Tuesday, 26 February 2013

KANTOI! FITNAH SUMPAH AKU JANJI BR1M TERBONGKAR!!




Memang kalau dah DASAR PENYEBAR FITNAH !!!! BUSUK !!!! KEJI !!!! HINA!!!! 

Pakatan Rakyat yang sememangnya kita sedar bahawa sedang ketandusan isu politik untuk menumbangkan kerajaan BN didalam PRU-13 akan datang secara jelas kini telahpun memulakan gerakan FITNAH BESAR-BESARAN terhadap kerajaan BN.

Sepanjang perlaksanaan janji ditepati oleh Dato Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia,pemberian BR1M belum pernah lagi diagihkan pada waktu malam. Itu adalah yang FITNAH YANG PALING KETARA sekali yang dilakukan oleh PAS. 

pemberian BR1M ini juga bukan lah untuk kali yang pertama diberikan oleh Kerajaan BN kepada rakyat. Bukan juga Kelantan dipilih diantara penerima BR1M malah seluruh rakyat Malaysia tidak kira siapa pun, apa pun agama , apa pun fahaman politik mereka,tetap akan merasai pemberian ikhlas dari kerajaan Barisan Nasional. 

busuk sungguh hati orang-orang PAS yang kononya berlagak ALIM !!!! BERLAGAK SEPERTI TIADA DOSA !!!! BERLAGAK MACAM MALAIKAT !!!!! tetapi lihat lah sendiri bagaimana FITNAH  yang mereka lakukan.

Dalam rakaman yang dipercayai waktu malam di sebuah dewan itu, kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah berada di hadapan menghadap sekumpulan yang lain.

Kedengaran pula seorang wanita mengepalai bacaan akujanji dan yang bersumpah dengan nama Allah akan mengundi Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dengan diikuti oleh orang ramai.

Selain itu, mereka juga melafazkan kesediaan menerima balasan Allah jika tidak menunaikan janji mengundi Umno BN pada PRU13 ini.

Kedengaran juga beberapa kali bacaan lafaz janji itu ditegur oleh seorang lelaki akibat salah menyebut perkataan.

Lafaz akujanji tersebut antara lain berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, wataalahi, dengan nama Allah kami bersumpah dan mengaku dalam keadaan yang waras akan mengundi Umno atau Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 13 ini.

Dan kami bersumpah dan mengaku akan menyokong Umno atau Barisan Nasional demi untuk kepentingan agama Islam bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Sekiranya kami melanggari janji-janji kami, kami dengan rela hati menerima pembalasan dari Allh swt."

Bagaimanapun tidak terdapat maklumat berhubung tarikh rakaman video tersebut dibuat.

Juga tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut benar-benar ada kaitan dengan laporan penerima BR1M yang didakwa dipaksa bersumpah mengundi BN sebelum ini.

Harakahdaily akan cuba mendapatkan pengesahan dari pihak PAS kawasan terbabit berhubung kejadian dalam rakaman video ini.
Selain di Youtube, rakaman ini juga sedang tersebar meluas di Facebook dan Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi penonton. 

[Sumber: Talk With Hand]


RMK: Astaghfirullah... Sampai kalimah Allah pun sanggup dipermainkan...

No comments:

Post a Comment