Showing posts with label Zuraida Kamaruddin. Show all posts
Showing posts with label Zuraida Kamaruddin. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

Panas! Azmin, Zuraida Letak Jawatan Jika Khalid Gagap Kekal Sebagai MB #TolakPR



Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.

Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.

Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.

Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.

Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.

Pemilihan bagaimanapun akan ditetapkan oleh pucuk pimpinan pakatan pembangkang.-AntaraPos

Kah Kah Kah! Buruknya rupa... Azmin Ali merajuk tak dapat jadi MB!!!!

Untuk pengetahuan U oalls... DAP tak nak Azmin jadi MB manakala sumber Istana dikatakan lebih berpihak kepada calon PAS sebagai MB Selangor. Sehingga kini Anwar masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.... 

Sepatutnya rakyat didahulukan bukan pangkat yang diutamakan! Inilah dasar perangai orang yang tamakkan kuasa!!



Friday, 26 April 2013

#GE13: Mak Lampir Berputih Mata di Ampang (Part 2) #PRU13 #TolakPR



Ceramah Mak Lampir pada 26 April 2013 di dua tempat berbeza di Ampang:



Ceramah kepada kerusi. Tahniah!

Friday, 30 November 2012

MERCEDES BARU?! ZURAIDA MAK LAMPIR TAK SERIK! LAGI PENDEDAHAN!!

Kereta mewah Zuraida

Nampaknya tak cukup dengan pendedahan sebelum ni. Selain kemewahan melampau yang dimiliki setelah bergelar Ahli Parlimen Ampang, timbul pula cerita sebuah syarikat menyediakan kenderaan mewah untuk Zuraida. Ikuti pendedahan seterusnya [di sini].

Friday, 23 November 2012

KEMEWAHAN PEMIMPIN PR!! SIAPA PULA YANG BELI LAMBORGHINI NI??




Sakan betul Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memborong pelbagai jenis kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Ampang. Daripada sekadar memiliki sebuah MyVi tetiba saja bertukar citarasa kepada Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes Benz [Rujuk sini].

Sebelum ini dalam salah satu kempen PKR, ada pemimpinnya menyeru rakyat memboikot pembelian kereta kononnya selepas PR memerintah nanti, harga kereta akan diturunkan, tika itu barulah rakyat digalakkan membeli dengan harga baru yang jauh lebih rendah.

Rupa-rupanya saranan tersebut tak terjangkau untuk dilaksanakan oleh Zuraidah, itu yang belum pun kereta VOLVO XC90 mencecah usia dua tiga tahun dibelinya pula dua buah Toyota Hilux dan terbaru pula kini Zuraidah sedang selesa memandu Mercedes Benz E240.

Bukan calang-calang orang boleh merasai pelbagai jenis keempukan kereta yang berjenama dan mahal sebegitu. Tapi bak kata rakan kita di Sel13.Com, tuah ayam nampak di kaki, namun tuah manusia sekalipun masam tubuhnya tiada siapa yang tahu.

Memang bertuah betul menjadi pemimpin pembangkang, dalam sibuk-sibuk mereka menuduh pemimpin BN hidup bermewah-mewahan, sempat pula Ketua Wanita PKR sendiri menunjukkan contoh kehidupan tawadduk dan zuhud sehinggakan penyokong PR yang sudah sedia pening jadi mereng akhirnya.

Kata dulang paku serpih, kata kat orang pemimpin PKR pula yang terlebih-lebih. Dan kemewahan hidup gaya zuhud yang dikecapi Zuraidah sekarang, bukanlah satu-satunya yang pernah wujud. 

Timbalan Presiden PKR sendiri, walaupun suatu ketika dulu kerap ke hulu hilir bertemu rakyat dengan hanya memandu kereta buruk Volkswagen untuk memperlihatkan kezuhudannya di mata rakyat, namun ramai yang tahu ada sebuah Ferrari yang bernilai ratusan ribu ringgit menjadi miliknya.


Malah ada khabar menyatakan Azmin telahpun membeli sebuah Lamborghini yang harganya hanya termampu dibayar oleh jutawan dan tauke balak sahaja. 

Jika Zuraidah yang sebelum dilantik menjadi YB Parlimen Ampang dulunya cumalah seorang penjual buah-buahan sambil menjual ubat-ubatan tradisonal dan kini mampu bergaya sakan mengalahkan seorang jutawan, apa nak hairannya dengan Azmin, ya tak?

Jual buah tepi jalan pun mampu beli Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes. Takkanlah sebagai orang penjual aiskrim special berperisa jamban tak mampu pula memiliki Ferrari dan Lamborghini, tak begitu?



