Tuesday, 26 March 2013

Update #LahadDatu: Statistik Terkini Jumlah Tangkapan dan Kematian



Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-21 semalam (25 Mac 2013) dengan seorang pengganas Kiram telah menyerah diri kepada pasukan keselamatan selepas cubaannya untuk melarikan diri tidak berjaya di Kampung Tanjung Batu semalam. Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokap tahanan sementara untuk disoal siasat. 

Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan oleh pasukan keselamatan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 6.30 pagi, 26 Mac 2013. Statistik di bawah akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang hari ini.


Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 5 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban - 1 orang
Orang awam cedera - 1 orang
Orang awam ditawan - 6 orang (berjaya melepaskan diri)

Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 408 orang

Pengganas Kiram terbunuh - 67 orang (44 mayat dikeluarkan)
Pengganas 
Kiram cedera - 3 orang
Pengganas 
Kiram ditangkap - 112 orang
Pengganas 
Kiram ditangkap Filipina - 38 orang
Pengganas 
Kiram didakwa - 9 orang (termasuk Azzimudie Kiram)



[Sumber]

No comments:

Post a Comment