Wednesday, 13 February 2013

Bernama: Persembahan Psy bukan dibayar kerajaan Malaysia - Pengurusan Psy



KUALA LUMPUR: Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang popular dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang, baru-baru ini.




Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar. 



"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu. 


Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Pulau Pinang, Isnin lalu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN itu tidak membabitkan wang rakyat.

Beliau berkata, orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu. 

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College. 
- BERNAMA

RMK: Pembangkang tengah cari modal nak spin macam mana pulak lepas ni haha.

No comments:

Post a Comment