Wednesday 17 July 2013

Pertikai TITAS Bukti DAP Bersifat Cauvinis


Baru saja saya membahaskan kepentingan subjek teras universiti seperti, Kenegaraan Malaysia seperti yang dititahkan oleh Pemangku Raja Perak, tiba-tiba satu lagi subjek teras universiti yang lain, Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) dipertikaikan oleh Ahli Parlimen DAP pada 11 Julai 2013 yang lalu. 

Subjek ini bukan saja mengajar tamadun Islam seperti yang didakwa, tetapi juga tamadun China dan India. Kenapa tamadun Islam saja yang dipersoalkan? 

Islam adalah agama Persekutuan dan agama majoriti penganutnya. Apakah salah bukan Islam mempelajarinya untuk kepentingan masa hadapan. Bukan Melayu sepatutnya lebih memahami agama Islam anutan majoriti orang Melayu Islam sebelum memahami bangsa lain. Itu adalah lebih baik untuk integrasi nasional.

Beliau begitu berani menggesa Kementerian Pelajaran supaya menarik balik subjek ini sebagai subjek wajib kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) kerana menurutnya tidak memberi manfaat kepada pelajar. Apakah beliau sudah melihat silibus ini sepenuhnya?
Tamadun Islam wajar dipelajari oleh orang bukan melayu juga untuk integrasi nasional

Ternyata beliau amat jahil dalam memahami subjek ini. Selaku Ahli Parlimen dan juga seorang doktor perubatan, beliau sepatutnya menyelidik terlebih dulu. Bukan membuat tuduhan semberono. Lagipun DAP selalu mendakwa mereka parti semua kaum dan ternyata parti ini amat cauvinis. 

Selaku ketua program subjek teras universiti, TITAS bukanlah subjek tamadun Islam sepenuhnya, tetapi sudah diadunkan tamadun dunia, terutama tamadun China dan India. Mengajar tamadun Islam tidak boleh, tetapi mengajar tamadun China dan tamadun India tidak mengapa?

Saya masih ingat dulu apabila jam 8 malam semua televisyen akan menyiarkan berita dalam bahasa Melayu. Malangnya, kita bagi peluang kepada mereka membaca berita dalam bahasa ibunda pada waktu perdana itu. Apabila kita mahu ubah, maka mengamuklah golongan ultra kiasu ini. Apabila hak mereka terancam, mereka melalak. Kita menjadi kelam kabut dan terus tunduk. Akhirnya, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka tidak berhak dapat dan hak kita pula semakin terhakis dan tidak mustahil hilang. 

Orang Melayu tak pernah bising

Orang Melayu tidak pernah bising pun tamadun China dan tamadun India yang wajib diajarkan. Pelajar Melayu terima seadanya bagi menambah ilmu dan kepentingan memahami bangsa lain. Inilah sifat Melayu yang amat saya puji. 

Peliknya bangsa lain tidak mahu cuba belajar tamadun bangsa lain, terutama tamadun Islam yang menjadi teras agama orang Melayu. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi bagi mereka yang sudah berjaya mengaut segala keuntungan di bumi bertuah ini? Kita tidak berjaya melahirkan bangsa Malaysia yang bersyukur, sebalik mempunyai cita-cita jahat yang terselindung.

Jika benar pun subjek tamadun Islam diajar, apa salahnya? Islam adalah agama Persekutuan dan agama majoriti penganutnya. Apakah salah bukan Islam mempelajarinya untuk kepentingan masa hadapan. Bukan Melayu sepatutnya lebih memahami agama Islam anutan majoriti orang Melayu Islam sebelum memahami bangsa lain. Itu adalah lebih baik untuk integrasi nasional. Kecualilah jika Ahli Parlimen itu bercadang untuk berhijrah ke negara lain. Kenapa kita begitu beriya-iya belajar tamadun Barat, tetapi bukan tamadun Islam (Melayu)?. Nampak sangat beliau memandang hina kepada orang Melayu.

Banyak universiti kaji tamadun Islam

Beliau berkata, universiti terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada pelajarnya. Bagaimana ia dapat membantu seseorang yang sedang belajar untuk menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia diperlukan di Malaysia? Persoalannya, kenapa perlu dibandingkan dengan universiti lain? Di manakah kita tinggal?

