Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Friday 5 July 2013

Isu Tanah Mendap di Seksyen 7 Shah Alam. KENAPA KERAJAAN NEGERI DIAM SERIBU BAHASA?




Laporan Utusan Malaysia:
Tanah mendap di Seksyen 7: Kerajaan negeri digesa beri tumpuan selesai masalah

SHAH ALAM 3 Julai - Ketua pembangkang negeri, Datuk Mohd. Shamsudin Lias mahu kerajaan negeri khususnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi tumpuan serius terhadap masalah tanah mendap yang dihadapi oleh 48 pemilik rumah di Seksyen 7 di sini. 
Katanya, masalah tersebut berlarutan sejak 2005 dan kerajaan negeri perlu mengambil satu pendekatan konkrit kerana masalah itu bukan hanya melibatkan kerugian besar, tetapi juga melibatkan soal keselamatan penduduk. 
Tegas beliau, meskipun PKNS difahamkan telah menawarkan pembelian balik 48 rumah berkenaan sebanyak RM400,000 hingga RM450,000 seunit sebagai langkah penyelesaian pada minggu lalu, jumlah itu dilihat tidak memadai kerana tidak mengikut harga pasaran semasa. 
"Sebagai sebuah kerajaan negeri manakala PKNS adalah anak syarikat kerajaan negeri, kedua-dua pihak perlu mengambil kira aspek sosioekonomi dan kebajikan rakyat di Seksyen 7. 
"Masalah tanah mendap yang dihadapi pemilik rumah Seksyen 7 itu bukan perkara baru. Sepatutnya kerajaan negeri dan PKNS telah pun mempunyai pelan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Lagi [di sini].

Penduduk Shah Alam tidak lupa insiden yang berlaku tahun lepas. Baca [di sini] dan [di sini]. 

Soalan RMK kepada kerajaan negeri, terutamanya kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah mudah. Kata nak jaga kebajikan rakyat. Jadi apa tindakan anda dalam hal ini? Aduan telah banyak dilakukan, takkan senyap sahaja?

Keadaan ini melibatkan nyawa manusia. Takkan tunggu sampai insiden yang melibatkan kematian seperti [ini] berlaku lagi baru nak buat tindakan??

Thursday 30 May 2013

CAJ PARKING NAIK 60 SEN SEJAM DI SHAH ALAM! TERIMA KASIH PAKATAN RAKYAT!




Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, kenaikan itu wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan sejak 1998 dan kadar baharu itu akan berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.

"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini hari ini.

Beliau berkata MBSA juga akan mengadakan program kutipan kompaun tempat letak kereta yang menawarkan potongan 80 peratus, bermula 10 Julai hingga 7 Ogos depan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, tunggakan kompaun letak kereta kini berjumlah RM9 juta dengan tiga kawasan mencatat jumlah tertinggi iaitu Seksyen 9, Seksyen 13 dan Seksyen 25.- BERNAMA


[Sumber]
[Sumber]

Tuesday 28 May 2013

LUBANG-LUBANG MAUT TERUS JADI MIMPI NGERI PENDUDUK SHAH ALAM



Bukan saja terpaksa menanggung kos kerosakan kenderaan, tetapi risiko kemalangan terhadap penduduk yang melaluinya lebih membimbangkan.

Itu antara permasalahan dihadapi penduduk di Shah Alam apabila terpaksa melalui jalan berlubang di sini.

Masalah yang berlaku sejak Khalid Samad menjadi ahli parlimen Shah Alam dilihat seperti tiada kesudahan kerana tiada usaha untuk menurap jalan melainkan hanya menampal lubang-lubang itu, namun jalan kembali rosak.

Banyak kenderaan penduduk yang rosak terutama di bahagian tayar dan rim kerana gagal mengelak lubang di tengah jalan. Itu masalah yang penulis hadapi sendiri baru-baru ini.

Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kereta MPV sebab saiznya lebih besar.

Lubang bukan sahaja ada di kiri atau kanan jalan, tapi di tengah-tengah, jadi tidak ada ruang mahu mengelak.

Keadaan lebih sukar apabila menjelang malam dan lampu-lampu jalan tidak berfungsi. 

Paku dulang, paku serpih. Dulu mengata Kerajaan Persekutuan tidak menjaga infrastruktur dengan baik tetapi apabila mentadbir Selangor, parti pembangkang sendiri gagal melaksanakan tugas tersebut.

Buktinya, selepas sepenggal kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor mentadbir, masalah jalan berlubang dan turapan tidak rata di negeri ini masih tidak dapat diatasi.

Lebih memalukan, masalah jalan berlubang berlaku di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sepatutnya, sebagai ibu negeri yang bertaraf bandar raya dan diiktiraf sebagai negeri maju, masalah infrastruktur sepatutnya tidak dibiarkan dan segera diatasi.

