Showing posts with label ic. Show all posts
Showing posts with label ic. Show all posts

Monday, 28 January 2013

Individu Nak Beli IC kena KON !





Isu Kad Pengenalan dan kebanjiran pendatang asing di Sabah adalah satu bentuk peng"komersial"an Kad pengenalan. Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah jelas menunjukkan Tidak Wujud apa yang dikatakan Projek IC oleh JPN atau pun Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang berlaku ialah Sindiket yang dibuat oleh individu-individu tertentu di Sabah. Mereka ini yang kebanyakannya  sudah bermastautin lama di Sabah telah “mengkomersialkan” kononnya mereka boleh mendapatkan  IC dengan cara mudah.

Sebuah keluarga, Saudara Alif (nama sebenar), menyatakan kepada kami, dia kerugian RM3,500 kerana mempercayai sindiket ini. Seorang lagi mangsa sindiket ini Puan Berami (bukan nama sebenar) mengatakan beliau sudah mengeluarkan wang hampir RM10,000.00 kepada sindiket-sindiket ini yang dikenali dengan nama “pengurus” kononnya mereka mempunyai kenalan pegawai di JPN. Malah ramai lagi yang kami jumpa menyatakan mereka tertipu dengan sindiket.

Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi sehingga kini dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditransformkan oleh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada zaman Pak Lah, telah menangkap beratus-ratus individu di Sabah sama ada di kalangan kakitangan JPN atau pun individu-individu yang menjadi dalang sindiket IC ini.

Sangat jelas, Kerajaan Persekutuan tidak pernah berkompromi akan hal ini. Dapat dilihat, Isu IC di Sabah ini lebih kepada Kebodohan, Kerakusan dan Ketamakan sesetengah orang yang bertujuan mendapatkan wang dengan cara mudah. 

http://mymassa.blogspot.com/2013/01/pengakuan-individu-ditipu-oleh-sindiket.html