Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Monday 16 November 2015

Azmin Ali, Sila Buat Sesuatu Tentang Banjir di Puncak Alam @azminali #UiTM



Bagaimanakah kawasan dalam negeri terkaya di Malaysia boleh terkena banjir sehingga ada pemindahan penduduk dari rumah mereka? Menteri Besar Selangor, Azmin Ali asyik cerita pasal pencapaian beliau di Selangor, adakah banjir pun dikira sebagai pencapaian beliau juga? Jangan sampai rakyat fed up dengan beliau kerana sekarang nampak jelas lagi nyata Azmin sangat melebihkan rakyat Cina yang sokong DAP dari rakyat Melayu dan kita semua tahu di kawasan Puncak Alam dan Shah Alam adalah kawasan majoriti Melayu. 

KIDEX dan DASH yang amat-amat diperlukan oleh rakyat di Puchong dan Shah Alam juga diabaikan oleh Azmin hanya kerana kononnya lebuhraya ini akan menganggu penduduk Cina di Damansara. Dah nak dekat dua tahun perintah Selangor, apa yang rakyat dapat? Banjir, bil air naik dan jalan berlubang ke?

Gambar banjir Puncak Alam di bawah:











Sunday 29 December 2013

YB Kuantan buat lawatan ke pusat pemindahan banjir di Guangzhou??

Jabatan Meteorologi Pahang pada Selasa yg lepas memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Disember.Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Dis hingga 6 Jan tahun depan terutama di tiga daerah - Kuantan, Pekan dan Rompin.

Agensi-agensi kerajaan dan penyelamat bertungkus lumus membuat persediaan menghadapi gelombang kedua ini, sehinggakan ada teman2 yg bekerja dlm agensi-agensi penyelamat yg kata cuti pun dibekukan sehingga taman musim monsun ini.

TAPI...kita tgk ape yg sedang dilakukan oleh YB yg masa banjir gelombang pertama haritu berkokok-kokok hentam agensi-agensi kerajaan dan penyelamat..



Kawasan parlimen YB ni menjangkau sampai ke Guangzhou agaknye.. ataupun YB gi lawat pusat pemindahan kat sana nk check sama ada selimut dgn makanan cukup ke x? UNTUNG LA~ YB ni..org bersusah payah buat persiapan menghadapi banjir die dpt gi melencong ke Guangzhou.. ntah2 dapat sponsor dari tokeh-tokeh balak dari kuantan x? bukannye murah nak melancong ke luar negara time-time cuti Christmas dgn nk New Year ni.. tapi nk sponsor makanan dgn air mineral untuk mangsa-mangsa banjir kat pusat pemindahan tak boleh pulak?

Bile Najib dgn Rosmah gi Middle East aritu dapat gak duit bantuan banjir USD 10 juta sumbangan kerajaan UAE, tu pon kene hentam dgn YB ni, kali ni kite tgk YB dapat bwk balik ape pulak dari Guangzhou.. mesti tak kurang USD 10 juta pnye kan...YB kan hebat...

Friday 6 December 2013

PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN KUANTAN TAK BERFUNGSI, SIKAP EGO SOMBONG FUZIAH MAKAN DIRI


Lihatlah Portal Rasmi Pusat Kidmat Parlimen Kuantan Mati Sejak 9 November 2010
Semalam Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh cuba menjadi heroin di Parlimen dengan membawa usul tergempar supaya bandar Kuantan diisytihar Darurat. 

Alasan yang diberikan Fuziah ialah kerajaan pusat lambat bertindak bagi membantu mangsa banjir di Kuantan. Menurutnya, keadaan di Kuantan sangat kritikal dan memerlukan bantuan segera. 

Fuziah turut menyalahkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, JPAM, Bomba, Jabatan Saliran & Pengaliran, Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan sebagainya kononnya dia tidak nampak mereka datang memberi bantuan. Fuziah panik ketika dia bersikap ego dan sombong bodoh.
Lihatlah Blog Rasmi Ahli Parlimen Kuantan, Last Update Pada April 2013
Fakta pertama lihatlah portal Pusat Khidmat Parlimen Kuantan dan blog rasmi di atas. Pusat itu sudah tidak pernah beroperasi sejak kali terakhir pada 9 November 2010 manakala kali terakhir blog dikemaskini pada April, 2013.

