Tuesday 26 March 2013

Gempar #LahadDatu!: RAJA PETRA KAMARUDIN DEDAH PERJANJIAN ANWAR DENGAN MISUARI



Raja Petra Kamarudin atau RPK merupakan insan yang menggerakkan Free Anwar Campaign (FAC) untuk membebaskan Anwar dalam penjara.

RPK juga merupakan orang yang terpenting sebagai pakar propaganda Anwar yang membantu pembangkang menafikan 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU 2008. Daripada RPK juga cerita mengenai skandal kapal selam, Altantuya dan juga Khairy Chronicles yang mencipta persepsi bahawa Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang teruk di bawah kepimpinan Tun Abdullah. Pendek kata, apa yang ditulis oleh RPK ketika itu merupakan perancangan daripada Anwar Ibrahim dan sebahagian dari perancangan besar Anwar ada di tangan RPK. Ianya didedahkan sendiri oleh RPK dalam temubualnya.

 

Apa yang menariknya, dalam kes Lahad Datu, RPK mula membongkar satu demi satu rahsia Anwar dan kaitannya dengan Nur Misuari. Yang terbaru, RPK mendedahkan penerbangan yang digunakan oleh Anwar untuk berjumpa dengan Nur Misuari iaitu MH704 ke Manila.
On 16th July 2012, Opposition Leader Anwar Ibrahim flew to Jakarta to meet Nur Misuari -- who is very close to Anwar since the days when Anwar was in the government -- and the military commanders of the MNLF. The meeting was held in the Crowne Plaza Jakarta hotel and was arranged by an Indonesian Member of Parliament -- another close friend of Anwar -- at the behest of Anwar.
A second meeting was held in Manila on 4th August 2012 to finalise and seal the agreement. Anwar flew to Manila on flight MH 704 and if you were to check these flight details you can confirm that Anwar did make this trip, as he did the trip to Jakarta just two weeks or so earlier.

In that meeting, Anwar told Misuari that he needs the latter’s help to win the coming general election. Pakatan Rakyat was confident of winning at least 82-85 of the 165 seats in West Malaysia. It was the 57 seats in Sabah, Sarawak and Labuan that he was not confident of winning.


MyMassa kongsikan juga pendedahan dari blogger Sabah, Apa Yang Tersirat, bagaimana rancangan dengan Nur Misuari boleh gagal.
Tujuan Anwar

Mahu menang PRU-13. Di Semenanjung Anwar yakin boleh menang antara 82-85 daripada 165 kerus; namun bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai 57 kerusi Anwar perlu sekurang-kurangnya 30, untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Menurut Anwar, pertambahan kerusi PR akan berlaku selepas itu, melalui melompatnya para MP Bn.

Disebabkan Anwar sukar mendapat kerusi yang diinginkan, maka bantuan Nur Misuari diperlukan untuk mempengarui pengundi asal Filipina yang telah menjadi warganegara dan boleh mengundi. 

Keuntungan Bagi Nur Misuari

Disebabkan Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi dan pertambahan bayaran royalti minyak sebanyak 15% daripada 5%, maka kedua negeri itu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM4bilion setahun hanya daripada minyak; ertinya peluang pekerjaan akan banyak.

Rakyat Filipina yang menyokong Nur Misuari akan diberikan kerakyatan, atau sekurang-kurangnya penduduk tetap, sehingga memudahkan mereka berkerja.

Bagimana Perjanjian Ini Dimuktamadkan?

Anwar berlepas ke Jakarta pada 16 Julai dan pada 17 Julai 2012 berjumpa dengan Nur Misuari di Hotel Crown Plaza atas aturcara seorang ahli Permasyuarat Rakyat Indonesia (MPR) kawan rapat Anwar.

Kemudian Anwar berlepas ke Manila pada 4 ogos 2012 dengan menaiki pesawat MAS MH704 untuk memuktamdkan perjanjian.

Laporan Yang Menyokong Perjanjian ini

Penasihat Kiram Saycon mengakui bahawa sebenarnya rancangan menduduki Sabah bermula sejak ogos 2012, namun dilambatkan dan disesuaikan dengan pembubaran Parlimen Malaysia.

Menurut risikan Anwar, Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 28 Februari, dan PRU-13 akan berlangsung dua minggu kemudian, iaitu antara 23-24 Mac sempena cuti sekolah.