Banyak universiti di dunia yang menawarkan subjek teologi dan perbandingan agama. Tamadun Islam dikaji begitu mendalam. Jadi hujah beliau amat dangkal, selain mahu menyakitkan hati umat Islam yang semakin terluka. 

Untuk makluman, kursus ini adalah satu kursus yang memperkatakan mengenai ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan; interaksi antara pelbagai tamadun (Mesopotamia, Mesir, China, India, Islam, Barat); Tamadun Islam, Tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia; Islam dalam Tamadun Melayu; Tamadun China; Tamadun India; isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia; Globalisasi dan Islam dalam proses pembangunan negara.

Seperti subjek kenegaraan, tujuan untuk memberikan pemahaman komprehensif mengenai sejarah, nilai dan aspek utama. Pertama, membina satu generasi Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu ketamadunan dan peradaban dan kedua; memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dengan mengamalkan kehidupan yang bertoleransi dan bertamadun.

Selepas mengikuti kursus ini kita harapkan pelajar akan dapat memahami dan menjelaskan aspek utama tamadun, tamadun Islam dan tamadun Asia serta berpengetahuan dan peka mengenai isu ketamadunan. Seterusnya memahami dan mengaplikasi pengetahuan mengenai ciri-ciri tamadun dalam kehidupan bermasyarakat. 
Islam adalah agama Persekutuan dan agama majoriti penganutnya. Apakah salah bukan Islam mempelajarinya untuk kepentingan masa hadapan. Bukan Melayu sepatutnya lebih memahami agama Islam anutan majoriti orang Melayu Islam sebelum memahami bangsa lain. Itu adalah lebih baik untuk integrasi nasional.

dipetik dari Bharian


RMK : Baru-baru ni terbaca, kat United Kingdom boleh nak masukkan subjek tamadun islam dalam kurikulum sekolah mereka. [ UK new curriculum revised to include Islam history

tu kat negara yg agama rasmi bukan agama Islam boleh, nape kat Malaysia yg agama rasminya Islam sendiri tak boleh plak?

Jalan Haram di Bukit Jelutong



Akhbar The Star dalam satu artikel pada Isnin lalu ada melaporkan tentang satu jalan haram yang dibina individu tidak bertanggungjawab menghubungkan Jalan U8/20 dan Jalan U8/32, Bukit Jelutong. menurut laporan itu juga, kawasan perumahan disitu adalah jenis berpagar (gated community) dan seharusnya mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.

Namun pembinaan jalan haram ini menyebabkan motosikal dan kenderaan kecil lain mudah masuk dan keluar tanpa disedari. Tambah memburukkan keadaan, kejadian pecah rumah mula berlaku selepas jalan haram itu dibina.

Alamak, siapa la yang memandai buat jalan tu? Memang la memudahkan nak lintas jalan, tapi fikir la juga keselamatan jiran tetangga, bukan lepaskan tengkuk sendiri je.

Lokasi kawasan:



View Larger Map


RMK berharap MBSA sila jalankan siasatan segera dan tutup segera jalan haram itu!

Kekalkan Akta Hasutan 1948 Demi Keselamatan Negara!


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri


Dari Utusan Malaysia;

