Showing posts with label singapura. Show all posts
Showing posts with label singapura. Show all posts

Monday, 9 December 2013

PANAS! Video Paramedik Lari Dikejar Perusuh Di Singapura Malam Tadi.


Kes berlaku di kawasan yang digelar Little India di Singapura malam tadi.

Pekerja asing mula mengamuk bila sebuah bas melanggar rakan mereka.

Sila baca di sini untuk rumusan kejadian tersebut : http://sg.news.yahoo.com/fire--rioting-taking-place-in-little-india--reports-152651999.html

Di bawah ini MyMassa kongsikan beberapa video berkenaan kejadian tersebut. Namun video ini yang paling tak dapat diterima akal. Paramedik dikejar perusuh warga asing.

 

Video-video lain adalah seperti di bawah:

 
 
Diorang ni belajar dari geng BERSIH ke cara terbalik kereta polis?

 
 
 


*Pekerja asing ni kat mana-mana tempat pun sama. Bila mereka mula ramai, dah nak tunjuk kepala.



Sumber: MyMassa

Tuesday, 26 February 2013

APABILA MELAYU BUKAN LAGI ISLAM


Mulianya orang Islam bukanlah diukur dari jumlah sumbangan derma atau kebajikan yang ditunjuk-tunjuk. Tetapi kerana tingginya iman dan cara kita “membawa” diri di dalam masyarakat sehingga orang lain hormat pada kita tanpa pengaruh wang ringgit dan kuasa.
Masyarakat Melayu di Malaysia umumnya Islam. Di sini usahlah kita pertikaikan sejauh mana “Islam”nya seseorang itu. Hubungan antara makhluk dan pencipta ini adalah milik individu. Kita hanya boleh menasihat, menegur dan berdoa. Selebihnya atas individu itu sendiri.
Pernah dulu kita dikejutkan dengan berita ribuan Melayu yang keluar dari Islam dan memeluk Kristian, Buddha atau Hindu. Bagi orang bukan Islam, ini adalah hak individu, tapi bagi kita, ini sesuatu yang terlalu serius untuk dibiarkan begitu sahaja. Masih ingat kisah Hartina, Nor Aishah Bokhari, Lina Joy? Atau ramai lagi yang keluar dari Islam dan menjadi musuh yang paling besar dengan menyebar dakyah tentang buruknya Islam. Walau apapun agama kita, rasanya tiada agama yang mengesyorkan supaya kita mengeji dan memburukkan agama lain.

Sejarah Melayu di Singapura telah membuktikan bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew sanggup melakukan apa sahaja cara untuk meraih undi orang Melayu bagi memegang tampuk kekuasaan pentadbiran Singapura. APA SAHAJA CARA, perlu meraih undi meskipun terpaksa memakai songkok semasa masuk ke perkampungan Melayu.

Dan hasilnya, setelah memegang kuasa, maka orang Melayu Singapura dengan segala hormatnya disisihkan secara beransur-ansur, termasuk pemberian jawatan Presidennya kepada Melayu cukuplah hanya sekali dan diabadikan di not-not wang kertas negara tersebut.



Jadi, apakah bezanya dengan apa yang dilakukan oleh anak didiknya DAP di Malaysia? Mereka melakukan apa sahaja cara yang bercirikan 'kemelayuan' bagi meraih sokongan orang Melayu, sehingga diberikan jolokan 'KHALIFAH UMAR' Lim Guan Eng?

Setelah bersungguh-sungguh orang Melayu Pulau Pinang memberi sokongan kepada 'Khalifah' ini, maka pasca PRU 12 tahun 2008, agaknya apakah nasib orang Melayu di negeri tersebut? Semakin mewahkah kehidupan orang Melayu Pulau Pinang dengan kebajikan yang ditabur oleh 'Khalifah'? Makin terbelakah nasib orang Melayu Pulau Pinang dengan kepimpinan 'Khalifah'? Dan yang penting, makin terpeliharakah syiar agama Islam hasil daripada pentadbiran 'Khalifah' ini?

Orang Melayu semakin tersisih dibumi Pulau Pinang, apabila sampai satu masa nanti, didalam Pulau Pinang sudah tiada ada lagi perniggalan Melayu mahupun orang Melayu itu sendiri menetap didalam Pulau Pinang. Orang melayu akan dihalau keluar seperti anjing kurap dengan keadaan sehelai sepinggang bersama keluarga  balik ke tanah besar.

Mungkin sidaang pembaca akan menganggap penulis adalah RASIS , itu penulis tidak peduli, Nak saman, sialakan lah, Penulis menulis bukan kerana NAMA , WANG BERJUTA , HARTA BERTIMBUN-TIMBUN. Tetapi kerana masa depan anak bangsa,penulis rasa terpanggil untuk menyedarkan anak bangsa terutama generasi muda. 

Fikir-fikirkanlah dimana BANGSA MELAYU yang gah dengan "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"

[Sumber: Talk With Hand]

RMK: Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.

Wednesday, 5 December 2012

PERINGATAN WARGA SINGAPURA KEPADA RAKYAT MALAYSIA. MESTI BACA!


Undi DAP - Pakatan Rakyat, perkara sama seperti yang terjadi di Singapura mungkin terjadi kepada kita. Macam-macam hak Melayu akan mereka gadaikan jika mendapat kuasa memerintah negara ini. Orang Singapura telah membuat pengakuan terhadap penindasan terhadap orang Melayu di sana. Tinggal kita sahaja untuk mengambil iktibar atau tidak. Tepuk dada, tanya selera. Jangan nanti sudah terhantuk, baru terngadah. 


Tuesday, 4 September 2012

LU CITE APE NI?

PKR tuduh Jalur Gemilang tiru bendera Amerika (US) tapi derang buat bendera tiru bendera dua negara Indon dan Singapura..


ape cite bai? bodoh punye budak..