Ini kerana jalan raya merupakan penghubung dan laluan keluar masuk orang ramai ke Shah Alam termasuk pelancong asing yang datang ke ibu negeri ini.

Keindahan ibu negeri Selangor ini sepatutnya tidak dicacatkan dengan lubang-lubang dan tampalan yang menyakitkan mata memandang.

Kerajaan PKR Selangor juga perlu prihatin tentang keselamatan warga Shah Alam di jalan raya terutama pengguna motosikal yang turut terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi di sekitar bandar raya ini.

Monday 29 April 2013

PANAS #GE13!: [MAKSIAT PART 1] MALU BESAR! CALON DUN KOTA ANGGERIK KANTOI DALAM RUMAH URUT!!? #PRU13 #SayangiSelangor #TolakPR



Kalau tidak menipu dan kaki fitnah, maka tidak layaklah orang itu bergelar pemimpin pakatan haram. Walaupun raut wajah nampak macam orang baik, namun demi meraih sokongan beliau sanggup menipu rakyat di Shah Alam.

Pemimpin yang dimaksudkan adalah calon PKR di DUN Kota Aggerik (N.040), Yaakob Sapari yang juga Exco kerajaan negeri Selangor.

Beliau mengambil kesempatan pada hari jumaat untuk mengedar risalah berbaur fitnah di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Shah Alam pada semalam. (gambar di bawah)

Dalam risalah itu melaporkan satu kenyataan oleh Yaakob Sapari dengan tajuk - "Tiada satu pun rumah urut di Kota Anggerik - Dr Yaakob Sapari". Laporan itu merupakan satu penipun maha dahsyat kepada rakyat di Shah Alam.

Risalah itu melaporkan bahawa, pendedahan kononnya kerajaan Selangor mengeluarkan lesen rumah urut adalah tidak benar dan menuduh pula Barisan Nasional (BN) sengaja menipu rakyat. Siapa tipu siapa?

Sebaliknya Yaakob Sapari dengan sombong mencabar BN untuk membawanya sendiri ke rumah-rumah urut yang dimaksudkan seperti dilaporkan dalam risalah itu. Berikut adalah petikan dalam risalah tersebut:

"Di Kota Anggerik ini, saya cabar mereka (BN dan Umno), untuk bawa saya ke rumah urut dimaksudkan. Saya nak tengok sendiri," katanya ketika ditanya mengenai dakyah BN bahawa kerajaan Pakatan Rakyat hanya pandai 'buat rumah urut'.

Jadi, demi menegakkan kebenaran, penulis akan dedahkan kesemua rumah-rumah urut yang terdapat di dalam kawasan DUN Kota Anggerik. Penulis akan pastikan, Yaakob Sapari diheret ke rumah-rumah urut itu.

Berikut adalah senarai rumah-rumah urut di N.040 - DUN Kota Anggerik

Lokasi rumah urut di Seksyen 15, Shah Alam 
(PDM108/40/13 - Seksyen 15 &16)



Lokasi: Dataran Automobil, Seksyen 15. Jarak hanya 1km dari Masjid Negeri, Shah Alam.

Lokasi rumah urut di Setia Alam 
(PDM108/40/01 - Setia Alam)





Lokasi: Jalan Setia Prima C U13/C, Jalan Setia Prima A U13/A, Jalan Setia Prima K U13/K, Jalan Setia Prima Setia Prima N U13/N

Lokasi rumah urut di Taman Berkeley (PDM108/40/16 - Taman Berkeley)
Status: Bakal didedahkan 

Lokasi rumah urut di Bukit Raja 
(PDM108/40/17 - Mutiara Bukit Raja)
Status: Bakal didedahkan

Lokasi rumah urut BB Klang 
(PDM108/40/22 - Bandar Baru Klang)
Status: Bakal didedahkan

Bersambung, nantikan pembohongan calon PKR N.040, Yaakob Sapari dalam siri pendedahan PART 2.


Kredit: TMS dan Shah Alam Rebels


RMK: Baik punya penipuan daripada PKR!

Tuesday 19 March 2013

KANDUNGAN MEMORANDUM BANTAHAN DATUM JELATEK KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR

Sekitar demonstrasi aman petang tadi.





Berikut merupakan kandungan memorandum bantahan Datum Jelatek yang diserahkan kepada Sultan Selangor oleh Barisan Bertindak Datum Jelatek.









Kamonn Khalid. Dah sampai ke Sultan ni. Rakyat dah marah. Sila selesaikan isu ni!

TERKINI! PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP DATUM JELATEK KEPADA MB SELANGOR DAN SULTAN SELANGOR DI SHAH ALAM


Susulan daripada entri RMK sebelum ini [baca sini], satu demonstrasi aman telah diadakan di hadapan Dataran Shah Alam bermula 3.00 petang tadi oleh Barisan Bertindak Datum Jelatek yang terdiri daripada beberapa NGO. Demostrasi ini adalah sebagai tanda protes terhadap projek pangsapuri mewah Datum Jelatek. Seramai kira-kira 200 yang hadir daripada Perkasa, Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Waris Malaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (NGO India) dan beberapa NGO lain. Turut hadir adalah Dato' Ismail Kijo (Ketua UMNO Bahagian Ampang), Aziz Hj Deros (Timbalan UMNO Bahagian Ampang), dan Abu Bakar Yahya (YDP Perkasa Selangor). 

