Saturday, 7 April 2012

Pakatan Pembangkang Bakal Bangkrapkan Negara


Pakatan Rakyat (PR) nekad ambilalih konsesi tol yang meraih keuntungan melampau tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi lebuhraya Maju Express (MEX) jika menawan Putrajaya.
Mengapa MEX yang pertama? Sebabnya mudah, kerana ia adalah akses lebuhraya yang kurang sesak tapi bernilai tinggi menghubungkan Kuala Lumpur ke Putrajaya. Pengambialihan MEX akan memudahkan para kontraktor kroni fuckatan memonopoli tanah sekitar MEX untuk dibangunkan dengan pelbagai projek mewah. Selama ini terdapatnya perjanjian melarang sebarang pembangunan di kawasan rezab bukit, hutan dan tanah kerajaan di beberapa kawasan tepi MEX. Sebarang pembangunan pesat akan menjejaskan penduduk dan kualiti alam sekitar di Bukit Jalil, Seri Kembangan, Puchong dan Putrajaya! Tapi kerana nakkan persen dan imbuhan besar dari pemaju kroni, fuckatan sanggup tipu rakyat atas nama kebajikan konon! 

Tony Pua si Setiausaha Publisiti DAP cakap pengambil-alihan MEX akan dilaksanakan mengikut syarat -syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi. 
Akhirnya mengaku jugak bahawa pengambilalihan MEX akan dilaksanakan mengikut syarat. Banyak terma syarat yang termaktub dalam perjanjian konsesi lebuhraya MEX ini dan setiap pihak tidak boleh mencabuli syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam  perjanjian. Antaranya tempoh pemilikan, perjawatan, kontrak penyelenggaraan, kutipan tol dan sebagainya. Andaikata ada antara syarat perjanjian ini dicabuli, maka pihak pemegang konsesi, para pekerja dan kontraktor yang diberhentikan atau menerima pampasan yang tidak setimpal boleh mencabar sebarang keputusan di mahkamah dan menyaman pihak yang mencabuli perjanjian konsesi tersebut. 
Dalam isu tol Grand Saga yang dipercumakan oleh Perdana Menteri, fuckatan menghasut  30 pekerja tol yang kehilangan kerja kononnnya kerajaan zalim. Nak soal fuckatan; kalau tol MEX dihapuskan, adakah tiada pekerja-pekerja MEX diberhentikan? 
Selama ini kerana ada bayaran tol MEX, banyak kenderaan mengelak menggunakannya. Bagaimana nanti jika tol dah mula free dan pemaju kroni diberi izin meneroka tanah sekitarnya? Fuckatan berjanji jenis tak pakai otak, tapi fikir perut dan bawah perut mereka sahaja! Asyik bagi alasan syarikat konsesi dah untung berjuta dan dimiliki kroni. Syarikat konsesi untung berjuta pun tetap bayar gaji pekerja dan jalankan penyelenggaraan, bayar jugak cukai korporat tahunan pada kerajaan dan CSR pada rakyat!    Mereka ada kemahiran dan networking baik dapatlah projek. Fuckatan pun ada kroni!  

PR berjanji akan mengambil alih semua lebuh raya di Malaysia jika memerintah Malaysia. Keuntungan Petronas, KWSP dan Khazanah Berhad akan digunakan membiayai pengambilalihan tersebut.  
Lagi janji bohong fuckatan yang ghairah menginzalkan nafsu rakyat. Berapa sangat duit GLC-GLC ini. Untung Petronas dikhabarkan RM90 bilion, KWSP ada RM444.5 bilion. Tu belum masuk Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Felda, Tabung Haji dan sebagainya. Tapi relakah kita mengadai simpanan tersebut semata-mata nak mengikut nafsu tamak, dengki dan rakus pihak chauvinist DAP. Jangan jadi kuli dan barua DAP la! 
Tu fuckatan belum tengok lagi rezab Bank Negara US$134.326 bilion dan rezab matawang asing US$19.650 bilion beb! Semuanya dijana oleh kerajaan BN selama 55 tahun! Tapi fuckatan bercita-cita nak merembat kekayaan ni macam harta rampasan perang jika dapat tawan Putrajaya dan melahapnya dalam masa 100 hari demi memenuhi janji sesat Buku Jingga. Ingat senang-senang ke GLC’s atau Bank Negara ni nak gadai rezab mereka? Rakyat akan bangkit membantah bila dana awam rakus disalahguna untuk tujuan politik! 

PR berjanji tetap juga mengambil-alih semua lebuhraya jika menang PRU13 
Berapa pulak kos pengambil alihan hampir 50 lebuhraya bertol ye? Kos asal semasa pembinaan lebuhraya-lebuhraya ketika pembinaan dulu seperti berikut; 
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dihubung ke NKVE - RM6 bilion,
Lebuhraya KL-Karak - RM451 juta,
Lebuhraya Damansara-Puchong/LDP - RM1.08 bilion,
Lebuhraya MEX - RM1.08 bilion,
Lebuhraya Grand Saga Kajang-Cheras - RM390 juta,
Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor/LATAR – RM958 juta,
Lebuhraya Pantai Barat Banting - Taiping - RM7.07 bilion,
Lebuhraya Timur Barat - RM1.9 bilion,
Lebuhraya Skudai-Johor Bharu - RM1.365 bilion,
Lebuhraya Ampang-Lembah Klang (AKLEH) – RM754 juta,
Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) – RM1.116 bilion,
Lebuhraya Penyuraian KL Barat/SPRINT – RM1.5 bilion,
Lebuhraya LKSA – RM750 juta,,
Jambatan Pulau Pinang – RM944 juta,
Jambatan Kedua Pulau Pinang – RM4.5 bilion,
Lebuhraya Kulim-Butterworth – RM944 juta,
Terowong Smart – RM1.8 bilion,
Lebuhraya Kinrara–Damansara (KIDEX) – RM2.2 bilion. 

Tak termasuk kos bina Lebuhraya Besraya, SKVE, Guthrie, Link Kedua Johor – Singapura dan beberapa lagi lebuhraya bertol berskala kecil sedia ada dan yang sedang dibina seperti DASH & SUKE. 
Nilai semasa semuanya melebihi RM50 bilion. Ini tidak termasuk kos pampasan akibat kehilangan pekerjaan, lupus kontrak penyelenggaraan dan pampasan eletrik kepada TNB. Berapa banyak pula kerajaan akan kehilangan kutipan tahunan cukai korporat tol. Belum lagi janji palsu fuckatan nak hapuskan PTPTN, air dan eletrik percuma, petrol murah, makanan murah...semuanya kerajaan kena tanggung pampasan dan subsidi lebih RM100 bilion setahun! 
Alahai fuckatan cukuplah bermimpi dan berdusta. kalau macam ni setahun dah bankrap negara!

No comments:

Post a Comment