Friday, 22 March 2013

PENGGANAS KIRAM MENGAKU DIUPAH!


Pengganas mengaku diupahANGGOTA polis mengawal rapi ketika pendakwaan kes di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam. - Foto NSTP/Mohd Radzi Bujang
8 tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau dengan kawalan ketat

Tawau: Seorang rakyat Filipina memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam dia dibayar untuk menyertai kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu pada awal Februari lalu.

“Saya diminta oleh seseorang dan dibayar. Saya bodoh melakukan perkara ini,” kata Holland Kalbi dalam bahasa Bajau Filipina kepada jurubahasa ketika prosiding memindahkan kes terhadapnya di Mahkamah Tinggi Tawau. 

Mohon ikat jamin 


Holland yang dipakaikan jaket keselamatan khas berwarna putih dengan tangan bergari, menyatakan demikian ketika memohon dibebaskan dengan jaminan.

Dia dan lima lagi tertuduh, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Lin Mad Salleh, Atik Hussin Abu Bakar dan Basad H Manuel, didakwa menjadi anggota pengganas di Kampung Tanjung Labian, Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanduo, dalam daerah Lahad Datu, antara 9 Februari dan 4 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Atik Hussin dan Basad juga masing-masing didakwa dengan satu lagi pertuduhan, iaitu melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Kampung Tanjung Labian dan di Kampung Tanduo, antara 9 Februari dan 3 Mac lalu. 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, atau penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Selanjutnya di Berita Harian.


RMK: Pengganas Kiram mengaku diupah. Siapa yang upah?


More on this coming soon.

No comments:

Post a Comment