*RMK: Dalam ceramah-ceramah Pakatan Haram, pemimpin pembangkang sibuk cakap pangpungpang sana sini mereka tak ambil sesen pun daripada hasil negaralah, amanah dalam kerjalah, anti-rasuahlah kejadah semua tu. Tapi ni lain pula jadinya. Dari mana mereka ni dapat kekayaan sebegitu rupa dalam masa yang singkat??

Wednesday, 10 October 2012

AZMIN VS FAEKAH: BUKTI KRISIS DALAMAN PKR SELANGOR SEMAKIN KRITIKAL


Isu Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang beberapa kali mengecam Timbalan Presiden PKR Azmin Ali secara terbuka bukan perkara baru [baca Faekah Kecam Azmin Secara Terbuka, Krisis PKR Selangor Makin Meruncing].

Terbaru, Faekah mengecam Azmin Ali, berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR itu bahawa 'kepakaran Khalid dalam bidang pentadbiran lebih diperlukan diperingkat kabinet, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk sebuah kerajaan kelak'. 

"SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin adalah 'tukang maki' bagi pihak Tan Seri Khalid Ibrahim, kata Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz. 
Beliau berkata, apa sahaja kenyataan atau kritikan terhadap sesuatu isu, yang tidak dapat dilakukan Khalid, atas kapasitinya sebagai ketua negeri akan disempurnakan Faekah. 
Atas sebab itulah Tun Faisal berkata, Faekah seolah-olah kebal dan dilihat sangat berkuasa membuat kenyataan serta mengutuk mana-mana pemimpin politik yang tidak sebulu dengan majikannya, termasuk dari kalangan pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR). 
“Semua orang tahu yang Faekah sebenarnya buat macam-macam kerja untuk Khalid. Sebab itu ramai yang pertikaikan bagaimana seorang Setiausaha Politik kepada Menteri Besar boleh begitu berkuasa dalam negeri Selangor. 
“Sebelum ini pun orang rasa pelik sebab Faekah boleh mempengerusikan mesyuarat, putuskan itu..putuskan ini..jadi nampak jelaslah hubungan Faekah dengan Khalid lebih daripada Setiausaha Politik..seolah-olah dia menentukan segala-galanya dan dia takkan berani nak menentukan benda itu melainkan kalau sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Khalid,” katanya ketika dihubungi AntaraPos. 
Terbaru, Faekah bingkas mengecam Azmin Ali, berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR itu bahawa 'kepakaran Khalid dalam bidang pentadbiran lebih diperlukan diperingkat kabinet, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk sebuah kerajaan kelak'. 
Azmin secara tidak langsung cuba menyampaikan mesej bahawa khidmat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sudah tidak diperlukan. 
Kenyataan itu mengundang reaksi Faekah yang mempersoalkan dari manakah Azmin mendapat aspirasi untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu. 
“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu” kata Faekah. 
Apa yang menghairankan Khalid ketika ditemui AntaraPos di lobi Parlimen minggu lepas berkata, beliau mengambil kenyataan Azmin itu sebagai sesuatu yang positif. 
“Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya. 
Mengulas tindakan Azmin mengeluarkan kenyataan sebegitu, Tun Faisal berkata umum mengetahui cita-cita Azmin dalam politik amat besar, iaitu ingin menjadi Menteri Besar bagi sebuah negeri yang terkaya di negara ini. 
“Dari dulu, orang PKR sendiri cakap Azmin memang tidak sebulu dan tidak setuju dengan banyak pendekatan Khalid Ibrahim. Memang kalau kita faham, dia memang bercita-cita nak ada lebih kuasa dalam negeri Selangor sebab lebih banyak benda dia buat untuk keuntungan PKR berbanding Khalid yang dilihat terlalu mengikut kata-kata DAP. 
Tun Faisal berkata melalui pengamatannya, Azmin agak sukar untuk menggoyahkan kedudukan Khalid lantaran mendapat sokongan padu pemimpin DAP Selangor. 
“Khalid Ibrahim nampaknya yang dalam Pakatan sendiri seperti DAP lebih selesa. Itu kita nampak ramai pemimpin-pemimpin DAP lebih rapat kepada Khalid Ibrahim dan mereka akan pertahankan Khalid Ibrahim walau macam mana pun. 
“Azmin kena sedar memang ada sebahagian dalam PKR tidak suka dengan cara dia dan dalam Pakatan sendiri kalau kita tengok tindakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, tindakan DAP, semuanya seolah-olah memberi sokongan kepada Khalid berbanding dia. Jadi Azmin kena sedar bahawa dalam Pakatan dia bukanlah pemimpin yang popular,” ujar beliau. 
Krisis di antara Azmin dan Khalid memuncak apabila Azmin meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 
Tindakan itu dikatakan sebahagian daripada usaha Azmin melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Khalid menerajui negeri itu. 
Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu pada pilihan raya umum 2008. - AntaraPos"


Ini pula reaksi Azmin Ali.


