Sunday 28 April 2013

Panas #GE13: PAKATAN TAK JADI MANSUH TOL JIKA MENANG #TolakPR #VoteForBN #BetterNation



Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya. 

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam. 

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan. 

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok. 

Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci. 

Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’? Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut? Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat. 

Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan. 

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan. Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan. 

Pada ketika itu, akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan. 

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai. PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati. Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat. Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata ‘tak boleh jadi’. 

Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas. Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya. Lama kelamaan, anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita. 

Inikan pula menjadi kerajaan. Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan. Malah, kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan. 

Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini. Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi, bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri. 

Justeru, apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka, wajar diambil serius. Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka. Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua.



RMK: Tak terkejut pun sebenarnya bila pemimpin belah sana mula swing cakap mereka. Dah selalu sangat dah pun. Mula-mula A, lepas tu B. Biasalah, lidah bercabang. Cakap atau berjanji memang mudah. Bila tiba part pelaksanaan, FAIL! Tak taulah kenapa ada orang yang masih menyokong puak-puak ni lagi. Sedarlah sebelum terlambat. 



BN for


Friday 26 April 2013

#GE13: Penduduk Kota Damansara Bangkit Menyokong Sosialis? #PRU13 #TolakPR

Parti Sosialis Malaysia

Program ceramah Dr Nasir Hashim PSM / PKR, 26 April 2013 di Kota Damansara:



Kosong. Ada di antara mereka yang hadir pun tidak memberikan tumpuan kepada ceramah. Alahaiii~

#GE13: Mak Lampir Berputih Mata di Ampang (Part 2) #PRU13 #TolakPR



Ceramah Mak Lampir pada 26 April 2013 di dua tempat berbeza di Ampang:



Ceramah kepada kerusi. Tahniah!

#GE13: Timbalan Pengerusi DAP Penipu - Jenice Lee #PRU13 #TolakPR



Walaupun melaungkan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia tetapi DAP ternyata sebuah parti yang langsung tidak mengamalkan segala laungan tersebut. Satu demi satu isu yang melanda parti itu membuatkan DAP tidak boleh menyembunyikan lagi warna sebenarnya yang kuku besi, tidak adil dan rasis.
Sikap inilah yang menyebabkan berbondong-bondong ahli-ahli dan pemimpin DAP keluar parti di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Rata-rata memberi alasan DAP kuku besi dan anak beranak Lim begitu angkuh, bongkak, sombong serta tidak menghormati sesiapa termasuk ahli dan pemimpin bawahan parti.
Mungkin kerana tiada lagi tempat untuk mengadu, maka pemimpin DAP yang kecewa memilih media perdana untuk meluahkan perasaan. Antaranya, Jenice Lee iaitu penyandang kerusi DUN Teratai yang kini bertanding atas tiket bebas setelah namanya digugurkan oleh DAP. Alasan DAP menggugurkan nama Jenice adalah kerana menuduh beliau menggelapkan wang dana. Jenice menafikan keras dakwaan itu melalui akhbar New Straits Times. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk bertanding bebas.
Alasan Jenice, wang deposit pencalonan beliau dikumpul dari kutipan derma jawatankuasa penduduk Teratai dan beliau bertanggungjawab memikul harapan mereka untuk terus bertanding.
Akibatnya, beliau telah dipecat dan tindakannya membela diri melalui media perdana telah dianggap sebagai pengkhianatan oleh DAP. Namun, kes Jenice nampaknya tidak terhenti di situ tetapi menjadi semakin rumit.
Semalam Tan Kok Wai, Pengerusi lembaga disiplin DAP, dilaporkan oleh Guong Ming Daily sebagai menuduh Jenice atas tiga kesalahan iaitu menyalahguna dana, menyalahguna kuasa dalam mengendalikan isu dinding penahan di Taman Seraya serta menempelak jawatankuasa disiplin secara terbuka.
Nanyang Siang Pau dan China Press pula melaporkan Jenice mencabar Tan Kok Wai agar menunjukkan bukti. Malah, Jenice juga menggelar Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP sebagai penipu.
Kata Jenice, beliau tidak pernah menyalahguna wang atau kuasa ketika menjalankan tugasnya dan beliau percaya bahawa tidak mustahil tindakan DAP menggugurkan dan kemudian memecatnya adalah berpunca dari kesungguhannya membela rakyat kawasannya tanpa mengira kaum.
Menurut Jenice, beliau agak lantang dalam memperjuangkan suara kaum India di kawasannya dan itu mungkin merupakan pencetus perasaan tidak senang kepimpinan terhadap dirinya. Malah, Janice juga tidak ragu-ragu untuk mempersoalkan isu pemilihan CEC dan cara DAP menanganinya dengan ROS.
Beliau mengingatkan kepimpinan DAP agar membersihkan diri dahulu sebelum menuduh orang lain.
Kita hormati pendirian Jenice dan amat berharap agar mempunyai pembangkang yang matang dan rasional seperti beliau untuk sama-sama memakmurkan negara ini. Malangnya, orang seperti Jenice tidak boleh bertahan lama dalam parti pembangkang yang sedia ada kerana parti pembangkang di Malaysia tidak suka kepada perwatakan pemimpin yang matang, bersih dan lantang.
Parti PKR dikuasai oleh keluarga Anwar yang turut berpegang kepada pendekatan yang sama iaitu kuku besi sehingga habis lintang pukang jadinya pemilihan parti dan pencalonan kerusi. Parti PAS pula dikuasai oleh pendita-pendita yang ketinggalan di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam.
Manakala DAP, seperti yang baru disedari oleh Jenice, adalah parti keluarga Lim yang bertaraf tokong yang membawa semangat keCinaan yang amat kuat sehingga menolak apa saja yang berbaur perpaduan kaum. Ini adalah hakikat yang telah pun diketahui umum sejak azali lagi. Justeru, kita agak hairan juga kenapa Jenice mengambil masa yang agak lama untuk menyedarinya.
Apapun, nasib baiklah nama Jenice digugurkan, kalau tidak tentu beliau masih lagi melihat DAP sebagai parti yang sempurna.

[Sumber]

#GE13: Mak Lampir Berputih Mata di Ampang #PRU13 #TolakPR




Para pengundi di Parlimen Ampang sudah memberikan isyarat jelas kepada Zuraida Kamarudin bahawa dia tidak lagi diterima untuk mempertahankan kerusi kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.


Buktinya, majlis pertemuan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Pusat Daerah Mengundi PKR di Ampang Hilir malam tadi bukan saja gagal mendapat sambutan malahan lebih menyedihkan hanya enam orang sahaja yang menghadirinya, termasuk petugas jentera parti.

Zuraida juga jelas tidak mempunyai pengikut setia di kawasan tersebut walaupun sudah menjadi Ahli Parlimen Ampang selama lima tahun sejak memenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Beliau yang akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Talib. Rozaidah memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 tetapi tidak dicalonkan semula pada 2008.

Walaupun menyedari ucapannya tidak mahu didengari para pengundi Ampang, Zuraida tetap menabur pelbagai janji kosong jika pakatan pembangkang memenangi PRU-13, termasuk pelbagai insentif dalam bentuk kewangan kepada rakyat.

Antaranya, pemberian saham kepada setiap rakyat di Selangor melalui penstrukturan semula syarikat bekalan air di negeri itu serta menyediakan caruman wanita Malaysia seperti mana manifesto pakatan pembangkang.

Namun, seperti diakui sendiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukan sebuah janji, maka segala tawaran yang ditaburkan Zuraida tidak lebih sebagai gula-gula untuk memancing undi. - UTUSAN ONLINE