Atas sebab itu perancangan rapi bermula sejak Januari sehinggalah ke minggu pertama bulan Februari. Para pengikut Nur Misuari yang menggunakan Nama Jamalul Kiram III menyusup ke Sabah secara berperingkat, dan menjadikan Semporna sebagai Markas utama mereka.

Para pengikut Nur Misuari/ Jamalul kiram III menyusuan perancangan termasuk membeli sembilan buah rumah di Kg Sri Jaya Simunul, dan turut membina pondok di Kg Tanduo, Tanjing Labian dan Tanjung Batu.




RMK: Pemegang rahsia besar Anwar RPK pun dah dedahkan kaitan pertemuan Anwar dan Misuari. Kita tunggu apa lagi Anwar nak spin lepas ni.

Monday 25 March 2013

[VIDEO] SELAMAT HARI POLIS KE-206! TRIBUTE TO THE NATION'S HEROES.



Video penghormatan kepada wira-wira kita di Lahad Datu:




PAS Guna "Ops Daulat" Untuk Kutip Dana Parti PAS!


Pendedahan oleh blogger BESORsebelah:

Sudah la PAS!!! Pasal derma ‘Wira Lahad Datu’ memang PAS nak kebas!!
Ramai rakyat Malaysia yang prihatin nak menderma sebenarnya dah tertipu dengan taktik jijik PAS yang menerusi kutipan derma untuk Wira Lahad Datu.
      
   Kat sini teman nak ngabor, yang teman dah jumpa beberapa fakta penting mengenai kutipan derma yang dibuat oleh PAS yang bertujuan sebagai derma untuk ‘Wira Lahad Datu’. Teman ambik contoh lain 2 Tabung Derma tu:
      
      Yang Pertama :  
     Tabung Wira Lahad Datu Media Prima, akaun Maybank 5142 7133 9000. Teman rase, TV3 antara yang paling awal promo tabung derma macam ni.

Yang Kedua :
Tabung Kebajikan PDRM, akaun Maybank 5641 0000 4646.
PDRM memang sudah sekian lama guna nombor akaun ni demi untuk kebajikan semua anggota dan warga PDRM. Dah nama pun ‘Tabung Kebajikan’ memang untuk kebajikan lah, derma kilat ke, atau lain-lain yang segera demi kebajikan warga PDRM.

Ini dia, Tabung Derma PAS :
Dinamakan "Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu" , 
akaun Maybank 5640 2540 0414. 

Tabung yang Pas buat ni mula-mula di Harakahdaily cakap pada 1 Mac 2013, ‘akan dilancarkan’.. Waahh...prihatin sungguh nampaknya PAS dalam hal 'kutip derma untuk membantu', cepat bertindak. Sepantas kilauan kilat di langit!!!

Link : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17124-pemuda-pas-lancar-tabung-perajurit-tragedi-lahad-datu

Ok lah, selang beberapa hari, Mr. Eddy Awang pun lancarkan pada 7 Mac 2013.
Dah bukak tabung, mohon pulak RM1 bagi setiap ahli PAS. Kome kali lah sendiri kalau PAS betul-betul dapat kutip RM1 setiap ahli..'Kalau dapat' jer..

Link : http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1050
     
      Apa yang teman jumpa bila menyemak kesemua akaun tersebut menggunakan transaksi online maybank2u.com , amatlah memeranjatkan apabila mendapati Tabung Derma yang PAS buat tu adalah sebenarnya di daftarkan sebagai ‘Parti Islam Semalaysia’. Bukannya macam yang Media Prima Berhad dengan PDRM punya (Tabung yang asli)!!
.

      Lebih memeranjatkan, nombor akaun yang di jaja PAS sebagai Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu, akaun Maybank 5640 2540 0414 ini telah lama digunapakai untuk kutip pelbagai derma. Macai PAS yang buat nak kutip derma adalah Dewan Pemuda PAS Malaysia. Abistu, tabung yang dilancarkan oleh Presiden PAS sendiri tu apekedia nyer???

      Bukti pertama:
 Link : http://www.pemuda.pas.org.my/index.php/component/content/article?id=692
           
       Bukti kedua :
Link : http://pemuda.pas.org.my/index.php/berita-semasa/696-misi-kebajikan-gotong-royong-amal-ke-hulu-langat
      
    Persoalannya: Apakah hukum mintak derma, nak bagi pada orang yang memerlukan tetapi tukang kutip ambik dan salurkan kepada pihak lain?? Sah-sah la tukang kutip tu menipu, tak amanah dan makan rezeki HARAM!! macam ni lah perangai pucuk pimpinan PAS!!!

