Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts
Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts

Friday 5 July 2013

Isu Tanah Mendap di Seksyen 7 Shah Alam. KENAPA KERAJAAN NEGERI DIAM SERIBU BAHASA?




Laporan Utusan Malaysia:
Tanah mendap di Seksyen 7: Kerajaan negeri digesa beri tumpuan selesai masalah

SHAH ALAM 3 Julai - Ketua pembangkang negeri, Datuk Mohd. Shamsudin Lias mahu kerajaan negeri khususnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi tumpuan serius terhadap masalah tanah mendap yang dihadapi oleh 48 pemilik rumah di Seksyen 7 di sini. 
Katanya, masalah tersebut berlarutan sejak 2005 dan kerajaan negeri perlu mengambil satu pendekatan konkrit kerana masalah itu bukan hanya melibatkan kerugian besar, tetapi juga melibatkan soal keselamatan penduduk. 
Tegas beliau, meskipun PKNS difahamkan telah menawarkan pembelian balik 48 rumah berkenaan sebanyak RM400,000 hingga RM450,000 seunit sebagai langkah penyelesaian pada minggu lalu, jumlah itu dilihat tidak memadai kerana tidak mengikut harga pasaran semasa. 
"Sebagai sebuah kerajaan negeri manakala PKNS adalah anak syarikat kerajaan negeri, kedua-dua pihak perlu mengambil kira aspek sosioekonomi dan kebajikan rakyat di Seksyen 7. 
"Masalah tanah mendap yang dihadapi pemilik rumah Seksyen 7 itu bukan perkara baru. Sepatutnya kerajaan negeri dan PKNS telah pun mempunyai pelan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Lagi [di sini].

Penduduk Shah Alam tidak lupa insiden yang berlaku tahun lepas. Baca [di sini] dan [di sini]. 

Soalan RMK kepada kerajaan negeri, terutamanya kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah mudah. Kata nak jaga kebajikan rakyat. Jadi apa tindakan anda dalam hal ini? Aduan telah banyak dilakukan, takkan senyap sahaja?

Keadaan ini melibatkan nyawa manusia. Takkan tunggu sampai insiden yang melibatkan kematian seperti [ini] berlaku lagi baru nak buat tindakan??

Thursday 6 June 2013

KHALID SAMAD CAKAP PORTAL MALAYSIAKINI PENIPU!!?



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan menyalahkan mana-mana pihak istana terutama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu kelewatan pelantikan anggota exco kerajaan negeri itu.

Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor itu mendakwa portal berita Malaysiakini sengaja mensensasikan artikel yang ditulisnya dalam blog berkaitan pelantikan ahli Exco kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau hanya mengeluarkan kenyataan mengenai mekanisme pengagihan kerusi exco Selangor untuk parti-parti di bawah Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS kerana kemenangan berbeza dalam parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) lalu dan pada 2008.

"Dalam artikel saya tidak mengatakan ada kelewatan. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Saya hanya menjelaskan perbezaan suasana (pilihan raya) 2008 dan 2013 yang menyebabkan perlunya ada perbincangan dan bukannya pergaduhan," katanya pada sidang media di Shah Alam.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Khamis lalu yang menafikan dakwaan bahawa kelewatan pelantikan exco Selangor adalah disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Munir dalam kenyataannya mengingatkan pengamal media sosial termasuk penulis blog agar tidak mengheret pihak istana terutama Sultan Selangor dalam apa juga perkara tanpa siasatan terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan salah rakyat terhadap baginda.

Khalid baru-baru ini menulis satu artikel yang bertajuk 'Isu Pelantikan Exco Selangor: DAP dan PAS Bergaduh?' di blog milik beliau iaitu www.khalidsamad.com.

Menurut Khalid, tidak timbul soal kelewatan pelantikan exco kerana ia mengikut peraturan dengan melakukannya dalam tempoh yang dibenarkan iaitu 60 hari.

Ditanya adakah beliau ada menghadap pihak istana untuk memberikan penjelasan, Khalid berkata: "Tak payahlah. Dia (Mohamad Munir) pun tak panggil saya untuk (dapatkan) penjelasan. Ini hal kecil. Saya harap akhbar (media) dapat perbetulkan supaya tidak timbul masalah."


Thursday 25 April 2013

Panas #GE13: REKOD JENAYAH SYARIAH DI SELANGOR TENAT! @KhalidSamad PUNCANYA? #PRU13 #P108 #BN4ShahAlam



Peningkatan kes jenayah syariah di negeri Selangor wajar dilihat sebagai satu petunjuk daripada Allah s.w.t terhadap umatnya terutama rakyat Selangor.