Tinjauan kami di beberapa kawasan mendapati Ahli Parlimen Kuantan tidak mempunyai Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat, malah tidak nampak satu 'team' daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Lihatlah di mana-mana kawasan di Kuantan, tidak ada satu pun Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan yang beroperasi. Kini, barulah orang Kuantan sedar rupa-rupanya satu Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuantan pun tak berfungsi. 

Barulah kami tahu rupa-rupanya Fuziah tiada menyediakan apa-apapun kemudahan kepada mangsa banjir di Kuantan. Dia hanya tahu bantai agensi-agensi kerajaan tetapi di mana kamu sebagai Wakil Rakyat? Ketika kamu menyerang agensi-agensi kerajaan mereka ada di setiap pelusuk daerah Kuantan, tetapi kamu Fuziah macam biskut sekejap ada sekejap hilang, sekejap di Kuantan sekejap di Kuala Lumpur. Kamu bukan menteri pun, kamu bukan kekasih gelap Anwar pun, kamu hanya Wakil Rakyat yang sepatutnya duduk berkampung bersama-sama kami di Kuantan!

Tinjauan kami juga mendapati ketika hari pertama banjir melanda Kuantan, Fuziah hanya hadir satu hari sahaja di kawasan Kuantan walaupun beberapa kawasan seperti di SMK Tanah Putih, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan banyak lagi kawasan sekolah ditenggelami air banjir. Selepas membebel dan complain sana complain sini, dia terus menghilangkan diri.

Tatkala pasukan penyelamat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Keselamatan Negara, JPAM, RELA, Pasukan Bomba & Penyelamat, Tentera, Polis dan lain-lain agensi kerajaan Persekutuan & Negeri berkampung siang dan malam, mengharungi air banjir dengan bot, mengangkat makanan ke pusat-pusat penempatan banjir, Fuziah pula sibuk menjadikan dirinya heroin di Parlimen dengan memperlekehkan kerja-kerja agensi kerajaan.

Perdana Menteri DS Najib segera terbang ke Kuantan meninggalkan Perhimpunan UMNO untuk bersama-sama mangsa banjir, manakala apabila YB Bung Mokhtar mencadangkan Fuziah baliklah segera ke Kuantan untuk berjumpa mangsa-mangsa banjir tetapi dijawabnya dengan seribu satu alasan, ego dan bodoh sombongnya.
Kakitangan Kerajaan Berhempas Pulas & Fuziah Memperlekehkan Mereka Di Parimen
Fuziah nampaknya bukan seorang  Wakil Rakyat yang bagus kerana dia tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi dengan agensi-agensi keselamatan negara kita. Sebagai Ahli Parlimen, tidak kiralah Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, bukanlah menjadi isu jika melibatkan kepentingan awam. Di sinilah letaknya keegoan, kesombongan dan kebodohan Fuziah.

Lihatlah di negeri Kelantan, bertahun-tahun diperintah kerajaan PAS tetapi agensi-agensi kerajaan persekutuan tidak pernah menghadapi masalah untuk duduk bersama dalam Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri dan daerah untuk menyalurkan bantuan. Pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan BN dan pegawai-pegawai kerajaan negeri PAS di Kelantan saling bekerjasama setiap tahun. Koordinasi agensi keselamatan dan kebajikan peringkat persekutuan dan negeri dengan wakil-wakil rakyat di sana berjalan dengan lancar.
Agensi Kerajaan Siang Malam Tidak Tidur Membantu Mangsa Banjir & Fuziah Memperlekehkan Mereka
Persoalannya, apakah Fuziah tidak tahu hendak bercakap dengan siapa dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri? Bukankah dia Ahli Parlimen yang mempunyai hak dan kuasa untuk bermesyuarat bersama-sama dengan Jawatankuasa bencana di peringkat daerah Kuantan? Atau adakah dia pernah hadir dalam mesyuarat itu? Adakah dia pernah berjumpa dengan pegawai kebajikan atau pegawai kerajaan yang menjaga bencana di daerah Kuantan? Semua ini membuktikan Fuziah menghadapi masalah komunikasi di Kuantan. Fuziah tidak tahu kepada siapa hendak meminta bantuan, tidak tahu kerana kesombongan dan kebodohan diri sendiri.

