Showing posts with label Rumah Urut. Show all posts
Showing posts with label Rumah Urut. Show all posts

Monday, 29 April 2013

PANAS #GE13!: [MAKSIAT PART 1] MALU BESAR! CALON DUN KOTA ANGGERIK KANTOI DALAM RUMAH URUT!!? #PRU13 #SayangiSelangor #TolakPR



Kalau tidak menipu dan kaki fitnah, maka tidak layaklah orang itu bergelar pemimpin pakatan haram. Walaupun raut wajah nampak macam orang baik, namun demi meraih sokongan beliau sanggup menipu rakyat di Shah Alam.

Pemimpin yang dimaksudkan adalah calon PKR di DUN Kota Aggerik (N.040), Yaakob Sapari yang juga Exco kerajaan negeri Selangor.

Beliau mengambil kesempatan pada hari jumaat untuk mengedar risalah berbaur fitnah di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Shah Alam pada semalam. (gambar di bawah)

Dalam risalah itu melaporkan satu kenyataan oleh Yaakob Sapari dengan tajuk - "Tiada satu pun rumah urut di Kota Anggerik - Dr Yaakob Sapari". Laporan itu merupakan satu penipun maha dahsyat kepada rakyat di Shah Alam.

Risalah itu melaporkan bahawa, pendedahan kononnya kerajaan Selangor mengeluarkan lesen rumah urut adalah tidak benar dan menuduh pula Barisan Nasional (BN) sengaja menipu rakyat. Siapa tipu siapa?

Sebaliknya Yaakob Sapari dengan sombong mencabar BN untuk membawanya sendiri ke rumah-rumah urut yang dimaksudkan seperti dilaporkan dalam risalah itu. Berikut adalah petikan dalam risalah tersebut:

"Di Kota Anggerik ini, saya cabar mereka (BN dan Umno), untuk bawa saya ke rumah urut dimaksudkan. Saya nak tengok sendiri," katanya ketika ditanya mengenai dakyah BN bahawa kerajaan Pakatan Rakyat hanya pandai 'buat rumah urut'.

Jadi, demi menegakkan kebenaran, penulis akan dedahkan kesemua rumah-rumah urut yang terdapat di dalam kawasan DUN Kota Anggerik. Penulis akan pastikan, Yaakob Sapari diheret ke rumah-rumah urut itu.

Berikut adalah senarai rumah-rumah urut di N.040 - DUN Kota Anggerik

Lokasi rumah urut di Seksyen 15, Shah Alam 
(PDM108/40/13 - Seksyen 15 &16)



Lokasi: Dataran Automobil, Seksyen 15. Jarak hanya 1km dari Masjid Negeri, Shah Alam.

Lokasi rumah urut di Setia Alam 
(PDM108/40/01 - Setia Alam)





Lokasi: Jalan Setia Prima C U13/C, Jalan Setia Prima A U13/A, Jalan Setia Prima K U13/K, Jalan Setia Prima Setia Prima N U13/N

Lokasi rumah urut di Taman Berkeley (PDM108/40/16 - Taman Berkeley)
Status: Bakal didedahkan 

Lokasi rumah urut di Bukit Raja 
(PDM108/40/17 - Mutiara Bukit Raja)
Status: Bakal didedahkan

Lokasi rumah urut BB Klang 
(PDM108/40/22 - Bandar Baru Klang)
Status: Bakal didedahkan

Bersambung, nantikan pembohongan calon PKR N.040, Yaakob Sapari dalam siri pendedahan PART 2.


Kredit: TMS dan Shah Alam Rebels


RMK: Baik punya penipuan daripada PKR!

Thursday, 25 April 2013

[Uncensored Video] Panas #PRU13: PELACUR DISERBU APA KAITAN DR DZULKEFLY AHMAD AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR? #TolakPR



Video ini tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa apatah lagi untuk mengganggu minda pembaca tetapi video yang akan dipaparkan di bawah ini adalah kisah benar serbuan sarang pelacuran yang dilakukan oleh pihak polis di Kuala Selangor pada 24 Oktober 2012.

MKL-Crimedesk-D7SGNews 24 Oktober 2012 - Kuala Selangor.

Mengapa perkara memalukan seperti ini berlaku di Kuala Selangor?.. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kebanjiran masalah sosial yang tidak terkawal disebabkan oleh pemimpin yang dilantik dan diamanahkan untuk mentadbir langsung tidak mengambil berat dan bertanggungjawab.

Bukan mahu menunding jari atau menuduh tetapi itulah hakikatnya bila Pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen kuala Selangor terlalu sibuk memfitnah dan menyibuk sana-sini menjaga luar dan dalam kain orang lain hinggakan kawasannya sendiri tidak terjaga.

Bila ditegur tiada lain jawapannya melainkan 'itu bukan kerja saya' dan kemudiannya menyalahkan orang lain.

Kalau bukan kerja beliau, jadi kerja siapakah ini? .. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin kawasan yang dihormati beliau harus menegur tentang masalah sosial yang semakin meruncing di Kuala Selangor hingga menyebabkan perkara-perkara seperti di atas berlaku.

Berbalik kepada masalah tadi, sebenarnya ia ada kaitan dengan lambakan rumah urut yang tidak terkawal hingga menimbulkan tanda tanya mengapakah boleh jadi sedemikian rupa?

Terlalu banyakkah orang Kuala Selangor yang sakit kaki atau sakit badan dan adakah masalah sakit tersebut dapat diselesaikan hanya dengan urutan perempuan Cina dan Thai?

Bukan lagi menjadi satu rahsia tentang rumah urut yang menawarkan urutan batin dan khidmat seks tetapi ia sudah menjadi kemestian jika ada rumah urut kaki mesti ada urut batin dan khidmat seks dan ini merujuk kepada serbuan-serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa di seluruh Malaysia.

Jadi adakah Dr Dzul pasti yang rumah urut di Kuala Selangor yang mengelilingi pejabat beliau tidak menawarkan khidmat tersebut?

Mungkin bagi Dr Dzul dan Pemimpin PAS itu perkara biasa tetapi bagi anak muda Kuala Selangor itu perkara luar biasa kerana sebelum ini tiada perkhidmatan sedemikian di Kuala Selangor.

Jangan ambil mudah dan jangan pandang remeh tentang perkara ini kerana ia akan mendatangkan kerosakan akhlak yang amat teruk kepada generasi akan datang jika tidak dibendung.

Apa kaitan dan adakah ada udang disebalik batu dalam aktiviti ini?.. tunggu dalam part 2..

*** Dr Dzul sila jawab jika tiada kaitan.. mohon pencerahan.


Sumber: TMS

Tuesday, 25 September 2012

[VIDEO] TUKANG URUT KANTOI! MAKSIAT BERLELUASA DI SELANGOR! MANA SUARA PAS??

Seronoknya bubble bath!

Sinar Harian




Klik sini untuk lebih gambar dan [video]


*PAS yang kononnya gigih nak pertahankan Islam masih senyap bila isu ni timbul. Takut dengan DAP? Inilah contoh puak yang sanggup gadaikan agama demi kepentingan politik dan kerakusan mendapatkan kuasa.