Nampaknya, perubahan tampuk kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui pakatan haram bukan sahaja gagal mengurangkan kadar jenayah, tetapi statistik menunjukkan peningkatan yang mendadak setiap tahun.

Oleh itu, pendedahan oleh Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin perlu mendapat perhatian sewajarnya daripada pemimpin pakatan haram terutamanya Pas Selangor. 

Baru-baru ini, Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin selepas merasmikan Seminar "Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani Jenayah Syariah" berkata, sebanyak 1,151 kes jenayah syariah direkod dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2012, melebihi jumlah yang direkod sepanjang tahun 2011.

Beliau berkata sepanjang tahun 2011 cuma 1,077 kes direkodkan.

Peningkatan ini merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012 jelasnya.

Menurut beliau lagi, kesalahan jenayah syariah di Selangor juga dilakukan oleh pelbagai generasi tanpa mengira usia, jantina dan latar belakang pendidikan seseorang.

Ini membuktikan bahawa kes jenayah syariah di Selangor sudah ke tahap membimbangkan.

Penulis tidak lupa, dalam satu ceramah di Masjid Seksyen 16 Shah Alam, seorang ustaz yang diyakini adalah penyokong tegar PAS pernah bercakap dengan penuh semangat. 

"Masa depan umat Islam di Selangor terancam jika UMNO terus memerintah. Percayalah kepada parti Islam (PAS). Kami akan tegakkan DAULAH ISLAMIAH dengan menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan," katanya.

Untuk pengetahuan, ustaz itu bukan calang-calang orangnya. Beliau antara selebriti agama yang selalu muncul di kaca tv.

Namun, ketika Selangor diancam dengan peningkatan jenayah Syariah, ke mana hilangnya ustaz-ustaz ini??? Rumah urut?



[Sumber]

RMK: Macam mana ni PAS? Sebelum ni bangga sangat Shah Alam bebas kelab malam, bebas rumah urut, bebas panggung wayang. Tuduh UMNO tolak Islam bagai. Sekarang? Makanlah perkataan kau sendiri. Dah kena batang hidung sendiri baru kau tahu tinggi rendah langit. Isu kalimah Allah pun, siapa yang kata orang bukan Islam pun boleh guna? UMNO atau PAS? Wahai pengundi Shah Alam, buatlah pilihan bijak. Tolak parti yang menggadaikan kesucian Islam demi memenuhi agenda politik mereka sendiri!

[GILA WAJIB TONTON] PART 1: @KhalidSamad PENGKHIANAT AGAMA ISLAM!!? #GE13 #PRU13 #BN4ShahAlam

Wajib tonton jika anda sayangkan Islam.



Wednesday 24 April 2013

Panas #GE13: Khalid Samad Hilang Suara Ketika Berceramah kerana Kecut Perut dengan Zul Noordin? #TolakPR #BetterNation



Akibat terlalu asyik memaki hamun dan menfitnah Zul Noordin. Khalid Samad tiba-tiba hilang suara dan tidak lagi menjerit-jerit dalam ceramahnya.

Itulah yang berlaku dalam ceramahnya malam tadi, namun tetap meneruskan ceramah sambil menyifatkan ketiadaan suara beliau adalah tanda kemenangan awalnya kerana beliau tidak perlu bercakap banyak untuk menghadapi Zul Noordin di Shah Alam.

Itulah gelagat Khalid Samad yang tidak pernah sedar diri dan masih berlagak sombong serta angkuh. Mungkin balasan tuhan kerana banyak makin hamun dan fitnah pemimpin Barisan Nasional (BN).

Semoga cepat sembuh wahai Khalid Samad, supaya Debat Perdana antara kamu dan Zul Noordin jadi kenyataan.




RMK: Zul Noordin gentleman dah minta maaf kepada kaum India atas keterlanjuran beliau 10 tahun dulu. Beliau dah sedar, kita semua boleh lupakan semua tu. Sekarang fokus adalah kepada mengalahkan Khalid Samad dan merampas kembali Shah Alam dari pakatan. Zul Noordin for Shah Alam! Khalid Samad dah gerun la tu. Hehehe.


BN for


Sunday 21 April 2013

Panas #GE13! VIDEO KHALID SAMAD BIADAP KETIKA PENAMAAN CALON DI SHAH ALAM #TolakPR






Begini lah sikap sebenar si Khalid Samad yang telah disahkan oleh SPR adalah sebagai calon yang dipertandingkan didalam PRU-13 kali ini bagi Parlimen Shah Alam. 

