Tuesday, 5 March 2013

Balu 'Sultan Sulu' Dakwa Ceroboh Sabah Hanya Drama


Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star


MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.


Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.

“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.


"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.


Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik. - Sinar Harian


RMK: Ini merupakan berita yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini. Sejujurnya RMK semakin keliru dengan apa sebenarnya permainan puak 'Sultan Sulu' ni. Dan juga setakat ni lebih dari seorang yang mengaku diri masing-masing adalah Sultan Sulu. Apa pun, yang diharapkan Sabah terpelihara daripada ancaman mereka yang ingin memporak-perandakan keamanan negara ini yang telah dikecapi sekian lama. Semoga pasukan keselamatan kita berjaya menamatkan misi dengan selamat.

No comments:

Post a Comment