Showing posts with label nasional. Show all posts
Showing posts with label nasional. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Pertikai TITAS Bukti DAP Bersifat Cauvinis


Baru saja saya membahaskan kepentingan subjek teras universiti seperti, Kenegaraan Malaysia seperti yang dititahkan oleh Pemangku Raja Perak, tiba-tiba satu lagi subjek teras universiti yang lain, Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) dipertikaikan oleh Ahli Parlimen DAP pada 11 Julai 2013 yang lalu. 

Subjek ini bukan saja mengajar tamadun Islam seperti yang didakwa, tetapi juga tamadun China dan India. Kenapa tamadun Islam saja yang dipersoalkan? 

Islam adalah agama Persekutuan dan agama majoriti penganutnya. Apakah salah bukan Islam mempelajarinya untuk kepentingan masa hadapan. Bukan Melayu sepatutnya lebih memahami agama Islam anutan majoriti orang Melayu Islam sebelum memahami bangsa lain. Itu adalah lebih baik untuk integrasi nasional.

Beliau begitu berani menggesa Kementerian Pelajaran supaya menarik balik subjek ini sebagai subjek wajib kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) kerana menurutnya tidak memberi manfaat kepada pelajar. Apakah beliau sudah melihat silibus ini sepenuhnya?
Tamadun Islam wajar dipelajari oleh orang bukan melayu juga untuk integrasi nasional

Ternyata beliau amat jahil dalam memahami subjek ini. Selaku Ahli Parlimen dan juga seorang doktor perubatan, beliau sepatutnya menyelidik terlebih dulu. Bukan membuat tuduhan semberono. Lagipun DAP selalu mendakwa mereka parti semua kaum dan ternyata parti ini amat cauvinis. 

Selaku ketua program subjek teras universiti, TITAS bukanlah subjek tamadun Islam sepenuhnya, tetapi sudah diadunkan tamadun dunia, terutama tamadun China dan India. Mengajar tamadun Islam tidak boleh, tetapi mengajar tamadun China dan tamadun India tidak mengapa?

Saya masih ingat dulu apabila jam 8 malam semua televisyen akan menyiarkan berita dalam bahasa Melayu. Malangnya, kita bagi peluang kepada mereka membaca berita dalam bahasa ibunda pada waktu perdana itu. Apabila kita mahu ubah, maka mengamuklah golongan ultra kiasu ini. Apabila hak mereka terancam, mereka melalak. Kita menjadi kelam kabut dan terus tunduk. Akhirnya, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka tidak berhak dapat dan hak kita pula semakin terhakis dan tidak mustahil hilang. 

Orang Melayu tak pernah bising

Orang Melayu tidak pernah bising pun tamadun China dan tamadun India yang wajib diajarkan. Pelajar Melayu terima seadanya bagi menambah ilmu dan kepentingan memahami bangsa lain. Inilah sifat Melayu yang amat saya puji. 

Peliknya bangsa lain tidak mahu cuba belajar tamadun bangsa lain, terutama tamadun Islam yang menjadi teras agama orang Melayu. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi bagi mereka yang sudah berjaya mengaut segala keuntungan di bumi bertuah ini? Kita tidak berjaya melahirkan bangsa Malaysia yang bersyukur, sebalik mempunyai cita-cita jahat yang terselindung.

Jika benar pun subjek tamadun Islam diajar, apa salahnya? Islam adalah agama Persekutuan dan agama majoriti penganutnya. Apakah salah bukan Islam mempelajarinya untuk kepentingan masa hadapan. Bukan Melayu sepatutnya lebih memahami agama Islam anutan majoriti orang Melayu Islam sebelum memahami bangsa lain. Itu adalah lebih baik untuk integrasi nasional. Kecualilah jika Ahli Parlimen itu bercadang untuk berhijrah ke negara lain. Kenapa kita begitu beriya-iya belajar tamadun Barat, tetapi bukan tamadun Islam (Melayu)?. Nampak sangat beliau memandang hina kepada orang Melayu.

Banyak universiti kaji tamadun Islam

Beliau berkata, universiti terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada pelajarnya. Bagaimana ia dapat membantu seseorang yang sedang belajar untuk menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia diperlukan di Malaysia? Persoalannya, kenapa perlu dibandingkan dengan universiti lain? Di manakah kita tinggal?

Banyak universiti di dunia yang menawarkan subjek teologi dan perbandingan agama. Tamadun Islam dikaji begitu mendalam. Jadi hujah beliau amat dangkal, selain mahu menyakitkan hati umat Islam yang semakin terluka. 

Untuk makluman, kursus ini adalah satu kursus yang memperkatakan mengenai ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan; interaksi antara pelbagai tamadun (Mesopotamia, Mesir, China, India, Islam, Barat); Tamadun Islam, Tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia; Islam dalam Tamadun Melayu; Tamadun China; Tamadun India; isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia; Globalisasi dan Islam dalam proses pembangunan negara.

Seperti subjek kenegaraan, tujuan untuk memberikan pemahaman komprehensif mengenai sejarah, nilai dan aspek utama. Pertama, membina satu generasi Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu ketamadunan dan peradaban dan kedua; memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dengan mengamalkan kehidupan yang bertoleransi dan bertamadun.

Selepas mengikuti kursus ini kita harapkan pelajar akan dapat memahami dan menjelaskan aspek utama tamadun, tamadun Islam dan tamadun Asia serta berpengetahuan dan peka mengenai isu ketamadunan. Seterusnya memahami dan mengaplikasi pengetahuan mengenai ciri-ciri tamadun dalam kehidupan bermasyarakat. 
Islam adalah agama Persekutuan dan agama majoriti penganutnya. Apakah salah bukan Islam mempelajarinya untuk kepentingan masa hadapan. Bukan Melayu sepatutnya lebih memahami agama Islam anutan majoriti orang Melayu Islam sebelum memahami bangsa lain. Itu adalah lebih baik untuk integrasi nasional.

dipetik dari Bharian


RMK : Baru-baru ni terbaca, kat United Kingdom boleh nak masukkan subjek tamadun islam dalam kurikulum sekolah mereka. [ UK new curriculum revised to include Islam history

tu kat negara yg agama rasmi bukan agama Islam boleh, nape kat Malaysia yg agama rasminya Islam sendiri tak boleh plak?