Saturday, 22 February 2014

ISU MB KHALID JUMPA TUN DAIM, KENAPA ANWAR NAK MARAH?




22/2/14 – Pada 11 Februari, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diwawancara oleh Terence Fernandez dan Zakiah Koya dari fz.com mendakwa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah mencipta histeria menghalang kebangkitannya di Selangor.

“Umur saya tidak begitu muda, saya telah melalui ‘neraka’ (penjara). Saya di sini bukan untuk berkompromi – untuk membuat wang untuk saya atau Azizah.






“Saya ingin melaksanakan. Saya ingin memastikan perancangan di Selangor, yang dapat dilihat, yang boleh difahami dengan jelas oleh rakyat Selangor dan di Malaysia, iaitu bagaimana sepatutnya Malaysia ditadbir.

“Kita mempunyai agenda yang lebih besar – Selangor dikepung – oleh UMNO, apa yang kita lihat, apa yang kita baca atau apa yang kita dengar hanya sebahagian daripadanya.

“Anda tahu fobia, histeria Anwar akan ke Selangor, saya tahu histeria itu (dicipta) oleh Tun Daim,” kata Anwar.

13 Februari – The Malaysian Insider menyiarkan ‘laporan hantu’ -tanpa nama penulis dan nama sumber bertajuk “Khalid Ibrahim akan selesai hutang USD18 juta Bank Islam lebih murah,” mendedahkan Bank Islam Malaysia bersedia menyelesaikan kes saman hutang bernilai USD18 juta (RM66.67 juta) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan amaun yang lebih rendah.

“The Malaysian Insider difahamkan, Mahkamah Persekutuan mengadakan pendengaran sampingan di antara kedua-dua pihak semalam selepas diberitahu tentang rundingan penyelesaian yang sedang berjalan.

“Kemungkinan penyelesaian itu mengejutkan ramai pihak termasuk pemimpin tertinggi PKR dan peguam Abdul Khalid. Salah seorang peguam mengatakan beliau mendengar penyelesaian sedang berjalan.

“Saya ada dengar tentang penyelesaian ini dan sedang cuba dapatkan butiran lanjut,” katanya.

“Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.

“Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor,” lapor portal itu.

Pada 20 Februari -Blog pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) dan laman malaysia-chronicle.com mula mengupas ‘laporan hantu’ portal The Malaysian Insider itu.

MSO dengan tajuk “Betulkah Khalid ada hutang RM80 juta?,” mengupas faktor hutang Khalid-Bank Islam yang bakal diselesaikan dengan ‘pihak ketiga,’ merupakan faktor utama Anwar melaksanakan Projek Kajang.

Turut dikaitkan Anwar sukar untuk membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana dihalang oleh tokoh tertentu PAS.

Malah, MSO turut mendedahkan dua pimpinan tertinggi PAS yang bermesyuarat secara sulit dan mempertahankan Khalid ada kecenderungan untuk membuat pakatan dengan UMNO.

Namun, artikel MSO ditarik balik daripada blognya pada keesokan harinya.

Baca selanjutnya; “Kem Anwar Guna Isu USD18 Juta ‘Bunuh’ Khalid,” dan “Mengapa MSO Tarik Balik Artikel Betulkah Khalid Ada Hutang RM80 Juta?.”

Laman malaysia-chronicle.com dengan tajuk “Accusations grow MB Khalid may have SOLD OUT TO DAIM ZAINUDDIN,” mendedahkan pihak ketiga yang dimaksudkan MSO itu ialah Tun Daim Zainuddin.

“Ia adalah pengetahuan umum dalam ‘circle’ perbankan bahawa penyelesaian di luar mahkamah adalah diusahakan oleh Rashid Manaf yang terkenal dengan hubungan sebagai bekas peguam Daim dan kroni Umno melalui Renong dan transaksi lain.

“Apa yang mungkin tidak diketahui ialah bagaimana Khalid Ibrahim telah benar-benar mengamalkan semua perbincangan mengenai penyelesaian dari peguamnya, Malik Imtiaz yang tidak tahu,”lapornya.

21 Februari – Malaysiakini.com dengan tajuk “Saya langsung tak ada hubungan dengan Daim” melaporkan Khalid menafikan beliau mempunyai hubungan langsung dengan Daim.

“Orang yang kata saya dipergunakan Tun Daim itu kena tanyalah sendiri kepada Tun Daim sama ada saya dipergunakan. Saya tidak ada hubungan langsung dengan beliau,”kata Khalid.

KiniTV dengan tajuk “Dakwaan jual diri kepada taikun Umno: Khalid Ibrahim tersenyum,” menyiarkan rakaman penafian Khalid tersebut.





Malaysiakini.com turut menyiarkan desakan Ahli Parlimen PKR Kapar, G Manivanan supaya Khalid menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai individu yang dikatakan terlibat dalam rundingan penyelesaian luar mahkamah hutang dengan Bank Islam.

“Manivanan meminta Khalid menjelaskan sama ada individu berkenaan seorang individu yang rapat dengan Daim,” lapornya.

sumber : mymassa

1 comment:

  1. To YB. Prime Minister Dato 'Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    Here we would like to say that BN losing is not a bad BN concern, especially MCA because most of the lower branch MCA members, its leaders have been arrogant and unscrupulous and snakes, thus causing many Malays, Chinese and Indians to get angry and lose GE13 badly.

    For example, as far as I know, GOMBAK MCA Chairman YIP KUM FOOK and GOMBAK MCA Youth YIP JIUN HANN, they snake until the Temple money even dares to swallow and drive the Buddhist monks out of the temple, people hate MCA.

    When they helped Donald Lim Siang Chai in Selayang, people mistakenly thought Donald Lim was one foot ……

    If MCA tries to gather good name and support from the people again, leaders like this should be wiped clean in the party. If not, it will be difficult to gather spirit

    Thank you
    Ms pang

    Sharing by
    Ven. U Nandiya
    Sasana Daja Buddhist Temple
    49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
    Tel: (02) 9649-8124

    ReplyDelete