Kononya , Pihak Polis telah menyekat sekumpulan penyokongnya untuk masuk ke kawasan pengumuman dibuat , sedangkan pihak polis telah pun memberikan garis panduan kepada setiap penyokong-penyokong parti dan menjadi satu perkara WAJIB kepada setiap ahli dan penyokong parti untuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Tengok lagak gaya mcm confodent menang di Khalid Samad ni. tapi mungkin dia terlupa bahawa rakan karibnya sendiri pun banyak buat taik jugak dalam pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang ketika ini sedang menangung hutang yang tinggi. 

Keadaan menjadi lebih tegang lagi apabila Khalid Samad ingin meninggalkan pentas pengumuman calon hanya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak polis yang melarang penyokongnya untuk terus masuk kekawasan pengumuman di buat. 

Kan ke tidak masuk akal langsung tindakan si Khalid Samad ni. Orang dah tetapkan 50 meter dari jarak pentas utama pengumuman dibuat , eh tak ... nak jugak kalauboleh semua penyokong PR kena ada betul2 berdepan dengan pentas utama. JANGAN berlagak samseng la Khalid Samad Oiiiii .... tengok pada gaya mcm confident jer ko leh menang dengan Zulkifli Noordin ... silap-silap keputusan boleh terbalik tau .. so jangan over confident sangat la.


RMK: Khalid Samad dari PAS ni, depan orang ramai pun biadap. Dalam majlis rasmi pula tu. Memang gaya macam samseng. Macam ni ke nak sambung  ladi satu penggal jadi Ahli Parlimen Shah Alam? Sebelum ini pun apa sumbangan dia kepada penduduk Shah Alam? Gadai kalimah 'Allah' ada lah! Pengundi Shah Alam diingatkan untuk mengundi degan bijak.

Friday 8 March 2013

STRATEGI PEMBANGKANG UNTUK ALIHKAN PERHATIAN DARIPADA ISU #LAHADDATU DIKESAN!


cerdik dari general cyber room pakatan kan.. hahaha.. ai banyak tu keluar $$$ sebab nak bagi semua orang tak sangat ambil tau isu lahad datu.. jadi dengan bangganya bapa saiful bukhari... menjadi pelakon gempak haram tahap teratas... erm.. ok kita tak payah kot nak cerita isu tu.. sebab dah kantoi dah.. saiful pun dah keluarkan stament yang bapanya dipergunakan.... adui.. rugi-rugi $$$ keluar ni.. haha.. silap haribulan kena minta balik $$$ tu kang.. tak ke lagi pening bapa saiful.. hahaha..

OK BERBALIK ISU LAHAD DATU YANG SANGAT PANAS NI... KORANG TAKKAN TAK SEDAR APA KHALID SAMAD CAP TIN SARDIN DOK KATA BEB... SAMA JE MINDED DIA DENGAN TIAN CHUA...

klik untuk besarkan

bila taktikal dari war room mereka nak alihkan isu meh kita ke fb ni klik sini

1. Isu pengakuan bapa Saiful bukanlah suatu isu nasional yang boleh menjejaskan kedaulatan dan keselamatan Negara. Ia adalah isu peribadi untuk mengalihkan perhatian Rakyat dari isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah. Tambahan pula, ia masih dalam proses Mahkamah Rayuan dan sebarang perbicaraan mengenainya dibimbangi akan ditafsirkan sebagai menghina mahkamah. Usah terpedaya dengan mainan tipu muslihat pakatan haramjadah. Banyak keraguan & kemusykilan boleh kita perolehi termasuklah sidang media yang tertutup, mengapa Saiful Bukhari tiada sekali dalam sidang tersebut serta apakah motif yang cuba disembunyikan oleh puak-puak pakatan haram sebenarnya dengan menimbulkan isu tersebut di saat seluruh Rakyat Malaysia berasa dukacita dengan apa yang berlaku di Sabah. 

2. ISU NASIONAL adalah:-
(i) Permintaan supaya Amerika campurtangan di Lahad Datu, Sabah.
(ii) Nasihat Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya isu di Sabah diselesaikan di meja rundingan.
(iii) Kenyataan Presiden Filipina yang memihak kepada Malaysia berbanding penceroboh militan Sulu.
(iv) Rakaman perbualan telefon antara Anwar & Misuari yag dipintas oleh perisikan Filipina.
(v) Pengakuan bekas pengasas PKR yang mendakwa Suaram membiayai USD2 juta pengganas Sulu
(vi) Pengakuan seorang Pastor bahawa beliau menjadi Penasihat kepada pengganas untuk mengambil semula Sabah dari Malaysia.
(vii) Rekod-rekod pertemuan para pemimpin pakatan haram dengan pengganas-pengganas di Jolo, Mindanao dan/atau Sabah serta motif perbinccangan /pertemuan tersebut.

ps: akan ada bukti paling tergempar akan disebarkan berkenaan rakaman suara si pengkhianat negara... erm tu pasal si pekakas pr dah jadi sawan.. pusing la isu supaya dapat orang dalam alam cyber pergi ke isu bapa saiful tu.. aaaa nampak???? tera game of shadow na.. hahaha..


