor, 43, berkata, sejak seminggu lalu, bekalan air di kawasan sawahnya di Sungai Sireh mula berkurangan apabila paras air di terusan berkenaan yang menjadi sumber utama bekalan mulai menyusut.



“Kebanyakan pesawah di sini terpaksa guna air simpanan dan parit, namun kami bernasib baik apabila tanaman padi di kawasan ini sudah hampir masa untuk dituai dan tidak memerlukan air banyak,” katanya yang mengusahakan sawah seluas 2.4 hektar.



Bagi seorang petani, Rosmi Ahmad, 57, berkata, dia juga terpaksa menggunakan air dalam tong untuk mengusahakan tanaman keladi dan jika sumber air sungai terus menyusut, dikhuatiri tanamannya akan musnah.



Sementara itu, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Md Khairi Selamat ketika dihubungi berkata, sehingga hari ini pihaknya belum menerima laporan mengenai masalah terbabit dan akan memberi penjelasan selepas ini. - Sinar Harian



Lepas tu, Khalid Gagap keluarkan pula kenyataan agar rakyat Selangor jangan cemas paras air kian merosot. Dia cadangkan pula pembenihan awan untuk hasilkan hujan.


MB: Tidak perlu cemas laporan paras air menyusut

7 Oktober 2012
SERI KEMBANGAN – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap rakyat tidak cemas dengan laporan penyusutan paras air di empangan dan loji pembersihan air di negeri ini.

Katanya, Kerajaan Negeri sedia maklum mengenai perkara tersebut dan akan melaksanakan proses pembenihan awan sekiranya tiada hujan dalam tempoh 22 hari bermula Khamis lalu.

Katanya, beberapa kajian juga sudah dibuat sama seperti yang pernah dilakukan di Johor ketika paras air di empangan negeri itu susut.

“Daripada kajian dilakukan, didapati dalam keadaan ini (paras air empangan menyusut) kita tidak perlu rasa cemas, masih ada 75 hingga 90 hari lagi.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri membuat keputusan pembenihan awam akan dilakukan sekiranya tiada hujan dalam tempoh 22 hari,” katanya selepas menyampaikan sumbangan pada Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengenai situasi semasa paras air di Empangan Sungai Selangor yang didakwa menyusut hampir 40 peratus.

Terbaru, lebih 30,000 pengguna air terutamanya pesawah di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dikhuatiri terjejas apabila paras air di Loji Pembersihan Air Sungai Sireh menyusut lebih 50 peratus.

Abdul Khalid berkata, proses pembenihan awan itu akan dilaksanakan atas nasihat Jabatan Meteorologi dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Katanya pihaknya juga sudah melakukan persediaan sekiranya proses itu perlu dilakukan.

“Kita sudah ‘standby’ penggunaan, sebelum 22 hari pun boleh buat, kena periksa awan dan sebagainya dahulu. Saya dimaklumkan ia perlu buat sekiranya paras air di bawah 50 peratus tetapi dimaklumkan tiga hari lalu dia masih di bawah 56 peratus,” katanya.

Kelmarin akhbar melaporkan, paras Empangan Sungai Selangor yang membekalkan air mentah ke dua loji sebelum diproses dan diagihkan kepada penduduk sekitar Lembah Klang dikatakan mengalami penyusutan.

Pengurangan air di empangan itu dikatakan berkemungkinan menjadi petanda awal berlakunya krisis air di Selangor.


Cuak dah Khalid Gagap ni. Dulu dia ngan EXCO Selangor mati-mati putar belit fakta krisis air Selangor tak akan berlaku [baca sini]. Tuduh Kerajaan Pusat nak bina loji Langat 2 untuk untungkan kroni. Sekarang? Bila paras air semakit surut dan rakyat berdepan dengan masalah kekurangan sumber air, baru kau nak gelabah. Padan muka kau jilat ludah sendiri.

Tuesday, 2 October 2012

RASUAH: DAP SEBAR RISALAH TAPI SENDIRI KANTOI!



Pagi tadi risalah ni sampai ke tangan kami. Dikhabarkan risalah ni diedarkan di kawasan perumahan di Petaling Jaya.



Dengan bangga letak 'Published by DAP'

DAP nak cakap pasal rasuah. Kalau dia tu suci sangat memang layaklah dia nak hentam orang lain. Tapi hakikatnya? Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Bak kata omputih, 'the pot calling the kettle black'.


Kenapa? [Baca sini] dan [sini]. Dan yang terbaru, [skandal Taman Manggis melibatkan Lim Guan Eng].

