Saturday, 4 May 2013

PANAS #GE13 : Jentera PKR Dedahkan Kenapa Pembangkang Mainkan Isu Pengundi Hantu. #BetterNation #Vote4BN

RMK rasa perlu juga repost entri dari MyMassa ni. Sebabnya, masih ramai macai yang degil tak faham-faham (atau pura-pura tak faham) lagi isu pengundi hantu ni. Benda yang tak ada isu, dijadikan juga isu. Sila baca wahai macai:


MyMassa dapat berita ni dari status FB seorang jentera PKR.


Apa maksudnya tu? Ertinya ada beberapa pusat mengundi, jentera PKR gagal meletakkan PACA iaitu Ejen Tempat Mengundi (Polling Agent) dan Ejen Kira Undi (Counting Agent). Untuk yang masih tak faham, Ejen tempat mengundi adalah berada di kedudukan sebelah kanan gambar ini.

Klik untuk besarkan imej

Dan berikut adalah peranan Ejen Tempat Mengundi ketika proses pengundian.


Kalau masih tak faham, MyMassa kongsikan penerangan dari blog Sungai Rapat Online (http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/07/adakah-rakyat-sedar-bahawa-polling-agen.html).

Adakah Rakyat sedar bahawa Polling Agent sudah mampu selesai masalah pengundi hantu?


Ini Polling Agent Pembangkang yang tidak tahu buat kerja
Ramai rakyat tidak tahu bahawa sistem yang diamalkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya sudah mencukupi bagi mengatasi samada masalah pengundi hantu atau warganegara asing atau warganegara yang berumur 100 tahun lebih ke atas.
 
Mari kita lihat prosedur yang telah diamalkan oleh SPR mengenai PACA (Polling Agent & Counting Agent) 
Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding samada pembangkang atau pihak kerajaan untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi bagi pihak calonnya.
 
Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.
 
PACA dikehendakki mengisi Borang A yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada Ketua PACA 3 hari sebelum hari pengundian. Salinan Borang A hendaklah disimpan oleh setiap petugas PACA.
 
Ketua PACA dikehendakki membawa semua Borang A yang telah lengkap semasa hari pengundian.
 
Petugas PACA dikehendakki berpakaian kemas tanpa logo parti serta membawa MyKad, pensil/pen, pembaris, pemadam untuk tujuan mengawasi senarai nama-nama pengundi bukan tidur dalam tempat mengundi.
Apakah Tugas Polling Agent
 
• Petugas Polling Agent mengikut shif yang ditentukan bermula jam 7 pagi 
Mereka akan pastikan semua tong undi kosong kemudian ditutup dengan lilin cair warna merah.
Semua kertas undi mempunyai nombor siri yang betul dan berturutan, tiada berulang, tidak licin, terutama dibahagian pangkah calon.
Mereka akan catatkan no. siri dan jumlah kertas undi.
Tandatangan Borang 13 setelah semua kertas undi telah diperiksa dan simpan 1 Salinan Borang 13 untuk simpanan.
Senarai nama mereka yang periksa dan gariskan
 
• Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. 
Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan.
• Polling Agent akan pastikan umur dan bangsa pengundi adalah munasabah
Contoh jika No KP 370110-05-2020 sepatutnya berumur 70 tahun tapi yang datang berumur 30 an, angkat tangan dan buat aduan pada Pegawai SPR supaya pengundi tadi disiasat. Atau jika namanya disebut Melayu tapi yang datang berketurunan bukan Melayu minta pegawai SPR sahkan.
• Tidak sesiapa pun di benarkan masuk dalam tempat mengundi kecuali Petugas SPR, polis bertugas, calon dan wakil calon yang bertanding sahaja.
• Yang berada di tempat mengundi adalah Petugas SPR, petugas parti lawan, pengundi tidak memakai baju atau lambang parti.
• Polling Agent tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkan tempat mengundi terutamanya waktu akhir 4 ptg – 5 ptg walaupun keluar merokok sebentar.
• Jika mereka nak hendak keluar juga perlu  hubungi Ketua PACA untuk diganti sementara.
• Apabila tamat tempoh mengundi petugas PACA akhir catatkan no siri yang telah digunakan dan no siri kertas undi yang tinggal. Kertas undi lebih akan dimasuk dalam sampul surat 1 dan ditutup. Kertas undi telah dikoyak akan dimasukkan dalam sampul surat 2 dan ditutup. Kedua-dua sampul 1 & 2 akan dimasuk dalam tong undi dan ditutup.
• PACA akan pastikan Borang 14 diisi, iaitu Jumlah kertas undi dikoyak dan jumlah kertas undi baki. Pastikan maklumat dalam Borang 14 dan Borang 13 sama.
• Jam 5 ptg – 6 ptg ialah waktu rehat. Polling Agent tidak dibenarkan meninggalkan tempat peti undi.
 
SPR akan beri cara menganggar Umur dari MyKad contoh Tahun semasa 2007
• Nombor MyKad bermula 0 umur antara 98 – 107 tahun
• Nombor MyKad bermula 1 umur antara 88 – 97 tahun
• Nombor MyKad bermula 2 umur antara 78 – 87 tahun
• Nombor MyKad bermula 3 umur antara 68 – 77 tahun
• Nombor MyKad bermula 4 umur antara 58 – 67 tahun
• Nombor MyKad bermula 5 umur antara 48 – 57 tahun
• Nombor MyKad bermula 6 umur antara 38 – 47 tahun
• Nombor MyKad bermula 7 umur antara 28 – 37 tahun
• Nombor MyKad bermula 8 umur antara 18 – 27 tahun
 
Setiap kali pilihanraya SPR akan bentangkan Nombor Mykad bermula contohnya 87, 88, 89, 90 dan seterusnya adalah tidak layak untuk mengundi pada tahun 2007 kerana berumur kurang 21 tahun.
Persoalannya sekarang:
 
1. Kenapa masih wujud lagi pengundi hantu, jika ada sudah semestinya polling agent pembangkang akan terus membantah.
2. Kenapa perlu ada pengundi berumur lebih daripada 100 tahun kerana polling agent pembangkang akan memastikan senarai nama dan no kad pengenalan
Apa yang boleh saya katakan di sini sistem yang diamalkan oleh SPR sebenarnya sudah lengkap dan memadai cuma polling Agent yang dilantik oleh pembangkang memang jenis tak tahu nak buat kerja atau tidur semasa proses pengundian dijalankan.
Kemudian bila kalah mereka terus menyalahkan kerajaan. Pembangkang sepatutnya Bersihkan dahulu Polling Agentnyasebelum membuat berbagai dakwaan yang tidak masuk akal.


*Mohon disebarkan kepada semua rakan-rakan anda. Jika benar ada pengundi hantu atau rakyat asing yang menjadi pengundi, bukankah EJEN TEMPAT MENGUNDI boleh mengisi Borang 11 SPR. Sedarkan seberapa ramai rakyat Malaysia supaya mereka tidak diperbodohkan oleh pembangkang.

No comments:

Post a Comment