Showing posts with label GAPS. Show all posts
Showing posts with label GAPS. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Gaps: PBT Perlu Akur Akta Pilihan Raya #GE13 #PRU13



SHAH ALAM –  Pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Malaysia sepatutnya akur dengan Akta Pilihan Raya dan tidak lagi menerima arahan daripada bekas Exco Kerajaan Tempatan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan pembubaran parlimen, 3 April lalu.
Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairudin berkata, beberapa aduan diterima melibatkan tindakan PBT menurunkan poster, bendera dan kain rentang hanya daripada parti tertentu politik sahaja.


“Jika lokasi tersebut tidak sesuai dan mampu membahayakan orang awam apabila dijadikan lokasi berkempen, PBT sepatutnya menurunkan dan menanggalkan semua poster, bendera dan kain rentang yang berada di situ, bukan hanya dari parti tertentu.



“Apa yang dilaporkan berlaku dalam masa satu minggu ini, PBT bagaikan masih menerima arahan dari bekas Exco Kerajaan Tempatan supaya menurunkan bahan kempen dari parti tertentu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.



Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil perhatian lebih tegas dan melihat semula akta dan peraturan berkaitan masalah ini.



Dalam perkembangan sama, Hamidzun turut menyatakan strategi yang diatur pihak tertentu seperti menggantung kain rentang berunsur provokasi, membakar papan tanda dan sabotaj bendera tidak seharusnya berlaku.



“Ia permainan kotor sedangkan negara telah melalui proses Pilihan Raya Umum (PRU) sebanyak 13 kali sejak merdeka.

“Kita sepatutnya menjadikan medan pilihan raya ini sebagai medan demokrasi yang aman dan tanpa provokasi atau huru-hara,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, strategi mengupah samseng melakukan provokasi dan huru-hara tidak mencerminkan politik negara yang matang.
“Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku sebaliknya berkempen secara sihat dan matang.
"Jangan main kotor dengan menutup atau menurunkan bahan kempen parti lawan kerana ia menimbulkan tidak puas hati dan mampu mencetuskan perkara tidak diingini,” katanya.


Abu Bakar berkata, setiap parti sepatutnya melantik jentera yang berdisiplin dan beretika untuk melaksanakan kerja berkempen demi mengelakkan kejadian tidak bermoral.



“Jentera tersebut sebenarnya mencerminkan setiap parti diwakilinya.



"Jika mereka bertindak melanggar etika digariskan SPR, tidak perlulah kita memilih calon dari parti tersebut sebagai pemimpin," katanya. - Sinar Harian

Monday, 3 September 2012

Isu Biadap Peserta Perhimpunan Janji Demokrasi: NGO Selangor Buat Laporan Polis



Sekarang heboh berkenaan isu kebiadapan peserta perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2012 lalu [baca sini] [sini] dan [sini].

1. Bendera Jalur Gemilang didesak ditukar ke 'Sang Saka Malaya' ciptaan pegawai Anwar di Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor
2. Insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri
3. Insiden individu menunjuk punggung ke arah gambar Perdana Menteri


Justeru itu, beberapa badan NGO Selangor telah bertindak membuat laporan polis sebagai tanda protes terhadap kebiadapan melampau puak pembangkang itu.


Di Shah Alam
Pada jam 3.30 petang tadi GAPS tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6. Seramai tujuh orang ahli GAPS yang diketuai oleh presidennya, Saudara Hamidzun Khairuddin telah hadir. GAPS menuntut agar penganjur serta mereka yang terlibat diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.


Di Gombak
Pada jam 3.00 petang, laporan polis berkenaan isu sama telah dibuat di Balai Polis Batu 6 Gombak oleh Barisan Bertindak Gombak dan Badan NGO-NGO Gombak yang diketuai oleh Penyelaras DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad. Kehadiran penyokong NGO tersebut adalah sekitar 50 orang. Turut hadir adalah Ketua Wanita UMNO  Bahagian Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil.






*Baru padan muka kau. Pengkhianat negara memang layak dibuang negara.

Thursday, 2 August 2012

Bantahan Tazkirah Berunsur Politik Di Masjid Dan Surau



Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan surau di sekitar negeri ini.
Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat Jais di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

 Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan memohon pihak Jais memantau dan mengambil serius perkara itu bagi memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.

"Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor. Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik," katanya.

Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.

Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco Kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor.

Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menyampaikan tazkirah.

Hamidzun berkata Jais wajar menyiasat aduan dan rungutan ahli kariah dan orang ramai serta mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin yang melakukan perkara itu.

"Oleh itu, kami menggesa Jais mengambil langkah proaktif dengan menyiasat perkara ini bagi memastikan masjid dan surau tidak dijadikan lauk politik oleh mereka yang cuba mencemarkan rumah Allah," tegasnya.


- Bernama