Showing posts with label YBK. Show all posts
Showing posts with label YBK. Show all posts

Monday, 8 October 2012

KERAJAAN SELANGOR KEJAM!!


Bila kita katakan kerajaan PKR yang memerintah Selangor sekarang ini kejam dan tidak memikirkan tentang kebajikan rakyat, ramai panglima tempang mereka bangkit bangun dan mempertahankan seolah-olah merekalah kerajaan terbaik yang pernah wujud di Malaysia.

Apabila isu tanah YBK kembali panas dengan keputusan mahkamah memulangkan tanah tersebut kepada YBK, dengan pantas MB Gagap mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah. Sedikit pelik dengan kenyataan tersebut. Apa sebenarnya yang kerajaan Selangor mahukan daripada tanah tersebut sehingga sanggup membuat rayuan diatas keputusan mahkamah.

Kita sedia maklum tanah tersebut dicadangkan untuk pembinaan satu kampus UITM yang secara jelas akan memberi manafaat kepada anak-anak Selangor di dalam sektor pendidikan. Andai mereka membuat rayuan dan mahkamah menerima rayuan maka sekali lagi anak-anak Selangor yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi akan teraniaya.

Satu perkara lagi, selepas tindakan mereka merampas tanah YBK di Serendah, kerajaan negeri masih tidak melakukan apa-apa pembangunan di kawasan tersebut yang mampu memberi kesan ekonomi yang baik kepada penduduk setempat.

Kesimpulan yang paling senang untuk kita fahami adalah, pembinaan UITM Serendah akan memberi political mileage kepada kerajaan BN maka demi survival politik, mereka akan memastikan projek ini tidak akan berjalan seperti yang dirancang. Inilah kerajaan PKR Selangor sekarang, lebih mementingkan kepentingan politik semata-mata demi kuasa daripada memikirkan tentang masa depan anak-anak Selangor. Jangan terperanjat jika terbongkar rahsia tanah YBK tersebut telah dijual untuk memenuhkan kantung kerajaan negeri dan suku sakat mereka. Fikirkan Bersama
 [Sumber]

Mesyuarat kabinet pada Jumaat bersetuju meneruskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, yang sebelum ini dirampas kerajaan Selangor, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Noh, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Selangor, berkata perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil lawatan beliau ke Selangor pada Khamis.

"Dalam dialog dengan pemimpin belia dan pelajar di UiTM Shah Alam semalam, seorang daripada pemimpin belia meminta kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk meneruskan pembinaan UiTM di Serendah.

"Susulan dialog itu, Timbalan Perdana Menteri telah bangkitkan perkara ini dalam kabinet, dan ia dipersetujui oleh jemaah menteri termasuk Perdana Menteri. "Persetujuan ini secara prinsipal sahaja. Maklumat terperinci akan diumum oleh kementerian berkaitan," katanya kepada pemberita selepas bertemu peniaga ikan di Jeti Sungai Yu di sini.

Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.

Ekoran rampasan tanah itu, projek pembangunan kampus UiTM berkenaan dipindah ke Melaka. Noh berkata kerajaan Persekutuan bagaimanapun perlu menyediakan peruntukan baru untuk pembinaan kampus itu memandangkan peruntukan sebelum ini disalur untuk pembinaan kampus universiti tersebut di Melaka. Mengulas kemungkinan kerajaan negeri memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, beliau berkata ia hak mereka untuk berbuat demikian, namun pihak berkenaan sepatutnya mengutamakan pendidikan untuk generasi muda berbanding kepentingan politik.

"Pembinaan kampus UiTM ini tidak seharusnya menjadi isu dan dipolitikkan. Saya berharap kerajaan negeri akan memberi kerjasama apabila pembinaan kampus ini dilaksanakan kelak," katanya.

Isu melibatkan tanah YBK bermula dengan keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek kampus UiTM di Serendah sehingga projek itu terpaksa dipinda ke Semujuk, Melaka.

Ini diikuti tindakan memulangkan bayaran cukai tanah YBK berjumlah RM5.7 juta, yang sebahagiannya dilunas dengan bantuan Yayasan Melaka, dan merampas tanah berkenaan atas alasan pihak luar tidak boleh membuat bayaran bagi pihak YBK.

BERNAMA



*Hak rakyat digadai. Ingat, sesungguhnya doa mereka yang teraniaya akan dimakbulkan Tuhan. Wallahualam.

Wednesday, 3 October 2012

KHALID IBRAHIM: HAK MELAYU TERGADAI. ADA AKU KISAH??


Khalid the Devil

Ingat tak lagi kes yang pernah mengemparkan negara, kisah pertikaian tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas oleh kerajaan PKR Selangor kerana tidak bayar cukai. Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanah milik YBK yang dirampasnya kepada yayasan itu.
Pertikaian antara YBK dan Kerajaan PKR Selangor berhubung isu tanah seluas tanah seluas 323.7 hektar di Serendah Hulu Selangor itu pernah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan.
Banyak pemerhati politik melihat isu tersebut satu penginayaan kepada YBK dan rakyat Selangor kerana perbezaan idealogi politik.
Ini kerana tidak pernah ada kejadian kerajaan negeri rampas tanah yayasan hanya kerana tidak bayar cukai, dan lebih mendukacitakan, adalah hasrat penduduk Selangor dan khususnya Serendah menikmati limpahan ekonomi berikutan cadangan membina IPTA di situ juga berkubur.
Di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (2 Oktober 2012), Hakim Hadariah Syed Ismail ketika memutuskan perkara itu berkata, tanah seluas 323.7 hektar itu perlu dikembalikan setelah hak ke atasnya dilucutkan sejak 2010.
Asalnya tanah tersebut hendak digunakan untuk pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah gagal dilaksanakan kerana tidakan kerajaan Selangor itu.
Semuanya berpunca dari ego kerajaan PKR Selangor, isu tanah YBK menjadi perhatian umum apabila YBK menolak cadangan kerajaan negeri supaya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi YBK dan Exco negeri, Rodziah Ismail memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebelum kelulusan membina kampus UiTM itu diberikan.
Berikutan itu, Kerajaan PKR memutuskan tanah itu dirampas atas alasan YBK gagal membayar cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta setelah tempoh tiga bulan yang diberikan berakhir 29 Januari lalu.
Berbagai usaha dibuat bagi menyelesaikan isu tersebut namun menemui jalan buntu.
Menurut Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom dalam penjelasannya kepada media ketika isu tersebut hangat diperkatakan antara punca YBK tidak membayar kesemua cukai tanahnya di Serendah itu kerana tanah tersebut masih belum dibangunkan untuk dibayar premiumnya dan isu itu timbul hanya apabila UiTM menawarkan projek pembinaan kampus barunya di tanah milik YBK tersebut.
Untuk rekod Yayasan Melaka pernah membayar RM5.46 juta kepada Kerajaan Selangor bagi membantu YBK membayar tunggakan cukai tersebut, namun Khalid Ibrahim mengarahkan cek tersebut dipulangkan semula.
Berikutan ding-dong itu kampus UiTM yang sepatutnya dibina di Serendah dipindahkan ke Merlimau Melaka selepas ketiadaan kata sepakat antara YBK dan Kerajaan Selangor.
YBK kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan PKR Selangor. -Agenda Daily

Lagi kupasan di [sini]