Showing posts with label Janji Kosong. Show all posts
Showing posts with label Janji Kosong. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

Dedah! : Lagi pembohongan PAS PKR DAP Ditelanjangkan!


Kebebasan bersuara di Indonesia dan Myanmar lebih baik berbanding Malaysia!

Bagus apa kejadahnya! Kalau bagus tak de la orang Indon dan Myanmar datang berduyung-duyung masuk secara halal dan haram untuk bekerja di Malaysia setiap tahun sampai menyusahkan ramai pihak macam polis, tentera, imigresen dan majikan sendiri. Orang Indonesia terseksa hidup di negara sendiri lantaran terlalu banyak demonstrasi, pergaduhan etnik dan agama kerana terlalu bebas bersuara. Pemimpin kaya pulak banyak korupsi untuk menambah kekayaan.

Jangan bandingkan dengan Myanmar yang baru dapat kebebasan setelah lama ditekan junta tentera, memang mereka terlalu teruja setelah dipencilkan sekian lama. Sama juga dengan komunis Vietnam dan China dulu. Tapi kenapa puak fuckatan nak Malaysia mencontohi demokrasi Myanmar dan Indonesia… jawapannya kerana kedua-dua negara tersebut mendapat pembiayaan besar dari dana Yahudi seperti Kondrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Endowment for Democracy (NED) yang sengaja menghuru-harakan negara tersebut demi menguasai politik dan ekonominya.   

  
Tabung Haji jual 83,000 hektar ladang sawit di Riau, Indonesia menyebabkan negara rugi RM3 juta sehari dan menjejaskan pendeposit Tabung Haji.

Kenapa fuckatan sibuk sangat bila syarikat GLC kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji (T.H) berhasrat nak menjual aset mereka di Riau bernilai US$900 juta pada PT Borneo milik Robert Kuok. Sebabnya mereka terliur dengan keuntungan RM3 juta sehari dan US$900 juta beb. Bayangkan kalau duit RM3 juta dan US$900 juta tu masuk kocek mereka, T.H akan dijulang setinggi Menara Tabung Haji! Samalah mereka menuduh Felda mengadai ladang dan tanah rumah peneroka untuk proses penyenaraian FGVH di bursa saham, tapi akhirnya kantoi menipu!

Tapi betul ke T.H nak jual tanah mereka di Riau? Maklumat yang sahih dari TH mengumumkan mereka menerima secara bersyarat daripada syarikat P.T TH Indo Plantation (THIP) untuk menguasai 95% pegangan ekuiti syarikat perladangan Indonesia tersebut yang mengusahakan 83,879 hektar ladang sawit di Riau, Indonesia. Pelaburan ini Insya Allah akan melonjakkan keuntungan T.H jika diusahakan dengan baik dan ikhlas pasti akan menguntungkan para pendeposit, tambahan lagi harga sawit tinggi buat masa ini. Bila dah untung bolehlah T.H beri dividen dan faedah tahunan yang tinggi dengan mengekalkan subsidi kos pada jemaah haji. Macam tahun lepas pendeposit dapat bonus 6%. Tak syukurkah lagi ke wahai umat Islam pergi haji kosnya murah dan dijaga segala kebajikan mereka oleh kerajaan. Duduk pulak di hotel mewah milik Felda betui-betui di depan Kaabah…fuh… masya Allah! Kalau bagi pada puak-puak fuckatan yang jahil ekonomi, memang berniaga buat koperasi pun rugi!  Oppss lupa…fakta maklumat ini tidak didedahkan atau disiarkan oleh fuckatan, takut lari sokongan rakyat yang jahil beb! 


Wang rakyat digunakan untuk membeli aset. Lebuhraya MEX dijual dengan harga RM1.7 bilion kepada vendor Proton dan Perodua; EP Manufacturing Berhad (EPMB) oleh Maju Holding Sdn Bhd, sedangkan harga asal pembinaan RM1.08 bilion!

