Monday, 12 November 2012

OPERASI SITA HARTA RAKYAT! ADAKAH INI DEFINISI 'KEBAJIKAN' KERAJAAN SELANGOR??



SHAH ALAM - Disebalik tarikh pilihanraya (PRU-13) yang semakin hampir. Tanpa kita sedar, rakyat Selangor sudah empat tahun ditipu oleh Pakatan Haram.

Janji yang digula-gulakan kepada rakyat melalui manifesto meraka pada PRU-12 masih belum tertunai sehingga kini.

Terbaru, kerajaan Selangor sedang giat melakukan operasi besar-besaran memburu rakyat yang gagal membayar cukai pintu.

'Banner' telah mula dipasang diseluruh pelusuk di Shah Alam seolah-olah mengugut rakyat bahawa kerajaan Selangor  tidak sabar untuk menyerbu rumah rakyat yang gagal membuat bayaran cukai pintu.

Jika sebelum ini, kerajaan Selangor antara yang paling lantang mengharamkan penggunaan Automated Enforcement System (AES) kononnya sistem itu adalah bertujuan untuk kaut duit rakyat.

Apa bezanya dengan 'Operasi Sita' yang sedang giat dijalankan di Selangor???

Mana motto kerajaan Selangor yang kononnya mengutamakan kebajikan rakyat???




Adalah lebih malang buat rakyat Selangor, cukai pintu bukan sahaja dikurangkan seperti yang dijanjikan dalam manifesto, tetapi telah meningkat berbanding sebelum ini menurut sebuah laporan dalam akhbar Sinar Harian.

Mungkin definisi 'kebajikan' versi Pakatan Haram membawa maksud yang berbeza seperti yang difahami oleh rakyat jelata.

Tahniah kerajaan Selangor!!! Hidup kami rakyat Selangor semakin terbela di bawah pemerintahan Pakatan Haram.


No comments:

Post a Comment