Showing posts with label haram. Show all posts
Showing posts with label haram. Show all posts

Friday, 7 September 2012

Banjir di Serdang Bukti Kerajaan Pakatan Haram Selangor GAGAL!!


Pada 6 September 2012 (Selasa) rakyat Selangor telah digemparkan dengan sebuah kejadian banjir kilat yang besar melibatkan kawasan sekitar Kajang, Serdang dan Seri Kembangan. Menurut penduduk tempatan, ini bukan kali pertama kawasan-kawasan ini dilanda banjir kilat. Namun, kejadian 6 September 2012 merupakan yang paling teruk kerana air naik dengan begitu cepat dan mencecah kedalaman 1 meter. Para pelajar dan guru di dua buah sekolah di Taman Seri Serdang pula terperangkap dalam sekolah disebabkan kenaikan air dan terpaksa menunggu bantuan pasukan keselamatan.

Kasihan, kanak-kanak menjadi mangsa

Jika dilihat kembali, sejak Pakatan Haram memerintah Selangor pada 2008 sehingga kini, terlalu banyak kes banjir telah berlaku. Pada tahun ini sahaja, kes yang besar termasuklah di Hulu Langat dan Ampang (8 Mac 2012), Sepang (April 2012), Klang (30 Mac 2012), Batang Kali, Hulu Selangor (7 Mei 2012) dan yang terbaru pada 6 September 2012 seperti yang dinyatakan tadi. Semua melibatkan mangsa yang begitu ramai.


Gagal senggara longkang, kutip sampah punca banjir - Pian Hon

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diingatkan supaya tidak menuding jari kepada pihak lain berhubung kejadian banjir kilat terburuk yang melanda Serdang dan Kajang kelmarin.

Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, sebaliknya kerajaan negeri perlu mengakui kesilapan sendiri kerana gagal menguruskan sistem saliran dan pengutipan sampah di kawasan terbabit yang sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya bencana itu.

Menurutnya, kawasan itu tidak pernah mengalami banjir ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tetapi berlaku ketika pentadbiran sekarang yang baru empat tahun memerintah.

"Sebelum ini, kerajaan BN telah berusaha mengatasi masalah banjir kilat terutama melibatkan kawasan Seri Kembangan melalui peruntukan sebanyak RM14 juta yang disalurkan kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja menaik taraf Sungai Kuyoh.
[Sumber]


Menurut penduduk tempatan lagi, punca kejadian banjir di Serdang ni adalah masalah sampah yang tidak dikutip.

Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor sepatutnya bertanggungjawab terhadap bencana ini kerana ianya berpunca daripada kegagalan syarikat kroni miliknya menguruskan sampah yang begitu membimbangkan di Selangor.

Kalau dah sampah pun dikutip seminggu sekali, tidak mustahil jika ia akan menyumbatkan longkang-longkang yang ada di sekitar pekan Serdang dan mendatangkan mudarat kepada penduduk sekitar.

Khalid Ibrahim harus bertanggungjawab!!

[Sumber]


*Kerajaan Pakatan Haram gelojoh sangat nak kumpul kekayaan. Kebajikan rakyat tak dijaga. Haram jadah!!

Thursday, 19 July 2012

Beli Aset Melebihi Harga Pasaran Semasa – Rakyat Selangor Mahu Penjelasan



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini menyelar sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mahu menjelaskan isu pembelian aset Talam Corporation yang didakwa dibeli dengan harga yang melebihi harga pasaran semasa.
Menurut beliau, biarpun isu ini sudah dua kali diutarakan oleh BN Selangor, namun tiada sebarang penjelasan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperjelaskan perkara ini.
“Rakyat Selangor mahu tahu, mengapa kerajaan Selangor membuat transaksi pembelian yang berlebihan dari harga pasaran. Sebagai contoh, tanah UNISEL yang berkeluasan 400 hektar, dibeli oleh kerajaan negeri Selangor dengan jumlah RM 181 juta, sedangkan penilaian yang telah dibuat harga semasanya hanyalah berjumlah RM 139 juta sahaja.
“Jadi lebihan belian yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor adalah berjumlah RM42 juta. Persoalannya, ke manakah pergi 42 juta lebihan itu? Ini yang rakyat Selangor mahu tahu. Mengapa tanah tersebut dibeli lebih dari harga pasaran dan ke mana duit itu pergi?,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Begitu juga dengan satu transaksi pembelian tanah di Danau Putra. Jelas beliau, tanah tersebut mempunyai empat plot dan tiga plot telah dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga sebanyak RM15 sekaki, manakala satu plot lagi telah dilelong oleh kerajaan.
“Harga plot tanah itu telah dilelong oleh bank itu hanya sebanyak RM5 sekaki mengikut harga pasaran semasa. Ini bermakna, ada lebihan pembelian sebanyak RM10 sekaki bagi tiga plot tanah yang telah dibeli oleh kerajaan Selangor. Dan inilah yang rakyat Selangor mahu tahu, mengapa tanah-tanah tersebut dibeli oleh kerajaan, yang menggunakan wang rakyat dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran semasa?,” ujarnya lagi.
Selain itu juga tambah beliau, UNISEL kini terhutang beratus juta berdasarkan laporan audit lengkap yang telah dilakukan terhadap institusi pengajian tersebut.
“Ini tidak pernah berlaku semasa Selangor dibawah pentadbiran BN. Di sini jelas, ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menyebabkan UNISEL terpaksa menanggung hutang beratus juta. Ini juga merupakan salah satu isu yang sepatutnya diberi penjelasan oleh kerajaan kepada rakyat di negeri ini.
“Bahkan, Yayasan Selangor yang dulunya mempunyai skim pinjaman kepada anak-anak Selangor yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran, kini sudah menghentikan skim pinjaman tersebut sejak Selangor berada di bawah penguasaan Pakatan Pembangkang.
“Jelas rakyat Selangor kehilangan banyak kemudahan selepas Pakatan Pembangkang memerintah. Perkara ini tidak patut berlaku dan ia tidak akan berlaku sekiranya Selangor masih di bawah pentadbiran BN,” akhiri beliau. -MediaUMNO
.........................................................................................................................................................................