Thursday, 13 February 2014

RM40 juta utk mengurus PKNS FC? Ni BPL ke Liga Super Malaysia ni..

PKNSFC
RM40 juta dalam masa 6 tahun. Patutlah PKR bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Selangor. Ibu duit rupanya.
Hebat sangatkah PKNS FC sehingga kos pengurusannya mencecah RM40 juta dalam masa 6 tahun? Sebelum 2008, perbelanjaan untuk kelab ini dianggarkan lebih kurang RM2.5 juta setahun namun kos tersebut terus meningkat dan sejak 3 tahun kebelakangan ini kos tersebut melonjak sehingga mencecah hampir RM10 juta setahun. Lagaknya seperti mengurus kelab Liga Inggeris.
Sumber kewangan PKNS FC datang dari dua sumber utama iaitu Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) dan Selaman Sdn Bhd, namun kerana sistem pengurusan kewangan yang lemah, akaun mereka begitu bercelaru sehinggakan sukar untuk memastikan bagaimana dan ke mana wang tersebut dibelanjakan.
Apatah lagi, kebanyakan perbelanjaan yang dibuat tidak disertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan semakan. Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan ianya diurus oleh golongan ‘profesional’ hanya dapat dijawab oleh pengurusan PKNS sendiri.
Mengikut apa yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin melalui MalaysiaToday (http://www.malaysia-today.net/rm40-million-spent-on-football/) terdapat ramai individu daripada PKNS FC dan PKNS sendiri terlibat.
Siapa pun individu-individu tersebut, yang pastinya mereka  sangat ‘beruntung’ kerana mereka bukan hanya dibayar gaji yang besar sebagai kakitangan PKNS malah mendapat elaun imbuhan bagi menguruskan PKNS FC.
Mereka juga sedar tentang ketirisan yang berlaku dalam pengurusan dana PKNS FC namun memilih untuk tidak mahu mendedahkan perkara tersebut. Siapa yang mahu menabur pasir ke dalam periuk nasi sendiri? Lebih baik berdiam diri dan kekal mengecapi ‘kemewahan’ yang disediakan oleh PKNS.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid juga mengatakan bahawa dia telah diberitahu bahawa MACC sedang menjalankan siasatan mengenai salah guna dana ini dan Khalid telah mengarahkan 3 ahli jawatankuasa negeri untuk memantau perbelanjaan PKNS.
Adakah tindakan Khalid enggan menyambung kontrak Azmin dan 22 kakitangan lain adalah satu proses ‘membersihkan’ PKNS? Adakah kerana ini juga PKR mengambil keputusan mencari pengganti Khalid?
Jadi seperti nasib CAT yang hanya sekadar slogan di Pulau Pinang, kerajaan PKR di Selangor juga nampaknya tidak serius dalam menghalang ketirisan dan salah laku di kalangan kakitangan kerajaan negeri. Mereka sibuk mencanang kelemahan kerajaan pusat mengurus kewangan tapi mereka sendiri melakukan perkara yang sama di Selangor. Paku dulang paku serpih.
Baru di Selangor sudah pandai mengikis kekayaan negeri, kalau cita-cita mereka ke Putrajaya tercapai, jahanamlah.
RMK : 

1 comment:

  1. To YB. Prime Minister Dato 'Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    Here we would like to say that BN losing is not a bad BN concern, especially MCA because most of the lower branch MCA members, its leaders have been arrogant and unscrupulous and snakes, thus causing many Malays, Chinese and Indians to get angry and lose GE13 badly.

    For example, as far as I know, GOMBAK MCA Chairman YIP KUM FOOK and GOMBAK MCA Youth YIP JIUN HANN, they snake until the Temple money even dares to swallow and drive the Buddhist monks out of the temple, people hate MCA.

    When they helped Donald Lim Siang Chai in Selayang, people mistakenly thought Donald Lim was one foot ……

    If MCA tries to gather good name and support from the people again, leaders like this should be wiped clean in the party. If not, it will be difficult to gather spirit

    Thank you
    Ms pang

    Sharing by
    Ven. U Nandiya
    Sasana Daja Buddhist Temple
    49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
    Tel: (02) 9649-8124

    ReplyDelete