Dia mahu menjadi heroin-lone ranger walhal sikap ego sombong itu konon dia mampu mengatasi isu banjir di Kuantan sendiri telah memakan dirinya sendiri. Fuziah ego kepada Allah SWT, Fuziah ego kepada rakyat di Kuantan, dia berbangga kononnya sebagai Wakil Rakyat dia tahu semua, dia mampu mengatasi semua masalah. Apabila dia gagal menyelesaikan semua masalah itu, dia melemparkan kegagalan itu kepada orang lain. Dia mahu lari dari kegagalan dirinya dan kegagalan partinya mengatasi masalah rakyat Kuantan.

Pengajarannya ialah, Allah SWT telah menurunkan ujian kepada rakyat di Kuantan dan tergambar jelas Fuziah yang mengaku maha tahu semua, maha boleh semua terkapai-kapai di Kuantan menyalahkan orang sana orang sini, walhal kegagalannya itu adalah kerana keegoan, kebodohan dan kesombongannya. 

Dia menganggap dan menjadikan kakitangan kerajaan yang bertungkus-lumus siang malam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sebagai musuhnya. Dia kemalu-maluan untuk bercakap dan meminta bantuan kerana dia sombong lagi bodoh. Akhirnya, yang menjadi mangsa ialah rakyat Kuantan.

Bersambung...

Pengundi Menyesal.
Sg. Isap, Kuantan.

*Aduan Rakyat Kuantan di atas disambung esok. Kami mengalu-alukan emel yang lain jika ada. TK.

Sumber: MyMassa

Friday 15 November 2013

Banjir di Klang 15 Nov 2013: Syabas Agensi Kerajaan!








Pagi tadi berlaku kejadian banjir di beberapa kawasan di daerah Klang seperti Padang Jawa, Bukit Naga, Kg Sri Gambut, Kg Batu 8 Bukit Kemuning, Taman Sri Muda, Taman Rashna dan Pelabuhan Klang. Tambah memburukkan keadaan, fenomena air pasang memburukkan lagi keadaan. Namun RMK bersyukur kejadian ini tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Pusat pemindahan dibuka di Dewan MBSA Padang Jawa menempatkan mangsa-mangsa yang terlibat.

Syabas agensi-agensi kerajaan terutamanya Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah, Pejabat Kesihatan dan agensi-agensi lain yang bertindak pantas mengurangkan beban rakyat yang terlibat dengan kejadian banjir ini.

Tindakbalas pantas seperti inilah yang kita mahu!

Tuesday 19 February 2013

Banjir di IOI Puchong, Bukti MB dan Ahli Parlimen Tidur


Kenyataan Media GAPS

Banjir IOI Puchong bukti kelemahan pentabiran Khalid Ibrahim

Banjir yang melanda IOI puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu.

Semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselengara dengan baik oleh pentadbiran DAP, PKR dan PAS.

Walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi nya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan. Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik PKR, DAP dan PAS sahaja.

Air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh MB, adalah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti.

Yang benar

Hamidzun Khairuddin
Presiden
GAPS

18 Feb 2013
Shah Alam



RMK: Sejak Pakatan Rakyat memerintah, banyak kali Selangor dilanda banjir. Kenapa agaknya ya? Fikir-fikirkan.

MB Selangor Terlalu Pemurah!

Terima kasih kerajaan Selangor bagi air percuma kepada rakyat! Sampai macam kolam di Puchong. Kami rakyat Selangor sangat terhutang budi.

Thursday 7 February 2013

[GAMBAR] LAGI KECOH DI GOMBAK!


Awal Disember 2012 lepas heboh mengenai cerita kononnya 'samseng' BN sengaja buat kacau di ceramah Merdeka Rakyat Pakatan Haram di Gombak [rujuk sini].

Di sini dilaporkan sekali lagi satu keramaian berlaku di Gombak semalam, kali ini di Batu Caves. Tak habis-habis nak berkumpul sana sini. So, apa pula cerita di sebalik gambar-gambar ini? 








