Showing posts with label Hotstuff. Show all posts
Showing posts with label Hotstuff. Show all posts

Tuesday, 25 September 2012

[VIDEO] TUKANG URUT KANTOI! MAKSIAT BERLELUASA DI SELANGOR! MANA SUARA PAS??

Seronoknya bubble bath!

Sinar Harian




Klik sini untuk lebih gambar dan [video]


*PAS yang kononnya gigih nak pertahankan Islam masih senyap bila isu ni timbul. Takut dengan DAP? Inilah contoh puak yang sanggup gadaikan agama demi kepentingan politik dan kerakusan mendapatkan kuasa.

Friday, 7 September 2012

'Hotstuff' Kantoi Menipu!


Ada orang kantoi!


Terlalu pedih! Memang perit dan sememangnya sangat memalukan! Itulah yang boleh saya katakan sekiranya saya di tempat Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang “dikantoi”kan menipu rakyat mengenai sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.

Hotstuff Menteri Besar Selangor

Kerajaan Pakatan Haram Selangor sebelumnya diselar oleh para pemimpin UMNO/BN atas kebiadapan mereka tidak menjemput atau memaklumkan DYMM Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan tersebut.

Bagaimanapun, mungkin mahu membela “boss”nya, Faekah yang didesak meletakkan jawatan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Baginda Tuanku tidak pernah menghadiri sambutan ambang merdeka sebelum ini di zaman UMNO/BN.

Malah kononnya dia memberitahu media bahawa kerajaan UMNO/BN sebelum ini tidak pernah menjemput DYMM Sultan Selangor ke masjlis sambutan tahunan itu.

Mungkin dilahirkan sebagai “penipu tegar”, dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan kepada media bahawa Baginda Tuanku pernah menghadiri majlis sambutan ambang merdeka ketika pentadbiran UMNO/BN.

Menurut beliau, pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan sentiasa dimaklumkan oleh Kerajaan UMNO/BN walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada Baginda Sultan.
Malah Datuk Mohamad Munir Bani turut memberitahu bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang tidak memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor dan sebaliknya menjemput Anwar Ibrahim yang diberi slot ucapan khas pada malam tersebut.

Lebih teruk lagi, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor itu menjelaskan bahawa Baginda Tuanku “tidak gembira” berkenaan hal ini..!

Mana lagi Faekah nak tunjuk muka apabila mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa menjemput dan memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor mengenai sambutan Hari Merdeka pada setiap tahun.

Menurutnya, sama ada secara lisan atau rasmi, Baginda Tuanku pasti akan dijemput atau dimaklumkan mengenainya, dan sama ada DYMM Sultan Selangor sudi mencemar duli menyertai program tersebut adalah terletak di bawah budi bicara Baginda.

Lebih pedih lagi apabila Dr. Khir sempat menyindir Faekah dan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk memohon ampun dari DYMM Sultan Selangor atas kesalahan diri sendiri berbanding terus menerus menyalahkan pihak lain!

Paling menarik, kedua-dua pihak sama ada pihak Istana mahupun Dr. Khir mempersoalkan “keistimewaan” Anwar di majlis berkenaan.

Pihak Istana mempersoalkan jasa dan sumbangan Anwar di Selangor memandangkan dia merupakan Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, manakala Dr. Khir pula mempertikaikan status Anwar sebagai “tetamu khas” yang sepatutnya diberikan kepada DYMM Sultan Selangor sahaja.

Rasanya, Faekah sudah tidak punya jalan lagi untuk memutar belitkan keadaan. Segalanya sudah tersimpul mati dan Faekah berhadapan dengan perkara yang sangat memalukan dirinya seumur hidup.

Bayangkan, dia begitu yakin menghentam para pemimpin UMNO/BN, tiba-tiba hujahnya itu dimatikan oleh pihak-pihak yang tidak mampu dilawan langsung olehnya. Rasanya, Khalid “Gagap” sendiri pun tak mampu melindungi Faekah lagi…

Mungkin selepas Faekah meminta maaf atas penipuannya itu, maka dia perlu meletak jawatan serta merta. Dan sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka mungkin dia akan terpaksa menebalkan mukanya setiap kali berhadapan dengan mana-mana pihak, terutamanya media dan rakyat Selangor.

Dengan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit MB, Faekah dengan sendirinya akan memenuhi permintaan ramai, termasuk para pemimpin Pakatan Haram Selangor sendiri yang sudah lama meluat dengan lagak kuasanya yang “lebih sudu dari kuah”.

Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Faekah selepas dia meletakkan jawatan kelak. Kalau Anwar mahu jadi “guru” selepas PRU ke-13 nanti, Faekah nak pilih profesyen apa sebagai pilihan lepas meletak jawatan?