Sinar Harian |
RAWANG- Majlis Kenduri Mega dan Doa Selamat ajuran satu kumpulan yang dihadiri hampir 3,500 orang malam tadi kecoh apabila diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Serbuan yang diketuai Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Unit Dasar Penyelewengan JAIS, Sharom Maarof bersama 70 penguat kuasa JAIS serta anggota polis itu dilakukan kerana cubaan menghidupkan kembali ajaran al-Arqam berdasarkan sambutan tersebut yang diadakan bagi memperingati Abuya yang dikatakan ghaib.
Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 malam di Bandar Country Homes, di sini, difahamkan seramai lebih 20 orang tetamu termasuk Ahli Majlis Tertinggi PKR, Dr. Badrolamin Baharon ditahan untuk diambil keterangan dan membantu siasatan.
Pada 5 Ogos 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan fatwa mengharamkan al-Arqam.
Petikan daripada Sinar Harian, 2 November 2012
Haii apa hal la dengan manusia sorang ni. Tak habis-habis dengan 'kesesatan' dia tu. Dulu kena tangkap khalwat dengan bini orang.
Lepas tu dia pernah pulak gelar Anwar Ibrahim tu 'Imam Mahadi' [baca entri menarik ni].
Terkini, dia ditahan dalam majlis memperingati Abuya pengasas al-Arqam yang haram tu. Dah terbukti pemimpin Pakatan Haram banyak yang sesat. Jadi buat apa sokong mereka ni lagi? Bayangkan apa yang mereka mampu lakukan sekiranya berjaya mentadbir negara ni. Fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment