Monday, 4 March 2013

PERISIKAN FILIPINA DAKWA ANWAR IBRAHIM DALAM KRISIS PENCEROBOHAN LAHAD DATU




THE KING OF A PROMISE MAKER !!!!!

Berhati-hatilah bila kita berjanji,jangan sampai terjadi seperti Anwar Ibrahim yang hanya pandai menabur janji kepada semua orang asalkan dirinya dapat duduk kerusi no.1 negara. 

Perkara ini terdedah apabila pemberontak yang menggelarkan diri mereka sebagai pasukan tentera Kesultanan Sulu ketika ini ingin menuntut janji terhadap Anwar Ibrahim yang telah menjanjikan pelbagai janji sekiranya kekocahan berjaya mereka lakukan.

ANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.

Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

Semasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.

Orang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada. Kedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam di Selatan Filipina. 

Sumber: Talk With Hand

No comments:

Post a Comment