SAYA dan rakan-rakan rasa amat gembira sekali membaca berita bahawa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri akan mempertahankan Akta Hasutan 1948 daripada dimansuhkan. 
Pendirian beliau untuk berbuat demikian adalah sangat terpuji kerana beliau sedar bahawa tanpa akta ini, rakyat yang tidak bertanggungjawab akan bebas menghasut rakyat dengan segala macam propaganda dan niat jahat yang akhirnya akan memusnahkan kestabilan negara yang kita kecapi sekarang ini. 
Kita sangat hormat kepada Datuk Seri kerana keberanian, keazaman dan keprihatinannya memikul tanggungjawab, walaupun digugat. 
Menteri seperti inilah yang kita mahu dan yang mesti kita sokong dan pertahankan.
Kami tabik kepada Datuk Seri Menteri kerana berpegang teguh dan patuh pada undang-undang yang ada untuk mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. 
Rakyat boleh hidup dalam harmoni dan aman apabila mematuhi undang-undang negara yang dibuat oleh rakyat negara itu sendiri. 
Tetapi apabila undang-undang dicabul, maka hilanglah keamanan dan kestabilan negara dan rakyat akan berbuat sesuka hati mengikut nafsu buas untuk memenuhi kepentingan diri sendiri tanpa menghormati hak orang lain. 
Sekiranya Akta Hasutan 1948 ini dihapuskan, maka akan berpestalah orang berhati busuk menabur fitnah di sana sini. Mereka tidak akan lagi takut untuk berbuat demikian kerana tiada undang-undang untuk menyekat mereka. 
Buruk sangka akan terjadi antara rakyat negeri ini secara berleluasa, yang akhirnya akan menimbulkan malapetaka yang dahsyat. 
Rakyat Malaysia tidak mahu perkara ini terjadi. Semua orang akan rugi dan kalah, tiada siapa yang untung dan menang. Ketika kita masih mempunyai Akta Hasutan 1948 pun sudah ada manusia menghasut demi untuk kepentingan mereka sendiri, seperti menghina Islam dan nabinya, Raja dan kedudukan orang Melayu yang terang-terang ditegah oleh undang-undang. Apatah lagi sekiranya akta itu dihapuskan! Saya pasti keadaan akan menjadi bertambah buruk.
Negara bertamadun yang kononnya mengamalkan demokrasi pun mempunyai undang-undang untuk menjaga keselamatan rakyat masing-masing. 
Umpamanya, Amerika Syarikat yang mempunyai Akta Patriot dengan 10 tujuan, merangkumi hasrat untuk memperkuatkan keselamatan dalam negeri dan memperluaskan kuasa kerajaan untuk mengenal pasti dan memerangi pengganas. 
Akta ini digunakan untuk menangani banyak perkara termasuklah bagi menentang anasir-anasir yang akan memporakperandakan negara. 
Pada dasarnya Akta Patriot Amerika Syarikat ini adalah lebih kurang menyerupai Akta Hasutan 1948 negara kita. 
Tetapi demi untuk keselamatan negara mereka, rakyat Amerika Syarikat masih mengekalkan Akta Patriot mereka ini. Mengapa pula kita mahu menghapuskannya? 
Semua agama mengajar kita supaya tidak menghasut. Dalam Islam, al-Quran dan hadis menyimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati. 
Dalam agama Buddha disebut If a person fails to have faith but instead slanders the sutra, immediately he will destroy all the seeds for becoming a Buddha in this world; To seek enlightenment without repudiating slander is as futile as trying to find water in the midst of fire or fire in the midst of water; And he is a slanderer, having heard something at one place, he makes it known elsewhere for causing variance among other people. 
Agama Hindu menyatakan One giving false evidence or uttering falsehood goes to Raurava hell. 
Agama Kristian menyatakan You shall not bear false witness against your neighbor. 
Taoism menyatakan To break up friendships and set kinfolk at odds is called maliciousness. 
Orang yang tidak beragama sekalipun, sekiranya mereka mempunyai fikiran yang waras, tidak akan mengutuk perbuatan menghasut. 
Teruskanlah usaha murni Datuk Seri dalam menegakkan undang-undang negara. Rakyat yang baik dan bermoral dan cintakan keamanan akan menyokong Datuk Seri. Saya dan pengikut saya akan sentiasa menyokong usaha murni ini. 
DATUK PROF. DR. HASHIM YAACOB
Mantan Naib CanselorUniversiti Malaya



RMK: Syukur Alhamdulillah... Akta Hasutan mesti dipertahankan atas faktor keselamatan negara. Umum beranggapan keselamatan negara hanya melibatkan senjata dan serangan fizikal, namun hakikatnya semua itu akan berpunca dari hasutan dan tohmahan yang akhirnya boleh membawa kepada pertumpahan darah. Dalam apa jua situasi, keselamatan negara adalah keutamaan pertama dalam melindungi kedaulatan negara. Ketepikan fahaman politik atau perbezaan pendapat, pertahankan negara!