Tuduhan kononnya kerajaan jual badan korporat untuk menjana wang pilihanraya adalah tuduhan liar yang tak berasas hanya ikut sedap mulut kerana diarahkan oleh para chauvinist rasis DAP yang opportunis lagi tamak dan dengki. Kalau kerajaan membeli sesuatu aset dari duit rakyat pun apa salahnya. Lebih baik pakai duit rakyat dari pakai duit yahudi atau duit IMF dan duit Bank Dunia.

Hukum perniagaan mesti ada untung rugi. Orang yang menjual tentu nak untung dan setiap barangan yang berguna tentu akan meningkat harga pasarannya. Samalah macam harga aset lebuhraya atau bangunan, mestilah meningkat ikut tahun semasa. Hukum ekonomi mudah macam ni pun fuckatan tak tahu patutlah pembangunan ekonomi negeri di bawah jajahan regim mereka terbantut! Maju Holding Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia yang membayar cukai tahunan korporat pada kerajaan walaupun untung jual MEX dapat RM620 juta. EP Manufacturing juga syarikat Malaysia. Jadi apa masalahnya jika syarikat-syarikat Malaysia menguasai ekonomi negara? Bukan duit mengalir keluar ke tangan syarikat asing pun, bahkan tiada pekerja MEX dibuang kerja dengan penjualan tersebut!  

      
Kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barangan kerana perniagaan dimonopoli kroni

Kenaikan harga barangan di seluruh dunia ditentukan oleh kuasa pasaran. Namun kerajaan sentiasa mengambil inisiatif mengawal harga dari terus meningkat dengan menambah subsidi,  penguatkuasaan dan beberapa inisiatif menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia (K1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Saham 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan sebagainya. Fuckatan kata semuanya rasuah politik, tetapi adakah janji manismu fuckatan bukan rasuah politik? Disebabkan rasuah politiklah banyak janji fuckatan tidak dapat dilaksanakan kerana Allah sendiri tak memberkatinya!

Tak ada sebab rakyat tidak tahu maklumat sahih dan tepat dari media-media atau berusaha mengambil tahu. Janganlah selalu baca tabloid yang menyebarkan fitnah dan benci…opsss lupa… mengetahui dan menerima kebenaran itu satu dosa tidak terampun bagi puak-puak fuckatan. Itulah banyak sangat maki hamun dan fitnah orang siang malam tapi kedarah jugak segala nikmat yang diberikan kerajaan. Ni memang jenis manusia yang tak tahu bersyukur dan kufur nikmat!. Kalau mereka dapat memerintah, alamatnya hancur negara, bangsa dan agama! (Nauzubillah semoga Allah mengagalkan niat jahat fuckatan tersebut…amin)

Puak fuckatan dah meroyan sebab takde lagi modal untuk pembangunan ekonomi rakyat dan negara. Yang ada dalam benak fikiran mereka ialah bagaimana nak habiskan duit-duit simpanan dan rezab kerajaan dalam Petronas, KWSP, Khazanah Nasional, Felda, Tabung Haji dan sebagainya untuk mempercumakan segala-galanya. Sambil tu hari-hari tabur fitnah dan maki hamun. Bengap nak menjana kewangan negara, hanya tahu bagaimana nak jual balak-balak, pasir dan tanah dengan harga mahal ke negara jiran! Tidak pun memajak dan menjual tanah-tanah ke tokey-tokey Singapore atas alasan bina ladang rakyat tetapi hakikatnya semua balak dan tanah habis dikebas oleh pemimpin fuckatan yang korup!  Bila alam sekitar dah rosak mula salahkan kerajaan. Tapi untuk cover line mereka terjerit-jerit jadi jaguh alam sekitar dan bumi hijau. Alahai!

Saturday, 7 April 2012

Pakatan Pembangkang Bakal Bangkrapkan Negara


Pakatan Rakyat (PR) nekad ambilalih konsesi tol yang meraih keuntungan melampau tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi lebuhraya Maju Express (MEX) jika menawan Putrajaya.
Mengapa MEX yang pertama? Sebabnya mudah, kerana ia adalah akses lebuhraya yang kurang sesak tapi bernilai tinggi menghubungkan Kuala Lumpur ke Putrajaya. Pengambialihan MEX akan memudahkan para kontraktor kroni fuckatan memonopoli tanah sekitar MEX untuk dibangunkan dengan pelbagai projek mewah. Selama ini terdapatnya perjanjian melarang sebarang pembangunan di kawasan rezab bukit, hutan dan tanah kerajaan di beberapa kawasan tepi MEX. Sebarang pembangunan pesat akan menjejaskan penduduk dan kualiti alam sekitar di Bukit Jalil, Seri Kembangan, Puchong dan Putrajaya! Tapi kerana nakkan persen dan imbuhan besar dari pemaju kroni, fuckatan sanggup tipu rakyat atas nama kebajikan konon! 

Tony Pua si Setiausaha Publisiti DAP cakap pengambil-alihan MEX akan dilaksanakan mengikut syarat -syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi. 
Akhirnya mengaku jugak bahawa pengambilalihan MEX akan dilaksanakan mengikut syarat. Banyak terma syarat yang termaktub dalam perjanjian konsesi lebuhraya MEX ini dan setiap pihak tidak boleh mencabuli syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam  perjanjian. Antaranya tempoh pemilikan, perjawatan, kontrak penyelenggaraan, kutipan tol dan sebagainya. Andaikata ada antara syarat perjanjian ini dicabuli, maka pihak pemegang konsesi, para pekerja dan kontraktor yang diberhentikan atau menerima pampasan yang tidak setimpal boleh mencabar sebarang keputusan di mahkamah dan menyaman pihak yang mencabuli perjanjian konsesi tersebut. 
Dalam isu tol Grand Saga yang dipercumakan oleh Perdana Menteri, fuckatan menghasut  30 pekerja tol yang kehilangan kerja kononnnya kerajaan zalim. Nak soal fuckatan; kalau tol MEX dihapuskan, adakah tiada pekerja-pekerja MEX diberhentikan? 
Selama ini kerana ada bayaran tol MEX, banyak kenderaan mengelak menggunakannya. Bagaimana nanti jika tol dah mula free dan pemaju kroni diberi izin meneroka tanah sekitarnya? Fuckatan berjanji jenis tak pakai otak, tapi fikir perut dan bawah perut mereka sahaja! Asyik bagi alasan syarikat konsesi dah untung berjuta dan dimiliki kroni. Syarikat konsesi untung berjuta pun tetap bayar gaji pekerja dan jalankan penyelenggaraan, bayar jugak cukai korporat tahunan pada kerajaan dan CSR pada rakyat!    Mereka ada kemahiran dan networking baik dapatlah projek. Fuckatan pun ada kroni!  

PR berjanji akan mengambil alih semua lebuh raya di Malaysia jika memerintah Malaysia. Keuntungan Petronas, KWSP dan Khazanah Berhad akan digunakan membiayai pengambilalihan tersebut.  
Lagi janji bohong fuckatan yang ghairah menginzalkan nafsu rakyat. Berapa sangat duit GLC-GLC ini. Untung Petronas dikhabarkan RM90 bilion, KWSP ada RM444.5 bilion. Tu belum masuk Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Felda, Tabung Haji dan sebagainya. Tapi relakah kita mengadai simpanan tersebut semata-mata nak mengikut nafsu tamak, dengki dan rakus pihak chauvinist DAP. Jangan jadi kuli dan barua DAP la! 
Tu fuckatan belum tengok lagi rezab Bank Negara US$134.326 bilion dan rezab matawang asing US$19.650 bilion beb! Semuanya dijana oleh kerajaan BN selama 55 tahun! Tapi fuckatan bercita-cita nak merembat kekayaan ni macam harta rampasan perang jika dapat tawan Putrajaya dan melahapnya dalam masa 100 hari demi memenuhi janji sesat Buku Jingga. Ingat senang-senang ke GLC’s atau Bank Negara ni nak gadai rezab mereka? Rakyat akan bangkit membantah bila dana awam rakus disalahguna untuk tujuan politik! 

PR berjanji tetap juga mengambil-alih semua lebuhraya jika menang PRU13 
Berapa pulak kos pengambil alihan hampir 50 lebuhraya bertol ye? Kos asal semasa pembinaan lebuhraya-lebuhraya ketika pembinaan dulu seperti berikut; 
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dihubung ke NKVE - RM6 bilion,
Lebuhraya KL-Karak - RM451 juta,
Lebuhraya Damansara-Puchong/LDP - RM1.08 bilion,
Lebuhraya MEX - RM1.08 bilion,
Lebuhraya Grand Saga Kajang-Cheras - RM390 juta,
Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor/LATAR – RM958 juta,
Lebuhraya Pantai Barat Banting - Taiping - RM7.07 bilion,
Lebuhraya Timur Barat - RM1.9 bilion,
Lebuhraya Skudai-Johor Bharu - RM1.365 bilion,
Lebuhraya Ampang-Lembah Klang (AKLEH) – RM754 juta,
Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) – RM1.116 bilion,
Lebuhraya Penyuraian KL Barat/SPRINT – RM1.5 bilion,
Lebuhraya LKSA – RM750 juta,,
Jambatan Pulau Pinang – RM944 juta,
Jambatan Kedua Pulau Pinang – RM4.5 bilion,
Lebuhraya Kulim-Butterworth – RM944 juta,
Terowong Smart – RM1.8 bilion,
Lebuhraya Kinrara–Damansara (KIDEX) – RM2.2 bilion. 

Tak termasuk kos bina Lebuhraya Besraya, SKVE, Guthrie, Link Kedua Johor – Singapura dan beberapa lagi lebuhraya bertol berskala kecil sedia ada dan yang sedang dibina seperti DASH & SUKE. 
Nilai semasa semuanya melebihi RM50 bilion. Ini tidak termasuk kos pampasan akibat kehilangan pekerjaan, lupus kontrak penyelenggaraan dan pampasan eletrik kepada TNB. Berapa banyak pula kerajaan akan kehilangan kutipan tahunan cukai korporat tol. Belum lagi janji palsu fuckatan nak hapuskan PTPTN, air dan eletrik percuma, petrol murah, makanan murah...semuanya kerajaan kena tanggung pampasan dan subsidi lebih RM100 bilion setahun! 
Alahai fuckatan cukuplah bermimpi dan berdusta. kalau macam ni setahun dah bankrap negara!

Friday, 6 April 2012

Tol Percuma: Janji Kosong Pakatan Pembangkang


Rakyat Malaysia semua, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan menghapuskan bayaran tol lebuhraya seperti mana janji 100 hari Buku Jingga dan jika menawan Putrajaya.
Janji tinggal janji. Janji 100 hari PR dan kerajaan DAP di Pulau Pinang untuk hapuskan Tol Sg Nyiur dan Tol Jambatan Pulau Pinang sejak Mac 2008 sampai sekarang gagal ditunaikan. Sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa membina lebuhraya bertol pun sanggup menghapuskan Tol Sg Besi dan Tol Batu 9 Cheras-Kajang kerana prihatinkan rakyat. PAS pulak tak kisah jilat kahak sendiri bila bercadang bina lebuhraya bertol 4 lorong bernilai RM1.9 bilion dari Kota Bharu ke Kuala Kerai! Mana PAS sanggup nak bagi free! 
Kerajaan BN berjaya menasihatkan pengendali-pengendali lebuhraya antaranya PLUS Expressway, Pro-Lintas, Kesas, Sprint dan Litrak untuk memberikan diskaun-diskaun kepada pengguna lebuhraya setiap kali musim perayaan sebagai bukti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka kepada rakyat! Malah banyak kemudahan disediakan pihak lebuhraya yang tidak terdapat pada jalan biasa. 
Penghapusan tol-tol di 29 buah lebuhraya akan mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk penyelenggaraan kebersihan dan keselamatan di lebuhraya termasuk jalan bertar, lampu-lampu dan kawasan R n R. Jadi mana kerajaan nak korek duit? Nak pakai semua duit pembayar cukai baiki jalan-jalan berlubang dan lampu rosak? Itu kerja bodoh, tak ekonomik memang bengap PR ni! 
Selama ini duit-duit kutipan tol itulah yang digunakan untuk menanggung kos penyelenggaraan termasuk membayar gaji pekerja-pekerja lebuhraya, kontraktor-kontraktor penyelenggara serta membayar dividen tahunan kepada para pemegang saham konsesi. Siapa nak tanggung sara hidup dan bayar pampasan jika mereka ini semua hilang pendapatan akibat penutupan tol ? Adakah PR boleh menjamin kerja alternatif kepada mereka semua?  Berapa bilion ringgit pulak duit rakyat yang PR nak perabiskan untuk bayar pampasan pengambilan tol?
Kerajaan Malaysia setiap tahun pasti mengutip cukai dari pengendali-pengendali lebuhraya bertol. Hasil kutipan cukai ini digunakan membangunkan pelbagai kemudahan seperti jalanraya, sekolah, rumah ibadat, subsidi petrol, bahan makanan dan biasiswa. PR hanya janji kosong, hasilnya tak pernah ada langsung, tapi bab mentekedarah hasil orang lain merekalah paling gelojoh! 
PR akan menggunakan dana-dana kerajaan dalam Khazanah Nasional, KWSP, Petronas atau rezab Bank Negara untuk membayar pampasan kepada pemegang konsesi, penyelenggara dan pekerja-pekerja lebuhraya bertol. 
Memang idea bengap lagi bangang! Bab nak pelahap duit negara memang PR pakar konon nak jaga kebajikan rakyat, tapi bab nak jana duit PR memang hampeh. Bayangkan kalau rezab dana-dana kerajaan ini habis atau semakin susut, datang pulak masalah kemelesetan ekonomi habis semuanya akan lingkup. Terpaksalah kerajaan pinjam duit dari luar negeri macam dari Bank Dunia dan IMF. Nak pinjam mesti cagar dan gadai janji itu dan ini pada peminjam asing. Ekonomi negara akan terikat, tidak bebas sebaliknya dikawal asing. Kerajaan serata dunia berlumba nak tingkatkan rezab negara, puak fuckatan pulak pelahap nak perabis duit negara!
Tak heran bila fuckatan marah sangat jika BN menggunakan dana KWSP dan Khazanah Nasional memberi pinjaman kepada FELDA atau mana-mana GLC untuk tujuan  pembangunan. GLC’s menolak berhutang dana asing kerana mereka tidak mahu dikawal oleh mereka kerana mengenakan faedah yang tinggi. Memang patut pun Fuckatan takut bila dana KWSP dan Khazanah habis, susahlah mereka nak balun duit negara jika berjaya perintah Malaysia nanti. Diorang ingat duit negara ni duit mak bapak mereka!  Baru bayar cukai sikit dah nak berlagak macam puak mereka saja yang bayar cukai! 
Kerajaan BN sungguh zalim, tetap mengutip tol sepatutnya semuanya free! 
Kepala hotak punya PR, zalim apa kejadahnya? Mana ada benda free kat dunia ni. Nak masuk syurga pun kena belanjakan duit! Tu yang kita bayar zakat, pergi haji, sedekah sana sini tu semuanya pakai duit bukan air liur je. Jangan ingat bagi tol free dah jamin masuk syurga. Bayangkan beribu-ribu rakyat Malaysia terpaksa dibuang kerja gara-gara penutupan tol! Mereka yang tertindas ini akan berdemonstrasi ganas menentang PR pula!.      
Kalau macam tu, pemimpin PR janji kosong dan kuat menipu lah?
Memang pun, dasar Penipu Rakyat. Janji kosong yang mereka sendiri mustahil melaksanakannya tapi kerana geletik nak undi dan kemaruk kuasa, sanggup menipu!!!