Rasuah – DAP Umpama Ayam Kokok Berderai, Ekor Penuh Tahi

KUALA LUMPUR 19 Jun – Kelantangan DAP yang kononnya ingin menjadi juara untuk membenteras permasalahan  isu rasuah ibarat seperti Ayam Berkokok  Berderai-derai, Tapi Ekor Bergelumang Tahi apabila cuba merasuah bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim daripada meninggalkan parti itu.
Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata apa yang berlaku itu jelas menunjukkan DAP bukan sahaja pandai bercakap malah sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu demi kepentingan politik.
“Kononnya mementingkan intergriti dan anti rasuah dan menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti rasuah tetapi sebaliknya yang berlaku apabila DAP secara terang-terangan melakukan perbuatan itu apabila cuba merasuah Tunku Abdul Aziz.
“Pendedahan ini bukanlah konspirasi seperti mana yang sering dituduh pembangkang apabila ada sesuatu isu yang didedahkan membabitkan mereka, tetapi ia didedahkan sendiri oleh Tunku Abdul Aziz yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UMNO atau Barisan Nasional.
“Sehingga kini tidak kita dengari sebarang penafian daripada DAP berhubung perkara itu, malah tiada sebarang tindakan yang diambil oleh DAP terhadap Tunku Abdul Aziz berhubung pendedahan itu jika benar ia adalah konspirasi politik,” katanya UMNO-Online di sini.
Nor Hafizah berkata, tidak juga didengari sebarang kenyataan daripada rakan sekutunya sama ada Pas atau PKR berhubung perkara itu, mereka diam seribu bahasa bagaikan merelakan rasuah yang cuba dilakukan oleh DAP.
“Dahulu ketika mula perintah Pulau Pinang, mereka sibuk bercakap mengenai intergriti, kononnya ingin menjadi kerajaan yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus, tapi bila dah berkuasa banyak masalah yang timbul sehingga menyusahkan rakyat.
“Banyak tindakan yang dilakukan menimbulkan pelbagai persoalan terutama membabitkan ketelusan dalam melaksanakan projek yang membabitkan nilai yang tinggi, kalau dahulu mereka menuduh Barisan Nasional tidak telus, sedangkang mereka sendiri tidak telus dalam melaksanakan tugas sebagai kerajaan negeri,” katanya.
Beliau menyifatkan pembangkang terutamanya DAP hanya pandai mencari kesalahan sedangkan apabila terkena diri sendiri, mereka nampaknya cuba menyembunyikan perkara itu untuk menunjukkan tiada apa yang berlaku. -MediaUMNO 

Monday, 1 October 2012

KISAH SEDIH TERESA KOK DAN 'SLEEPING PARTNER'-NYA



Sedih sungguh bila kita baca apa yang ditulis oleh Teresa Kok tentang kehilangan 'teddy bear'nya yang telah dilelong dengan harga RM10 ribu dan teddy bear berkenaan akhirnya berpindah kepada Judy Tong yang merupakan SALAH SEORANG AHLI JEMAAH GEREJA DUMC.




Menurut Teresa Kok, itulah kali pertama dia bertemu dengan Judy Tong walaupun Judy Tong merupakan 'peminat' setianya dan sentiasa mengikuti perkembangannya.

Anda ingat lagi kontroversi DUMC dan pembabitan Teresa Kok yang begitu lantang mengutuk serbuan yang dilakukan oleh JAIS, sekaligus membongkar salah satu kes pemurtadan dan pengkristianisasi membabitkan DUMC yang didalangi sepenuhnya oleh kaum DAP?

Sekarang, Teresa Kok yang juga merupakan salah seorang jemaah DUMC, mengatakan dia tidak mengenali Judy Tong?

Maksudnya?

Maksudnya adalah Teresa Kok adalah seorang pembohong walaupun agama yang dianutinya tidak membenarkan dia bercakap bohong, berkhianat mahupun menjadi munafik yang menghalalkan cara bagi mencapai matlamat.

Umum mengetahui, Pakatan Rakyat yang menerima bantuan dari dana asing, bukanlah semiskin seperti yang mahu ditonjolkan oleh para pemimpin kumpulan berkenaan. Dana asing yang masuk menerusi pelbagai agensi, mahupun secara langsung menerusi tangan Anwar Ibrahim dan PKR seringkali digunakan untuk mencipta pelbagai program dan majlis yang akan mencetuskan kegelisahan dan kekacauan di negara ini.

DUMC sendiri tidak pernah menafikan tentang sumbangan tenaga dan wang ringgit dari pihak asing bagi mengembangkan aktiviti mereka, terutama di kalangan umat Islam terutama sekali selepas Pakatan Rakyat 'berjaya' mendesak kerajaan memansuhkan Akta ISA.

Menggunakan sentimen melankolik seperti yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bagi tujuan mengutip dana pilihanraya, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah taktik bagi mewujudkan sense of belonging terhadap Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sendiri tidak memerlukan bantuan atau dana daripada rakyat awam.

Bayangkanlah pula seandainya UMNO dan Barisan Nasional pula menggunakan taktik dan cara sebegitu, pasti kita akan dapat melihat dan mendengar pelbagai tahap cemuhan dan makian yang dilemparkan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Teresa Kok sekadar menjual teddy bearnya yang bernilai RM10,000 kepada peminatnya sendiri. Bagaimana dengan hasil kerjanya kepada rakyat yang telah melantiknya sebagai wakil? Adakah nilai kerjanya jauh lebih tinggi dan boleh dihormati, atau sekadar ia menambahkan perisa kejahatan dan kepura-puraan dalam Pakatan Rakyat?