Tuesday 16 July 2013

Kesabaran Orang Islam Kian Pudar - Bhg. 2


Alvin Tan & Vivian Lee mempersendakan bulan Ramadhan dengan gambaran Bak Kut Teh dan logo halal.


Dari Utusan Malaysia [sambungan];

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) yang juga Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat pula menegaskan hubungan diplomatik mempunyai hadnya dan seorang duta tidak patut mencabar keimanan orang Melayu.
“Zahirnya memang lemah lembut tetapi keimanan Melayu tebal dalam mempertahankan maruah agama, kita tidak akan benarkan kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya.
“Dalam kes ini, kita boleh usir duta itu, gantung taraf diplomatik dengan negaranya ataupun memutuskan terus hubungan. Bukannya Malaysia tidak pernah putuskan hubungan diplomatik dengan negara yang tidak hormati kita lebih-lebih lagi dalam bab agama," tegasnya.
“Jika secara ‘suka-suka’ mempermainkan Islam, boleh juga diambil tindakan bawah Akta Hasutan kerana mencemar kesucian agama Islam, atau atas tuduhan menghina Raja-Raja Melayu yang memayungi Islam. Mereka juga boleh dituduh menghasut perpecahan kaum kerana jelas ini satu tindakan provokasi yang mahu umat Islam bertindak balas, jika orang Melayu bertindak ‘kasar’ tentu mereka juga akan balas sama," ujarnya.
Beliau melihat soal buta sejarah termasuk ‘Keluhuran Perlembagaan’ dalam Rukun Negara dalam kalangan orang bukan Melayu yang gagal menghayatinya menyebabkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada mereka tidak dibalas seperti dijanjikan.
“Muafakat antara kaum juga semakin terhakis apabila bukan Melayu mula menolak Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa Melayu bumiputera dan asas kontrak sosial lain seperti yang dijanjikan sebelum merdeka.
“Sistem pendidikan kita sememangnya gagal didik orang bukan Melayu mengenai asas-asas ini khususnya toleransi, muafakat dan pengorbanan antara kedua-dua belah pihak," dakwanya.
Khairul Anwar melihat penghinaan terhadap Islam, khususnya oleh golongan muda satu cerminan sikap kurang ajar untuk menafikan siapa tuan punya bumi bertuah ini, apatah lagi selepas Melayu gagal ‘dijatuhkan’ pada pilihan raya lalu. 

RMK: Sudah berpuluh tahun kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni dalam situasi pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Dalam pada ini rakyat Malaysia dilimpahi dengan kemakmuran dan melahirkan rakyat yang berpendidikan dan hidup selesa. Namun nampaknya pendidikan dan kesenangan hidup tak menjanjikan kematangan dan sensitiviti terhadap rakyat Malaysia sendiri. Entah dimana silapnya, masih ada lagi puak-puak yang langsung tak peduli sensitiviti terhadap amalan keagamaan sesama rakyat Malaysia. Tidak cukup berakalkah mereka ini?

Kesabaran Orang Islam Kian Pudar - Bhg. 1


Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino


Dari Utusan Malaysia;