     Entah ke mane sebenarnya duit-duit yang didermakan oleh penyokong PAS untuk Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu ??  (Buat dana repair treller PAS ke?)

      PAS mempergunakan ‘isu Lahad Datu’ sebagai cara untuk menambahkan jumlah kutipan dana dalam akaun PAS, bukannya untuk disalurkan kepada Perwira Negara yang terkorban serta keluarga mangsa!! 

        PARTI PAS MEMANG PARTI PENIPU RAKYAT!!

RANCANG BUNUH TUN M: CN AFGHANI INGIN JUMPA DAN MOHON MAAF, APA RESPON TUN?


BEKAS ahli Pas yang juga pengarang buku Kafirkah Aku?, CN Afghani berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID

Rancang bunuh: CN Afghani mahu bertemu, mohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir


PASIR PUTEH 25 Mac - Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu. Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - UTUSAN


Dan apa pula respon negarawan kita Tun Mahathir terhadap perkara ini?


Saya maafkan sesiapa sahaja - Tun M


KUALA LUMPUR 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau memaafkan sesiapa sahaja termasuk bekas ahli Pas seumur hidup yang pernah merancang membunuhnya pada 1988.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengetahui rancangan sedemikian ketika menjadi perdana menteri.

"Saya berjalan sana sini tapi baru sekarang saya tahu ada orang nak bunuh saya.

"Tapi saya tak rasa apa-apalah pada mereka yang merancang itu. Saya sentiasa memaafkan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat C.N Al-Afghani yang mahu berjumpa dan meminta maaf kepadanya kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988 kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. - UTUSAN


Betapa taksub dan sesatnya PAS di bawah Hadi Awang sehingga merancang untuk membunuh pemimpin yang kononnya 'kafir'. Siapa mereka untuk mengkategorikan siapa kafir, siapa yang bukan? Bukankah kita semua sesama Islam? Mujur ada yang telah sedar dan meninggalkan parti. Jangan biarkan parti sesat memimpin negara ini. Apa pun Tun M memang steady!

Update #LahadDatu: Selepas Kiram, Seorang Lagi Makhluk Asing Mengaku sebagai Sultan


Nampaknya penyakit mengaku jadi Sultan ni makin merebak.


Yang terbaru, seorang pendatang asing yang bernama Badrulamin pula mengaku jadi SULTAN BUGIS (nak lawan Kiram yang mengaku Sultan Sulu).




MyMassa pernah dedahkan bagaimana Badrol Amin ni jadi warganegara di sini :



Nama : Badrulamin bin Bahron
No. Kad Pengenalan : 611204-71-5327






Tempat Lahir : Indonesia 
No. Sijil Warganegara : 570294

Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.


Setelah mendapat status warganegara, Wak Badrul yang mendapat pendidikan di Malaysia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dan kemudiannya dilantik menjadi pensyarah di UIA.


Lulusan BA Azhar, Mesir. LLM Kent, UK. Ph.D Birmingham, UK. Pensyarah Undang-Undang (Asst. Professor) UIA (1984 - 1999)


Mungkin ada yang ingin menafikan maklumat yang kami paparkan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Badrulamin sama seperti kes Azmin, Wan Azizah dan Zuraidah. Bagaimana pula dengan ini?






Nama : Bahron bin Haji Mohammad Tahir (bapa Badrulamin)
Kad Pengenalan : 330814-71-5139
Tempat Lahir : Indonesia
Tarikh Menjadi Warganegara : 13 Ogos 1973



Lebih parah bila pendatang asing ni memanggil anggota keselamatan kita sebagai ANJING. Kepala bapak ko la!




MyMassa harap selain daripada kita buang Kiram dari bumi Malaysia, keturunan Badrul Amin ni pun patut kita buang. Udahlah asyik kahwin cerai, kahwin cerai dan pukul isteri!




MyMassa harap rakan blogger tolong sebarkan perangai jahanam Badrulamin yang hina pasukan keselamatan kita. Semoga polis ambil tindakan kat mamat Indon yang mengaku jadi Sultan Bugis ni.


Kredit: MyMassa


RMK: Beginilah tahap intelek dan keperibadian pemimpin pembangkang. Anda nilaikan sendiri.