Sumber: Headbomb


RMK: Bila dah kena bantai dan tergugat dalam isu Lahad Datu, puak-puak chachai ni pun keluarkanlah 'kad' diorang yang seterusnya. Spin pulak isu Saiful Bukhari tu ye. Tapi silap. Kan sendiri dah kantoi lagi. Kih kih kih...

Monday 31 December 2012

ISU KELAB MALAM DI SHAH ALAM: BLOGGERS PEMBANGKANG BANGANG! CUBA TUNJUK PANDAI TAPI SENDIRI KANTOI!

Ikuti pembongkaran terbaik dari blogger MiM!:


MiM merujuk kepada entri blogger otai pro-pembangkang daripada Pulau Pinang yang menuduh blogger pro-UMNO 

'kantoi' isu Kelab Malam yang beroperasi secara haram di Shah Alam, Selangor.

Di antara entrinya. Sila baca printscreen blogger itu di bawah : 




Selain daripada itu, blogger pro-pembangkang itu juga cuba memperlekehkan pendedahan blogger pro-UMNO :

Itulah... lain kali buat research dulu sikit kalau nak jadikannya sebagai itu.. ini tidak, main serbu membabi buta saja... kan nampak bangang..


MiM tidak faham dengan tujuan blogger pro-pembangkang itu yang dilihat cuba menafikan isu sebenar yang berlaku di Shah Alam. 

Memang benar premis itu adalah premis kafeteria tetapi pemilik premis tersebut telah menyalahgunakan lesen tersebut untuk menyediakan aktiviti hiburan dan pertunjukkan floor show seperti Kelab Malam!




Dan MiM merujuk kepada laporan MyStar yang mengatakam kafeteria itu telah dijadikan Kelab Malam haram.




Dan jika tanpa keprihatinan bloggers pro-UMNO, Kelab Malam haram itu mungkin akanterus beroperasi. 

Tidak kiralah bloggers manakah yang 'nampak bangang' sekarang tetapi syukurlah dengan pendedahan itu, YB Khalid Samad dapat masuk campur dan menyelesaikan isu ini sebelum ianya terlambat. Itu yang penting.

Sila baca laporan di bawah :

SHAH ALAM: Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sehingga menimbulkan kontroversi sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.

Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Jumaat.

Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam yang secara tidak langsung menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedangkan diketahui bandaraya itu tidak dibenarkan mewujudkan pusat hiburan seperti kelab malam.

Khalid berkata, ia bukannya kelab malam pertama yang dibenarkan di Shah Alam sebaliknya sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram sejak 12 Disember lalu.

Jelasnya, MBSA masih belum bertindak untuk menghentikan operasi premis itu kerana bimbang terdapat komplikasi daripada segi undang-undang.

"Saya lihat isu ini sebagai bahan politik. Saya minta MBSA memahami bahawa ia bukan sekadar undang-undang tetapi ada implikasi politik.

"MBSA sepatutnya bertindak tegas supaya tidak jadi bahan fitnah oleh pihak tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu masih beroperasi dan bukannya mengarahkan premis itu ditutup dan disita serta merampas peralatan serta minuman keras mereka.

"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya..

"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Khalid bagaimanapun mengakui bahawa Setia Alam di sini merupakan kawasan perbandaran yang berbeza dengan Shah Alam di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam.

"Kalau mereka ingin membuka satu tempat hiburan, maka sepatutnya MBSA mendapatkan maklum balas awam untuk mendengar pandangan penduduk sama ada operasi kelab malam dibolehkan ataupun tidak," katanya. - MStar


*RMK: So sekarang Khalid Samad nak spin apa lagi lepas ni? Dulu gah sangat kata nak buat Shah Alam bebas kelab malam, bebas panggung wayang, bebas arak kejadah semua tu. Apa dah jadi? Boleh pulak dia cakap "peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya". Nampak tak sikap lepas tangan di situ? Cuba cari jalan keluar yang mudah? Ke nak selamat dari Ronnie Liu, Teresa Kok dan segenap puak-puak haram jadah tu? Mana telor kau nak tegakkan Islam kat Shah Alam ni?