[Sumber]

Thursday, 27 September 2012

Tuesday, 25 September 2012

Krisis Air Selangor: Rakyat Diperdaya!





Petaling Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan. 


Tarif air naik

Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.

Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

“Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.


Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.


Tak relevan 

Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius,” katanya.


Loji Langat 2 perlu 

Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi.

 (Berita Harian)

Thursday, 19 July 2012

Tanah Bawah Air : Kerajaan Selangor PAKATAN HARAM Penipu!!??





Dalam cuba mempertahankan tindakan kerajaan Selangor membeli tanah milik Talam yang 80% daripadanya berada di bawah permukaan air, Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua telah menipu rakyat Malaysia dan Selangor khasnya dengan mendakwa Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti telah membuat penilaian mengenai harga tanah tersebut.

Pendek kata DAP dan kerajaan negeri Selangor cuba mempertahankan keputusan pembelian tanah yang lerlebih harga dan tidak mendatangkan keuntungan itu dengan cuba menjual nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti.

Gambaran yang cuba diberikan, pembelian itu adalah sah kerana telah diberi penilaian oleh pihak yang sepatutnya.

Bagaimanapun semuanya berubah pada 12 Julai lepas apabila Trinity Corporation Berhad (nama lama Talam Corporation Berhad) mengeluarkan notis kepada Bursa Saham bahawa  kenyataan Khalid Ibrahim dan Tony Pua yang merujuk Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai pihak yang menilai dan memberi kelulusan kepada pembelian tanah di Bestari Jaya itu adalah TIDAK BENAR.

Rujukan boleh dilihat di:-  


Ini seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kredebiliti kedua-dua pemimpin tersebut yang berani menipu rakyat dalam mempertahankan tindakan tidak beretika yang dilakukan mereka, semata-mata untuk menutup kecurangan dalam pentadbiran kerana membelanjakan wang rakyat Selangor dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan yang tidak selari dengan kepentingan rakyat.

Kita perlu ingat, sebelum 2008, Talam Corporation yang berhutang dengan kerajaan Selangor, tetapi apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri selepas itu, sebaliknya pula yang berlaku – kerajaan negeri pulak berhutang untuk menyelesaikan masalah hutang Talam dengan tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) membeli hutang-hutang Talam dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri bernilai RM 392 juta.

Itu baru yang tunai, urus niaga lain melibatkan pemindahan aset hartanah bernilai RM 676 juta yang antaranya melibatkan pembelian tanah yang dijadikan isu sekarang inilah.

Dan sementara Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor cuba meyakinkan rakyat Selangor bahawa pengurusan hutang tersebut adalah mengikut peraturan yang sebetulnya, kita dikejutkan dengan kenyataan dari Talam sendiri bahawa proses penentuan harga tanah itu tidak melibatkan penilaian dan kelulusan oleh pihak ketiga (Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti) seperti didakwa Khalid & Tony Pua.

Jadi bolehkah kita mengatakan disini bahawa BENARLAH dakwaan ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa tanah di Bestari Jaya itu dibeli kerajaan Selangor dari Talam, RM 42 juta lebih mahal dari harga pasaran?

Penulis tidak nampak mengapa tidak boleh.  Walaupun dalam sidang media yang diadakan sebelumnya, kedua mereka bercakap tentang banyak perkara tapi setelah diringkaskan, alasan Khalid Ibrahim dan Tony Phua dalam mempertahankan urusniaga itu hanya satu – penilaian harga tanah telah mendapat kelulusan Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti, yang mana sudah terbukti tidak benar sekarang.

Itu menjadikan dalam tempoh dua minggu ini saja, Pakatan Rakyat ‘tertangkap dengan seluar tersingkap ke bawah’ sebanyak dua kali.

Kali pertama kerana ‘menjual’ nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menjustikasikan pembelian tanah dibawah air, kali kedua apabila semalam portal berita pro mereka Free Malaysia Today (FMT) secara terbuka mengaku menulis fakta yang salah berkenaan Lynas Corporation Berhad (baca sini)– fakta yang digunapakai oleh 100% penyokong Pakatan Rakyat dalam mempertahankan tindakan menentang pembinaan Lynas di Malaysia.

Kesimpulannya, memang banyak yang tidak kena dengan pengurusan wang rakyat Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Duduk ditempat paling di atas, sudah tentulah bagaimana syarikat seperti Talam yang berhutang dengan kerajaan Selangor sebelum Mac 2008, boleh mempengaruhi kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih hutang-hutang tersebut sehingga rakyat Selangor pula yang tak pasal-pasal terpaksa menanggung akibat dari ‘kepintaran’ Khalid Ibrahim.

Dan itu baru satu, dihadapan ini ada lebih banyak isu besar dan penting yang menunggu, antaranya air.

Source : GPRS