RAKYAT DESAK TUBUH RCI SIASAT DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU!
Isu pencerobohan dan keganasan Lahad Datu Februari dan Mac lepas kelihatan seperti sedikit dilupakan kerana fokus banyak diberikan kepada PRU13 yang bakal berlangsung. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia sebenarnya tidak akan membiarkan insiden tersebut berlalu begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila kejadian itu merupakan isu serius yang melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara. 10 nyawa perajurit negara telah terkorban dalam insiden ini demi mempertahankan negara. Sesungguhnya pengobanan mereka tidak ternilai harganya. Kejadian tersebut sememangnya menggemparkan dan menggegarkan negara.
Dalam kita bersedih dan berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika Ops Daulat masih berlangsung, terdapat desas-desus di kalnagan kita yang mengatakan bahawa terdapat kisah tersirat di sebalik berlakunya insiden Lahad Datu ini. Ada yang berkata bahawa kejadian itu ada kaitannya dengan politik dan PRU13. Ada juga yang berkata kejadian pencerobohan itu sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab hanya untuk memenuhi kemahuan politik yang rakus. Ya, banyak persoalan yang timbul. Belum ada jawapannya. Apa yang pasti, rakyat tidak akan membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.
Rakyat tidak lupa.
Bukti? Berikut merupakan situasi di Sri Muda, Shah Alam petang tadi:
Selanjutnya [di sini].
Penduduk Sri Muda menurunkan tandatangan tanda setuju. Rakyat mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) untuk mengetahui siapa dalang pencerobohan dan keganasan Lahad Datu! Rakyat mahukan penjelasan terhadap insiden yang telah memberikan impak yang besar tehadap diri mereka dan juga negara.
Dan kini kita dapat lihat usaha ini disokong oleh penduduk Sabak Bernam hari ini.
Di kem tentera di Sabak Bernam:
Dan di pekan Sabak Bernam:
Segenap masyarakat tidak mengira bangsa, agama, mahupun fahaman politik mahukan RCI Lahad Datu ini ditubuhkan. Rakyat Malaysia perlu tahu siapa dalang yang memperjudikan kedaulatan dan keselamatan negara!