Showing posts with label peguam negara. Show all posts
Showing posts with label peguam negara. Show all posts

Monday, 28 January 2013

LIVE (Legal Year) : Jawapan Peguam Negara ISU RCI Sabah

LIVE (Legal Year) : Jawapan Peguam Negara ISU RCI Sabah



TAWAU, SABAH - Info yang kami terima daripada Ucapan Peguam Negara dalam satu Majlis Legal Year 2013 yang sedang berlangsung. Antara jawapan Peguam Negara apabila diajukan soalan oleh Para Wartawan adalah seperti berikut:

1. RCI melambangkan sikap keterbukaan Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri dan pihak Kehakiman Negara dalam isu IC di Sabah.

 2. Tidak ada perkara yang hendak disembunyikan sebab itulah kerajaan mengambil keputusan mengadakan RCI.

 3. RCI akan menerima sesiapa sahaja untuk bercakap, sama ada benar atau tidak benar, sama ada hearsay atau pandangan, berunsur politik atau tidak, yang penting RCI akan memberi peluang kepada semua pihak untuk menyampaikan pandangan mereka.

 4. Pihak Kerajaan tidak akan mengganggu RCI menjalankan siasatan mereka. Mereka diberi kebebasan seluas-luasnya.

 5. Semua keterangan yang direkodkan semasa prosiding RCI akan dipertimbangkan dan pihak RCI akan memberikan cadangan kepada Kerajaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.

 6. Jika terdapat kes yang melanggar Undang-undang pendaftaran, maka kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah. Oleh itu, beri peluang kepada RCI untuk mendengar semua keterangan daripada semua pihak.


Kesimpulannya semua pihak harus bersabar menunggu hasil siasatan RCI Sabah ini. Janganlah kita terpengaruh dengan pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.

credit to MyMassa

RCI Sabah : Siapa sahaja yang salah akan ditangkap!!


TAN SRI GANI PATAIL

TAWAU: Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan.

“Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.

“Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti keterangan khabar angin pun kita terima.

“Tapi untuk kita ke mahkamah, kita kena tengok keterangan yang boleh diterima. Itu kita mesti tengok tetapi itu bukan satu alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap orang yang telah buat salah. Tak ada. Tetapi kita akan mengambil tindakan tetapi mesti mengikut lunas-lunas undang-undang.

“Jika saya tidak mengikut lunas undang-undang, orang akan kata, oh saya tak adil atau kerajaan tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan pembukaan Tahun Perundangan 2013 di Mahkamah Tawau di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Sehubungan itu, Abdul Gani meminta semua pihak supaya memberi kepercayaan penuh kepada RCI berkenaan yang disifatkannya setakat ini telah melakukan siasatan yang benar-benar mendalam dan menyeluruh dengan semua perkara dikeluarkan.

“Semua orang pun tahu, ramai yang kena tangkap (termasuk) yang ada kad pengenalan pun dikeluarkan (dalam siasatan RCI). Itu menunjukkan ketelusan kerajaan. Satu lagi, kalau dipandang dari segi ini, itu adalah betul-betul janji ditepati kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) berkata dia akan membuat satu RCI yang telus dan dijamin perkara ini akan dibuat dengan cara telus dan baik. Kalau tidak takkanlah semua perkara ini keluar,”  katanya.

“Dan saya sangat bangga dan sukacita dengan perkara itu kerana itu yangkita mahu. Sebab apa, kebenaran pasti wujud sepertimana yang ada. Jadi kita tunggu. Lagi satu, jangan kelam kabbut memikirkan perkara itu. Kerajaan tidak akan membuat satu RCI, kalau kerajaan memang salah takkan kerajaan tangkap sampai 98 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya.

Menurut Abdul Gani mungkin ada kesilapan telah dilakukan sebelum ini dan kesilapan itulah yang ingin disiasat sama ada dilakukan pegawai-pegawai kerajaan, atau kerajaan sendiri ataupun ada unsur penipuan ataupun rasuah seterusnya diselesaikan yang akhirnya menggembirakan semua pihak.

“Dan kesilapan itu kita mesti dibendung, adalah penting bagi negeri ini (Sabah), ini negeri saya. Kita mesti lakukan sesuatu. Jadi janganlah kelam kabut, kita tunggu dan tengok (lihat), biarlah RCI itu buat kerjanya dengan baik,” katanya.


http://mymassa.blogspot.com/