Thursday 28 March 2013

Update #LahadDatu: ESSZONE Tak Ganggu Kempen PRU-13



Kuala Lumpur: Kewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) di Sabah berkuat kuasa Isnin lalu tidak akan menyekat kempen parti politik yang bertanding pada PRU13. 


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ini kerana penubuhan ESSZONE membabitkan 10 daerah adalah langkah kerajaan mengukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri berkenaan dan tiada kaitan dengan PRU-13. 

“Kempen akan tetap dijalankan seperti biasa dan mereka (parti politik) perlu mematuhi peraturan kempen seperti ditetapkan SPR dan polis. 




Tak masuk akal 

“Andaian bahawa ESSZONE akan sekat kempen tidak betul, tidak masuk akal pun, yang penting parti politik kena ada tanggungjawab apabila berkempen, jangan ada pergaduhan dan provokasi,” katanya kepada BH, semalam. 

Abdul Aziz mengulas kenyataan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, pada sidang media semalam kemungkinan wujud sekatan tertentu terhadap kempen politik khususnya kepada pembangkang selepas ESSZONE berkuat kuasa. 

Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menasihatkan Mahfuz dan semua pemimpin parti politik supaya mematuhi semua peraturan keselamatan ditetapkan pihak berkuasa khususnya ketika kempen dan ceramah. 

Katanya, penubuhan ESSZONE bukan pengisytiharan darurat. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment