Monday, 2 April 2012

Kerajaan Selangor Galak Maksiat?


Sekarang Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, menjadi exco hal agama Islam. Barangkali PAS tidak melaung “takbir” lagi sebab kerajaan PKR yang ditunggani DAP sudah jadi “orang agama” pula untuk mentadbir hal ehwal Islam di Selangor. Orang Melayu Selangor tahu Khalid tidak ada pengetahuan agama yang cukup untuk menghalalkan dia jadi exco agama.

            Sebenarnya pengetahuan agama tidak penting untuk menjadi exco agama. Anwar pun bukan melalui didikan agama tapi jadi pejuang Islam, imam, membaca khutbah dan yang lebih memeranjatkan orang Melayu jadi homoseksual pula. Kalau penasihat PKR seorang homoseks yang berpura-pura menjadi pejuang Islam mengapa mesti terkejut kalau  Menteri Besar yang menjadi ahli ekonomi juga menjadi exco agama?

            Sejak Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan Selangor Khalid dianggap menjadi pak turut DAP. Yang merancangkan berbagai kegiatan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya ialahTony Pua, Teresa Kok yang banyak main peranan di belakang layar. Oleh kerana Dato Dr Hassan dipecat dari PAS maka mudahlah DAP membuat berbagai kegiatan untuk mengembangkan agama Kristian di kalangan orang Melayu kelak. Lebih banyak orang Melayu, yang daif dan miskin, akan meminta bantuan dari berbagai NGO Kristian. Teresa Kok adalah seorang evangalist Kristian yang fanatik.

            Orang Melayu di Selangor tidak lupa bagaimana Teresa Kok meminta ahli-ahli masjid jangan membuat bising mengganggu tidur orang bukan Melayu dalam kawasan berdekatan dengan masjid. Bila cerita ini disiar dalam Utusan Malaysia dia menyaman Utusan kononnya buat fitnah. Ini stail politik DAP yang juga menjadi stail Anwar Ibrahim. Tanpa Dr Hassan Ali dalam exco Negeri mudahlah bagi Teresa Kok dan lain-lain pengembang Kristian menjalankan kempen secara terbuka dan diam-diam untuk memurtadkan orang Melayu kelak.

            Ingat peristiwa kegiatan Kristian yang cuba memurtadkan beberapa orang Melayu, lelaki dan perempuan, untuk menghadiri upacara agama Kristian di gereja Damansara Utama? Siapakah yang tegas dan keras membantah tindakan Kristian itu? Dato’ Dr Hassan Ali. Apa reaksi menteri besar Khalid Ibrahim? Dia bukan menyokong tindakan Dr Hassan dan Jabatan Agama Islam Selangor yang melancarkan  serbuan ke gereja itu tetapi sebaliknya menganggap tindakan majlis agama itu keterlaluan pula.

            Inilah manusia yang memegang exco agama Islam sekarang. Setelah pemimpin PAS yang  memperjuangkan Islam, bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu disingkir dari parti dan hilang jawatan exco agama, iaitu Dato’ Dr Hassan Ali, maka janganlah terkejut di bawah Khalid Ibrahim agama Kristian dan agama-agama lain begitu rancak berkembang  di kalangan orang Melayu tanpa sekatan.

            Walaupun Sultan menjadi ketua agama Islam namun baginda terpaksa mendengar nasihat dari  Menteri Besar. Sultan tidak boleh memilih siapa saja dari kalangan ADUN Selangor menjadi exco agama. Kuasa perlantikan exco di bawah menteri besar. Oleh sebab menteri besar di bawah telunjuk DAP orang Melayu berasa bimbang dengan sikap menteri besar yang lemah, tidak mempunyai semangat Islam yang kuat dan menjadi pak turut semata-mata kepada desakan dan mainan politik DAP.

            Anwar Ibrahim pernah membuat kenyataan melalui BBC dan blog Malaysiakini bahawa undang-undang homoseks yang ada sekarang sudah lapuk, perlu dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang yang membolehkan mereka yang berminat mengadakan hubungan sejenis diberi kebebasan  atas dasar suka sama suka.

            Walau pun perbuatan seks sesama jenis dilaknati Allah dan juga dilarang oleh agama-agama lain tetapi Anwar dan DAP menganggap undang-undang mengenai homoseks yang Anwar diheret ke mahkamah itu bertentangan dengan hak asasi manusia. Justeru itu mesti dihapuskan. Anwar dan DAP berpendapat hak individu mesti bebas dari apa-apa sekatan sekali pun termasuk mengadakan hubungan sesame jenis!

            Walau pun masyarakat Melayu membangkang cadangan Anwar yang hendak menghalalkan homosek nampaknya Anwar tidak peduli bantahan dari orang Melayu. Malah bantahan kawan-kawannya dalam ABIM pun dia tidak peduli. Anwar kini lebih berani dan lebih biadab lagi menentang Islam yang melarang perbuatan terkutuk itu. Dia tidak insaf dan bertaubat tetapi sebaliknya menggalakkan perbuatan terkutuh itu melalui cadangan penghapusan undang-undang homosek sekarang yang dianggap menyalahi hak asasi manusia.

            Besar kemungkinan dia akan mengarahkan menteri besar Selangor untuk menggubal undang-undang menghalalkan hubungan seks sejenis atas dasar suka sama suka khas untuk negeri Selangor. Kalau ini berlaku banyaklah penggemar-penggemar seks sejenis, lelaki dan perempuan, melampiaskan nafsu serakah mereka di Selangor kelak.

            Anwar hendak menunjukkan kepada DAP dan bukan Islam bahawa dia seorang pemimpin Islam liberal. Tujuannya juga untuk membuktikan kepada puak-puak Kristian dan Yahudi yang menyokong dan membantunya selama ini bahawa dia sudah berjaya memecah-belahkan orang Melayu yang beragama Islam bilamana dia  memperlekehkan PAS tanpa memberi  fortfolio Islam kepada wakil parti itu.

            Nampaknya rancangan sulit Yayasan Konrad Adenuer yang ditubuhkan oleh Parti Kristian Demokrat Jerman yang memberi bantuan kewangan berjuta-juta ringgit kepada Anwar sejak zaman kepimpinannya hingga sekarang sudah memberi hasil. Anwar yang menjadi boneka Kristian dan Yahudi sudah berjaya dalam misinya untuk memecah-belahkan masyarakat Melayu Islam melalui dasar  liberalismenya di bidang agama.

            Soalnya apakah PAS yang diperlekehkan Anwar yang memberikan fortfolio agama kepada menteri besar akan bertindak keluar dari Pakatan rakyat atau  kekal sebagai tembukut di tepi gantang? Nik Aziz dan Hadi Awang tidak berani membantah dan membuat kenyataan membela PAS. Terpulang kepada ahli-ahli PAS sendiri untuk bertindak mendesak pucuk pimpinan keluar dari Pakatan Rakyat kerana Anwar dan DAP menghina parti mereka.

            Mereka yang faham dengan sendiwara politik Anwar tidak akan memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13  yang bertujuan hendak menghapuskan ketuanan Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja- raja Melayu terancam. Umum berpendapat Pakatan Rakyat menjadi boneka kuasa asing yang dipimpin Anwar Ibrahim. Mereka yang ingin keharmonian kaum, perpaduan dan kemakmuran akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan yang memerintah kerana apa yang mereka nikmati sejak Merdeka hingga sekarang adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin UMNO yang tetap mempertahankan ketuanan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Dipetik dari Siri Rencana Yahya Ismail.

No comments:

Post a Comment