Tuesday, 26 February 2013

APABILA MELAYU BUKAN LAGI ISLAM


Mulianya orang Islam bukanlah diukur dari jumlah sumbangan derma atau kebajikan yang ditunjuk-tunjuk. Tetapi kerana tingginya iman dan cara kita “membawa” diri di dalam masyarakat sehingga orang lain hormat pada kita tanpa pengaruh wang ringgit dan kuasa.
Masyarakat Melayu di Malaysia umumnya Islam. Di sini usahlah kita pertikaikan sejauh mana “Islam”nya seseorang itu. Hubungan antara makhluk dan pencipta ini adalah milik individu. Kita hanya boleh menasihat, menegur dan berdoa. Selebihnya atas individu itu sendiri.
Pernah dulu kita dikejutkan dengan berita ribuan Melayu yang keluar dari Islam dan memeluk Kristian, Buddha atau Hindu. Bagi orang bukan Islam, ini adalah hak individu, tapi bagi kita, ini sesuatu yang terlalu serius untuk dibiarkan begitu sahaja. Masih ingat kisah Hartina, Nor Aishah Bokhari, Lina Joy? Atau ramai lagi yang keluar dari Islam dan menjadi musuh yang paling besar dengan menyebar dakyah tentang buruknya Islam. Walau apapun agama kita, rasanya tiada agama yang mengesyorkan supaya kita mengeji dan memburukkan agama lain.

Sejarah Melayu di Singapura telah membuktikan bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew sanggup melakukan apa sahaja cara untuk meraih undi orang Melayu bagi memegang tampuk kekuasaan pentadbiran Singapura. APA SAHAJA CARA, perlu meraih undi meskipun terpaksa memakai songkok semasa masuk ke perkampungan Melayu.

Dan hasilnya, setelah memegang kuasa, maka orang Melayu Singapura dengan segala hormatnya disisihkan secara beransur-ansur, termasuk pemberian jawatan Presidennya kepada Melayu cukuplah hanya sekali dan diabadikan di not-not wang kertas negara tersebut.



Jadi, apakah bezanya dengan apa yang dilakukan oleh anak didiknya DAP di Malaysia? Mereka melakukan apa sahaja cara yang bercirikan 'kemelayuan' bagi meraih sokongan orang Melayu, sehingga diberikan jolokan 'KHALIFAH UMAR' Lim Guan Eng?

Setelah bersungguh-sungguh orang Melayu Pulau Pinang memberi sokongan kepada 'Khalifah' ini, maka pasca PRU 12 tahun 2008, agaknya apakah nasib orang Melayu di negeri tersebut? Semakin mewahkah kehidupan orang Melayu Pulau Pinang dengan kebajikan yang ditabur oleh 'Khalifah'? Makin terbelakah nasib orang Melayu Pulau Pinang dengan kepimpinan 'Khalifah'? Dan yang penting, makin terpeliharakah syiar agama Islam hasil daripada pentadbiran 'Khalifah' ini?

Orang Melayu semakin tersisih dibumi Pulau Pinang, apabila sampai satu masa nanti, didalam Pulau Pinang sudah tiada ada lagi perniggalan Melayu mahupun orang Melayu itu sendiri menetap didalam Pulau Pinang. Orang melayu akan dihalau keluar seperti anjing kurap dengan keadaan sehelai sepinggang bersama keluarga  balik ke tanah besar.

Mungkin sidaang pembaca akan menganggap penulis adalah RASIS , itu penulis tidak peduli, Nak saman, sialakan lah, Penulis menulis bukan kerana NAMA , WANG BERJUTA , HARTA BERTIMBUN-TIMBUN. Tetapi kerana masa depan anak bangsa,penulis rasa terpanggil untuk menyedarkan anak bangsa terutama generasi muda. 

Fikir-fikirkanlah dimana BANGSA MELAYU yang gah dengan "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"

[Sumber: Talk With Hand]

RMK: Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.

1 comment:

  1. Datuk Azhar, Zara Shafruddin, Hasnah Ibrahim, Lina Joy, Ayah Pin, Siti Fatimah sudah keluar Islam. Kalau keluar Islam memang susah nak terus menyara hidup di Malaysia sebab orang Melayu tak boleh keluar Islam dari segi undang2. Lagi pun, hukum untuk murtad adalah bunuh di pancung.

    Jadi bagi mereka yang tak ada duit untuk tinggal di luar negara cuma boleh senyap2 keluar Islam macam kawan baik saya, Ed (bukan nama sebenar) tak bagi tahu kawan2 Melayu takut di lapurkan kepada mahkamah syariah.

    ReplyDelete