Sebenarnya, semalam (6 Februari 2013) kerajaan naungan Perdana Menteri kita melalui UMNO Bahagian Gombak telah mengadakan satu majlis penyampaian bantuan ihsan kepada warga Gombak yang telah terjejas akibat banjir kilat pada 27 November 2012. Majlis telah diadakan di Plaza UMNO Gombak di Jalan Batu Caves dan penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian, Tuan Hj. Abdul Rahim Kamarudin. Kira-kira 400 mangsa banjir telah menerima bantuan berbentuk sumbangan wang ini.





Penyampaian bantuan ihsan oleh Tuan Hj Abdul Rahim Kamarudin diiringi pemimpin BN lain



Inilah kerajaan PM yang dituduh kejam, zalim dan pelbagai lagi gelaran yang keji oleh puak-puak Pakatan Haram. Hakikat yang pembangkang masih tidak mahu dan tidak akan akui adalah PM kita merupakan seorang pemimpin yang adil dan sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat. Bantuan banjir dihulurkan kepada mangsa tanpa mengenal bangsa, agama mahupun kecenderungan politik.



Wajah-wajah gembira penerima bantuan banjir. Sekurang-kurangnya bantuan tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung mangsa. Semoga kerajaan Persekutuan sekarang ini kekalkan prestasi yang baik demi menjamin kebajikan rakyat. Thank you PM!


RMK: Tak nampak pun kerajaan negeri bagi sumbangan macam ni pada rakyat. Tau cari kesalahan orang saja. Puii!

Tuesday 27 November 2012

[GAMBAR] EH, APA RAMAI-RAMAI NI?? TUNJUK PERASAAN KE??




Sebenarnya bukan tunjuk perasaan mahupun demonstrasi. Ini adalah program penyampaian bantuan / sumbangan banjir kepada mangsa-mangsa di daerah Sepang dan Kuala Langat. Majlis diadakan pada 26 November 2012 di SJK(C) Dengkil, Sepang bermula 1.00 petang hingga 5.00 petang. Program ini adalah usaha Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Perdana Menteri kita yang dilabelkan kejam oleh puak pembangkang.





Laporan selanjutnya [di sini].



Kejam ke PM kita? Tahukah anda bahawa ketika masyarakat Kuala Langat berhadapan dengan keadaan banjir 'air termenung' mencecah sehingga 12 hari, kerajaan PM yang dikatakan kejam dan zalim inilah yang bertungkus-lumus berusaha mencari penyelesaian bagi masalah tersebut? Menurut maklumat yang diterima, pam-pam air yang ada di Selangor tidak mampu mengepam keluar air ke sungai kerana keadaan banjir yang luar biasa. PM yang 'zalim' inilah yang mengarahkan agar pam-pam air berkuasa tinggi dari Negeri Sembilan dan Perak dibawa masuk ke Kuala Langat bagi meneruskan usaha mengepam keluar air banjir yang bergenang itu ke sungai. Rakyat didahulukan!


Yang berbaju merah di tengah adalah Dato' Ir Mohd Zin bin Mohd, Koordinator Barisan Nasional Selangor merangkap Ahli Parlimen Sepang










Mana Menteri Besar dan EXCO-EXCO Selangor serta wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain? Langsung tidak membantu usaha pam keluar air banjir ke sungai. Sekadar melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sahaja. Anda nilaikan sendiri.

Friday 23 November 2012

[GAMBAR] DI KALA ZURAIDA MAK LAMPIR SIBUK SHOPPING KERETA MEWAH, PEMIMPIN BN TETAP PRIHATIN, RINGANKAN BEBAN ORANG ASLI

Pagi tadi, Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah melawat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Genting Sanyen, Bukit Changgang, Kuala Langat. Mangsa-mangsa terdiri daripada masyarakat Orang Asli iaitu sebanyak 16 keluarga. Dato' Noriah telah menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan kepada mereka melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan juga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).












Inilah contoh pemimpin yang baik. Prihatin dan turun padang membantu rakyat yang memerlukan. Rakyat tabik pemimpin seperti ini! Bukannya wakil rakyat yang sibuk kumpul kekayaan untuk beli kereta mewah seperti Hilux, Volvo mahupun Mercedes.