"Azmin Ali dakwa Faekah Husin Terlalu 'Obses' Lempar Kritikan.
KUALA LUMPUR 9 Okt – Akibat kelancangan Setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Husin petah mengkritik secara obses dan terbuka terhadap kepimpinan PKR.
Oleh itu Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menegaskan bahawa pentadbiran PKR perlu menguruskan masalah dalaman yang tercetus baru-baru ini.
 “Saya serahkan kepada parti yang menguruskan dan oleh kerana ini masalah pentadbiran, biarlah parti dan setiausaha (agung) melihat pandangan-pandangan yang diberikan anggota parti”katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak supaya  Setiausaha Menteri Besar Selangor itu meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menjatuhkan maruah dalam PR.
Menurut Borhan, beliau berharap Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan sewajarnya keatas Faekah yang menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Azmin berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini,  kontroversi melibatkan Faekah yang terlanjur mengkritik Azmin secara terbuka kerana mengesyorkan Khalid akan dijadikan Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) walaupun beliau (Faekah) tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.
Sementara itu, laman sosial Twitter Azmin telah menyifatkan Faekah sebagai seorang yang "kebal" kerana tidak diambil sebarang tindakan oleh pucuk pimpinan PKR. - KLPos"



Kemudian, timbul pula penyokong yang setia mempertahankan Azmin, Mak Lampir Zuraida Kamaruddin [baca Isu MB Selangor: Zuraida Kritik Tindakan Faekah Husin Serang Azmin]

Dan terkini, kedudukan Faekah dijangka dibincangkan dalam mesyurat Biro Politik PKR mingguan malam ini.


"Isu Faekah ke Biro Politik PKR malam ini?
WARTAWAN SINAR HARIAN

10 Oktober 2012

SHAH ALAM - Biro Politik PKR dijangka membincangkan kedudukan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada mesyuarat mingguannya malam ini.


Sinar Harian Online difahamkan perkara itu akan dibawa ke perhatian Biro Politik susulan permintaan daripada beberapa pemimpin Selangor dan juga Biro Politik negeri agar Faekah dipecat dari jawatannya ekoran komen kepada media mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyentuh kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).



Sumber mengesahkan bahawa surat meminta agar Faekah diambil tindakan telah dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, semalam.



"Ya, surat sudah dihantar kepada lembaga disiplin menerusi Setiausaha Agung, jadi saya percaya bahawa pejabat Setiausaha Agung akan membawa perkara ini kepada Biro Politik untuk memutuskan sama ada lembaga disiplin perlu mengadakan siasatan atau sebaliknya.



"Kandungan surat ini meminta agar Faekah diambil tindakan disiplin... bentuk tindakan kita serahkan kepada pusat, walaupun ada yang meminta beliau dipecat (sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar)," kata sumber kepada Sinar Harian Online.



Biro Politik dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan parti. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga lazimnya akan hadir.



Pada sidang media semalam, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan parti itu menyerahkan sepenuhnya isu gesaan Faekah dipecat kepada Jawatankuasa Disiplin PKR  untuk dipertimbangkan.



Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung pertikaian itu termasuk desakan yang dibuat Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah pada sidang media kelmarin.



“Saya tiada komen lanjut kerana perkara ini telah diusulkan kepada pihak terlibat untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin,” katanya kepada Sinar Harian.



Malah semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Agung parti.



“Tiada usul, tiada sebarang keputusan dan sebarang keputusan saya serahkan kepada parti. Oleh kerana ini masalah pentadbiran, biarlah parti dan Setiausaha Agung melihat dan pandangan-pandangan yang diberikan oleh anggota parti,” katanya.



Menurut Borhan, pimpinan parti tidak harus lagi bertolak ansur dengan tindakan Faekah mengkritik Azmin secara terbuka walaupun beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.



Faekah adalah bekas pembantu khas kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang kini menyandang jawatan Pengarah Komunikasi parti dan Adun Seri Setia."



Krisis dalaman yang tak berkesudahan. Sama-sama kita nantikan kesudahan drama epik ni.



*Baru perintah Selangor dah kucar-kacir. Kalau dapat Putrajaya nanti tak taulah macam mana. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat yang bijaksana.