ISU agama merupakan antara perkara sensitif yang tidak sepatutnya dipermainkan mana-mana pihak sama ada individu berlainan agama mahupun penganut yang buta ilmu.
Namun, hinaan demi hinaan terhadap agama Islam semakin kerap dan banyak berlaku sama ada dalam kalangan rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik dan terkini oleh orang luar.
Kenyataan celupar Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini menyebabkan isu yang hampir reda itu kembali panas.
Ditambah pula sepasang kekasih berbangsa Cina menghina bulan Ramadan menyebabkan semakin ramai yang mempersoalkan apa yang akan dilakukan pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Walaupun bilangan orang bukan Melayu yang berterusan menghina Islam kecil sahaja, tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga, janganlah berterusan amaran demi amaran tanpa hukuman untuk mengingatkan orang biasa, pemimpin mahupun orang luar kedudukan Islam di negara ini.
Penghinaan beberapa individu ini boleh menyebabkan perbalahan besar antara kaum, masyarakat Islam juga dikhuatiri melihat kerajaan terlalu lemah dalam mempertahankan agama mereka sementara orang luar akan berterusan mempermainkan kedudukan Islam di negara ini.
Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Biro Sosiobudaya dan Warisan, Dunia Melayu Dunia Islam, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar membantah keras campur tangan orang luar dalam hal-hal berkaitan agama Islam, khususnya oleh seorang wakil diplomatik.
“Marino itu duta, patut utamakan hubungan diplomatik, bukannya jaga kepentingan agama dia sahaja. Perlu hormati keadaan di sini, Islam agama rasmi dan telah ditetapkan kalimah Allah tidak dibenarkan untuk orang Kristian.
“Saya setuju dengan beberapa cadangan dikemukakan pihak-pihak yang turut membantah sebelum ini, perlu bertindak tegas sama ada batalkan statusnya ataupun hantar balik sahaja," tegasnya.
Tambah Abdul Latiff, jika dibiarkan perbuatan ‘kurang ajar’ sedemikian, orang lain akan melihatnya sebagai lesen besar untuk bermaharajalela menghina Islam tanpa pedulikan ia sensitif dan menyakiti umat Islam di seluruh negara.
Beliau berharap KDN akan betul-betul bertegas kali ini dan jangan terus bermain amaran dengan pihak-pihak yang mempermainkan kesucian Islam sama ada rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik mahupun warga asing.
“Perkara ini boleh menjejaskan pandangan orang di dalam dan luar negara terhadap usaha mempertahankan Islam iaitu agama Persekutuan yang perlu dilindungi kerajaan.
“Walaupun pelbagai peringkat telah tetapkan kalimah Allah eksklusif, tetapi masih ada mempermain isu ini tanpa mempedulikan bahaya apabila rasa tidak puas hati membuak dalam kalangan umat Islam," katanya.
Menurut Abdul Latiff, negara lain seperti China dan Singapura tidak pernah berkompromi dengan isu sensitif seperti mempermainkan agama tetapi di Malaysia sudah ada yang berani hina Islam, apatah lagi orang itu bukan Islam yang bangkit dengan angkuh dan berani.
Beliau sedih melihatkan terlalu ramai yang mempersenda agama Islam tanpa provokasi kebelakangan ini dan dikhuatiri boleh membawa kepada pergaduhan antara kaum dan agama.
“Ini bukan soal hak asasi, liberalisme dan kebebasan bersuara mereka untuk menghina Islam. Jangan ganggu dan permainkan agama kami kerana ia juga satu kesalahan dari segi undang-undang.
“Penguatkuasaan perlu kuat, jangan biarkan orang lain dengan mudah permainkan agama kita. Kes rogol atlet baru-baru ini dalam satu minggu sudah ditangkap, tetapi bila kes perkecilkan Islam lambat pula didakwa," ujarnya.
Abdul Latiff turut mengingatkan pihak berkuasa khususnya KDN agar bertindak tanpa mengira kedudukan pihak yang menghina Islam itu atau hukuman berbeza-beza memandangkan undang-undang sudah ada untuk menyekatnya.
Tegasnya lagi, penguatkuasaan terhadap pihak yang menghina Islam setakat ini sangat lemah walaupun heboh didebatkan tetapi tindakannya lambat, kerap kali berterusan ‘dalam siasatan’ dan akhirnya tiada yang dibawa ke muka pengadilan.
“Jika terus dibiarkan, makin lama semakin teruk mereka akan hina Islam. Jika rasa undang-undang yang ada lemah, gubal akta baharu tetapi pastikan siapa pun yang tidak patuh dan mempermainkan agama diambil tindakan segera.
“Ini sangat sensitif, jika terus-menerus senyap sahaja, lama kelamaan dikhuatiri kesabaran orang Melayu dan Islam akan meletup seperti gunung berapi," katanya.
Petikan dari Artikel Asal


RMK: Sampai bila rakyat beragama Islam harus bersabar dengan kenyataan dan perbuatan biadap sesetengah individu yang beranggapan agama suci ini suatu jenaka dan boleh dijadikan lawak? Demi menjaga keharmonian dan hubungan antara agama, umat Islam sudah terlalu lama bertoleransi terhadap puak-puak pelampau ini. Awas, jangan sampai cacing naik ke mata!