Sekitar 3.20 petang, kumpulan ini berarak dari Dataran Shah Alam ke Bangunan SUK untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor. Memorandum telah diterima oleh Pn Norzaton Aini Mohd Kassim, Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor.




Salleh Ahmad, Pengerusi Barisan Bertindak Datum Jelatek (tengah) 




Muka hadapan memorandum bantahan tersebut

Kira-kira jam 3.40 petang kumpulan ini kemudiannya berarak menuju ke Istana Kayangan untuk menyerahkan memorandum sama kepada DYMM Sultan Selangor.




Kumpulan ini bersurai sekitar 4.30 petang tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Mari kita tunggu dan lihat macam mana kerajaan negeri selesaikan isu ni.

Monday 31 December 2012

ISU KELAB MALAM DI SHAH ALAM: BLOGGERS PEMBANGKANG BANGANG! CUBA TUNJUK PANDAI TAPI SENDIRI KANTOI!

Ikuti pembongkaran terbaik dari blogger MiM!:


MiM merujuk kepada entri blogger otai pro-pembangkang daripada Pulau Pinang yang menuduh blogger pro-UMNO 

'kantoi' isu Kelab Malam yang beroperasi secara haram di Shah Alam, Selangor.

Di antara entrinya. Sila baca printscreen blogger itu di bawah : 




Selain daripada itu, blogger pro-pembangkang itu juga cuba memperlekehkan pendedahan blogger pro-UMNO :

Itulah... lain kali buat research dulu sikit kalau nak jadikannya sebagai itu.. ini tidak, main serbu membabi buta saja... kan nampak bangang..


MiM tidak faham dengan tujuan blogger pro-pembangkang itu yang dilihat cuba menafikan isu sebenar yang berlaku di Shah Alam. 

Memang benar premis itu adalah premis kafeteria tetapi pemilik premis tersebut telah menyalahgunakan lesen tersebut untuk menyediakan aktiviti hiburan dan pertunjukkan floor show seperti Kelab Malam!




Dan MiM merujuk kepada laporan MyStar yang mengatakam kafeteria itu telah dijadikan Kelab Malam haram.




Dan jika tanpa keprihatinan bloggers pro-UMNO, Kelab Malam haram itu mungkin akanterus beroperasi. 

Tidak kiralah bloggers manakah yang 'nampak bangang' sekarang tetapi syukurlah dengan pendedahan itu, YB Khalid Samad dapat masuk campur dan menyelesaikan isu ini sebelum ianya terlambat. Itu yang penting.

Sila baca laporan di bawah :

SHAH ALAM: Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sehingga menimbulkan kontroversi sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.

Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Jumaat.

Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam yang secara tidak langsung menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedangkan diketahui bandaraya itu tidak dibenarkan mewujudkan pusat hiburan seperti kelab malam.

Khalid berkata, ia bukannya kelab malam pertama yang dibenarkan di Shah Alam sebaliknya sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram sejak 12 Disember lalu.

Jelasnya, MBSA masih belum bertindak untuk menghentikan operasi premis itu kerana bimbang terdapat komplikasi daripada segi undang-undang.

"Saya lihat isu ini sebagai bahan politik. Saya minta MBSA memahami bahawa ia bukan sekadar undang-undang tetapi ada implikasi politik.

"MBSA sepatutnya bertindak tegas supaya tidak jadi bahan fitnah oleh pihak tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu masih beroperasi dan bukannya mengarahkan premis itu ditutup dan disita serta merampas peralatan serta minuman keras mereka.

"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya..

"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Khalid bagaimanapun mengakui bahawa Setia Alam di sini merupakan kawasan perbandaran yang berbeza dengan Shah Alam di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam.

"Kalau mereka ingin membuka satu tempat hiburan, maka sepatutnya MBSA mendapatkan maklum balas awam untuk mendengar pandangan penduduk sama ada operasi kelab malam dibolehkan ataupun tidak," katanya. - MStar


*RMK: So sekarang Khalid Samad nak spin apa lagi lepas ni? Dulu gah sangat kata nak buat Shah Alam bebas kelab malam, bebas panggung wayang, bebas arak kejadah semua tu. Apa dah jadi? Boleh pulak dia cakap "peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya". Nampak tak sikap lepas tangan di situ? Cuba cari jalan keluar yang mudah? Ke nak selamat dari Ronnie Liu, Teresa Kok dan segenap puak-puak haram jadah tu? Mana telor kau nak tegakkan Islam kat Shah Alam ni?